Life must goes on. Daging masak hitam tetap jadi. Tinggalkan yang lara, ayuh kita raikan cinta dengan daging yang hitam itu menawan ni.
Bahan-bahan:
2 mangkuk daging (anggaran 400g)
Kicap pekat manis
Sos tiram
Seasoning sauce (saya gunakan brand Maggi)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
2 senduk kecil cili kisar
*1 sudu kecil buah pelaga
*1 sudu kecil bunga cengkih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*1-2 batang kulit kayu manis
*2-3 kuntum bunga lawang
Minyak
Air secukupnya
1 labu bawang besar (untuk garnishing)
Cara-cara:
Potong daging anggaran selebar dua jari.
Basuh dan toskan.
Tumbuk halia dan bawang putih. Lumur pada daging.
Masukkan kicap, sos tiram dan seasoning sauce pada daging dan gaul rata. Perapkan kira-kira 2 jam. * Makin lama perap daging semakin lembut dan makin hitam warnanya.
Tumbuk bahan bertanda * .
Tumiskan cili kisar. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga naik bau.
Masukkan daging dan air.
Masak hingga pekat dan daging empuk. Tambah lagi air jika perlu.