CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4973|Reply: 21

[Dunia] Rusia Haramkan Yoga Kerana Menyamai Ritual Hindu

[Copy link]
Post time 2-7-2015 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Rusia Haramkan Yoga Kerana Menyamai Ritual Hindu
Jul 2, 2015



PIHAK
berkuasa Rusia mengharamkan aktiviti senaman yoga kerana ianya dikatakan menyerupai ritual keagamaan Hindu.

Dilaporkan setakat ini dua buah studio yoga di daerah Nizhnevartovsk telah diberi surat amaran untuk mengolah semula operasi mereka selepas dipercayai mengajar kelas yoga jenis Hatha, satu jenis yoga yang popular di Eropah.

Menurut The Moscow Times, surat yang diterima itu mengarahkan mereka agar tidak lagi mengajar seni gerakan yoga yang menyamai dengan ritual keagamaan terbabit.

“Surat itu mengatakan Hatha yoga mempunyai persamaan dengan pergerakan keagamaan agama Hindu. Pihak berkuasa telah mengarah pemilik yoga itu untuk menghentikan kelas yoga jenis itu.

Seorang guru yoga, Inga Pimenova berkata semua orang terkejut dengan arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap pemilik yoga di negara mereka.

Menurut Inga, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam mempratikkan ajaran yoga dalam kelasnya selepas ini seperti mana mengikut arahan yang termaktub oleh pihak berkuasa sana.

Mengikut kepercayaan Hindu, Hatha yoga diteraju oleh Shiva, salah satu dewa Hindu dan pergerakkan yoganya mengajar displin dalam melakukan gerakan senaman serta bacaan mantera. – MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 04:28 PM | Show all posts
yogurt pun haram??
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 04:30 PM | Show all posts
dulu pun heboh kat msia psl yoga ni haram kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Eleh tiru malaysia la tu. Thn 2007 kan mesia haramkan yoga
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 04:37 PM | Show all posts
gerakan senaman serta bacaan mantera


buat gerakan jek tak yah baca mantera tak boleh meh?

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 04:40 PM | Show all posts
rusia pun nak jadi taliban ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2015 04:43 PM | Show all posts
Errrr mereka takut termasuk agama hindu ka?

Macam meleis pulak,
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 04:46 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-7-2015 04:40 PM
rusia pun nak jadi taliban ke?

baguslah...taliban dah geng dgn shia iran...shia iran geng dgn russia
bagai buah tembikai dibelah tiga

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2015 05:17 PM | Show all posts
Russia menuju negara ISIS ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 05:19 PM | Show all posts
kan yoga asal dari india, takkanlah menyamai ritual kokesen pula....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:05 AM | Show all posts
mcm mana asalnya yoga blh popular...lepas tu org banned pula
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:15 AM | Show all posts
tread mcm ni sepatutnya dibuka oleh Alion...apsal dia tak buka pulak ..ohhh sebab russia bukan islam....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:20 AM | Show all posts
Kalau tak sebut mantera mcm tak cukuplah rukun yoga tersebut

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:21 AM | Show all posts
ultra78 replied at 6-7-2015 09:20 AM
Kalau tak sebut mantera mcm tak cukuplah rukun yoga tersebut

ommmmmm shababa.........ommmmmmmmm shababa  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:21 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-7-2015 04:40 PM
rusia pun nak jadi taliban ke?

Kubah Church dia orang pun dah serupa kubah mosque dan setengah Orthodox Church pun dan dan macam mosque. Jadi tak hairanlah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:44 AM | Show all posts
Negara lain tak nak haramkan juga??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
amboi sentapnya russia
sama cam ummah melayu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:22 AM | Show all posts
this thread is worthless without in soviet russia/ meanwhile in russia jokes


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:24 AM | Show all posts
ultra78 replied at 6-7-2015 04:20 AM
Kalau tak sebut mantera mcm tak cukuplah rukun yoga tersebut

apakah....nikmatnya tak sampai?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:29 AM | Show all posts
MsAzr replied at 6-7-2015 09:53 AM
amboi sentapnya russia
sama cam ummah melayu

walau ummah melayu suka meniru budaya hindu...tapi bab yoga slow sket...sbb pemalas bersenam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.693387 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list