View: 4548|Reply: 4
|
Koleksi Modest Kolaborasi Hana Tajima dan Uniqlo
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz
Sempena raya yang bakal menjelma lebih 2 minggu lagi, Uniqlo dengan kerjasama pereka daripada UK Hana Tajima melancarkan koleksi sederhana untuk wanita moden gayakan menjelang raya.
Koleksi pakaian diberi nama Uniqlo X Hana Tajima Collection tersebut bukanlah koleksi tradisional wear yang khusus dipakai untuk pagi raya namun ia lebih kepada koleksi 'casual wear' yang menekankan keselesaan pada si pemakai.
Pendek kata, lepas kita puas gayakan baju kurung/kebaya pastinya kita inginkan pakaian yang lebih santai dan kesempatan ini diambil oleh Uniqlo.
Pereka, Hana menggunakan material yang selesa untuk wanita dan juga wanita muslimah moden dengan sedikit sentuhan tradisional. Antara koleksi yang mendapat sambutan adalah kebaya yang dijual dalam variasi 3 warna.
Selain pakaian, Hana juga mengeluarkan hijab yang tidak panas sehingga anda terlupa memakai hijab.Sangat molek dengan cuaca negara kita kini yang panas.
Turut hadir ketika sesi pelancaran adalah penyanyi Yuna dan juga Elizabeth Tan. Menurut Yuna,dia sangat berbangga kerana diberi kesempatan oleh Hana sebagai salah seorang model untuk koleksinya ini.
"Koleksi favorite saya adalah top kebaya, kerana ia boleh dijadikan kardigan,selain boleh juga menjadi skirt, kalau sambung-sambung boleh jadi long jacket.. thats my favorite", ujar Yuna.
Anda boleh ubah suai koleksi yang ada untuk menambah gaya hari raya ini.
Jom rembat koleksi di UNIQLO X HANA TAJIMA!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kenapa macam buruk jee fesyen ni... huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
tak berkenan betul ngan tudung yuna sekarang ni. dah macam siput...suka lagi tengok masa awal kemunculan dia dalam dunia seni
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik la hana tajima ni. Sheols jepun kan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|