CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2178|Reply: 7

minyak naik 10sen? xcukup..patut 20sen :( - KJ

[Copy link]
Post time 3-7-2015 11:49 PM | Show all posts |Read mode
                                   
SIK 3 Julai - Kerajaan sepatutnya menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini, namun memutuskan untuk hanya menaikkan 10 sen seliter, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


                  
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk memberikan subsidi bagi menampung baki 10 sen seliter yang tidak dinaikkan itu.

“Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan di Masjid Bandar Baharu Beris di sini hari ini.

Beliau berkata, penjimatan yang diperoleh kerajaan hasil tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen itu akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.

Khairy berkata, ia sama seperti hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mana kerajaan berjanji akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek demi kepentingan rakyat.

Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen, manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015, berkuat kuasa tengah malam 1 Julai lepas.
Harga diesel pula kekal pada RM2.05 seliter, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Khairy berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyalurkan pendapatan daripada kutipan GST itu untuk usaha-usaha mensejahterakan kehidupan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata negara tidak boleh mengawal harga minyak kerana ia ditentukan oleh pasaran antarabangsa.
Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Belantik Datuk Tajuddin Abdullah yang juga exco kerajaan Kedah. - BERNAMA
      
            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2015 11:57 PM | Show all posts
haa.. tengok, tengok, betapa prihatinnya kerajaan. rakyat didahulukan.

korang semua silalah menangis terharu sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 11:59 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 3-7-2015 11:57 PM
haa.. tengok, tengok, betapa prihatinnya kerajaan. rakyat didahulukan.

korang semua silalah menan ...




Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:10 AM | Show all posts
opocot! terkojut den. copek bonar pakcik tu nanges
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 12:24 AM | Show all posts
Edited by spiderman80 at 4-7-2015 12:25 AM

Spidey merasakan perkara ini adalah situasi seperti ini...........di sebuah jalan yang sunyi berdekatan Chow Kit, seorang lelaki tengah dirompak oleh 2 orang penyamun. Perompak2 itu berasa sungguh marah kerana dompet mangsa cuma ada lima keping RM20. Disebabkan itu, perompak B mengetuk kepala mangsa berkali-kali. Perompak A pula berkata dengan kawannya supaya berhenti memukul mangsa dan kembalikan sekeping RM20 kepada mangsa sebagai belas kasihan.
Selepas itu, kedua-dua perompak meninggalkan mangsa.
Mangsa berfikir, ''Wah, saya sungguh bernasib baik sebab berjumpa dengan seorang perompak yang sungguh mulia, baik hati, prihatin dan friendly''.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2015 02:32 AM | Show all posts
naikkan jela teruih sepoloh hingggit!...baru puas hati...makan duet rakyat! Alang2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2015 06:19 AM | Show all posts
pemimpin bodoh lahir dari pengundi bodoh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 08:43 AM | Show all posts
kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk memberikan subsidi bagi menampung baki 10 sen seliter yang tidak dinaikkan itu.



ooo baru tau rupanya masih ada lagi subsidi rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042180 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list