Pengakuan anak kepada legenda biola Indonesia, Allahyarham Idris Sardi itu dapat ditonton dalam rakaman yang dimuat naik dalam saluran media sosial popular, YouTube.
Menurut Lukman, 43, keputusannya berpindah agama bukanlah disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak atau kerana kecantikan isterinya, Pricillia Pullunggono.
Dalam pengakuan itu juga, Lukman memberitahu, Allahyarham bapanya sedia maklum dengan hasratnya untuk berpindah agama semasa beliau masih hidup.
Kata Lukman, bapanya turut merasa kecewa sebaik mendengar berita itu.
“Waktu saya pindah (agama), ayah saya orang yang pa-ling kecewa. Kerana dia dari orang Muslim taat. Tapi saya punya prinsip bahawa ini yang saya pilih. sampai akhirnya beliau bilang, ‘ya sudah, tetapi kamu harus bertanggungjawab dengan pilihan kamu’,” kata Lukman lagi.
Allahyarham Idris meninggal dunia pada 28 April tahun lalu ketika berusia 76 tahun.
Lukman sering melakonkan watak seorang Islam yang baik khususnya dalam filem Sang Pencerah dengan memegang karakter seorang kiai.
Antara filem lain lakonan Lukman ialah Soekarno, Merah Putih, Laskar Pelangi dan Negeri Tanpa Telinga.
Pelakon itu bernikah dengan Pricillia Pullunggono yang menganut agama Kristian pada 2009.