View: 13116|Reply: 345
|
[Tempatan]
Warga Emas Tidak Hormati Ramadan
[Copy link]
|
|
Warga emas tidak hormati Ramadan
KUALA TERENGGANU – Seorang warga emas bakal berhadapan dakwaan di bawah Seksyen 19 kerana melakukan kesalahan tidak menghormati Ramadan dan makan di tempat awam.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Datuk Omar Musa berkata, lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditangkap ketika sedang menikmati makanan di bandar raya ini dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Apa yang lebih mengejutkan, lokasi tanah perkuburan menjadi pilihan utama kepada mereka yang tidak berpuasa untuk makan di kawasan berkenaan kerana keadaannya yang agak sunyi.
“Orang ramai perlu peka perkara ini, jika ada yang terserempak dengan mereka (tidak berpuasa) di kawasan itu (tanah kubur) laporkan segera kepada kami (Maidam).
“Anggota kami lebih kurang seramai 10 orang, sentiasa melakukan operasi sepanjang Ramadan bermula awal pagi hingga 3.30 petang,” katanya kepada media sempena Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan di jabatannya, di sini.
Menurut Omar, bangsa lain juga dinasihatkan supaya menghormati Ramadan kerana pihaknya mendapati, terdapat kedai bangsa lain yang menjual makanan kepada orang Islam.
Dalam pada itu, seorang remaja lelaki tempatan yang ditahan di Kemaman pula, bakal didakwa di bawah Seksyen 90 kerana melakukan pungutan khairat atau derma tanpa kebenaran, yang boleh disabit denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,
“Pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengekang masalah ini yang turut membabitkan rakyat negara lain termasuk Pakistan dan India yang mengambil kesempatan sempena Ramadan," katanya.
Sementara itu, Omar berkata, sebanyak 51 kekerapan operasi dilaksanakan di bawah Seksyen 19 manakala 30 operasi di bawah Seksyen 90 di sepanjang Ramadan.
“Bagi Seksyen 19, Besut dan Setiu mencatatkan kekerapan operasi paling tinggi iaitu tujuh operasi, diikuti Hulu Terengganu dan Marang masing-masing (6) dan (5) di Kemaman serta (4) di Dungun.
“Bagi Seksyen 90 pula, Besut dan Setiu juga paling tinggi iaitu tujuh operasi, Hulu Terengganu (6), Dungun (4), Kemaman (3), Marang (2) dan Kuala Terengganu (1),” katanya.
Bagaimanapun, trend tangkapan pada Ramadan tahun ini sehingga semalam (7 Julai), sangat baik kerana peratusan menunjukkan berlaku penurunan secara mendadak berbanding tahun sebelumnya.
“Diharap ia akan kekal baik sehingga Ramadan dan situasi ini berlaku kerana masyarakat masih lagi menghormati bulan puasa,” jelasnya.
Dalam pada itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) masing-masing menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM73,086.27 dan RM27,686 kepada Maidam.
http://www.sinarharian.com.my/ed ... ti-ramadan-1.408639
|
|
|
|
|
|
|
|
Org tak puasa pun ada hak sebagai org tak puasa. Jadi tak sepatutnya cabul hak mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah uzur sangat kot tu tak larat puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
makan ja kat rumah
takde sapa pun kisah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedai bangsa lain jual makanan kpd org Islam pun salah. Bisnes terjejas akibat bulan puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dah uzur sekalipun, makan je kat umah... |
|
|
|
|
|
|
|
makan kat rumah tak boleh kah?
dah tua2 ni org fhm kot kalau tak mampu pose
kot lah tak ada org nk masakkn
beli tapau |
|
|
|
|
|
|
|
gitu ke?.
dia tak puasa tu hak dia..tapi bila nak makan, balik rumah lah..makan kat rumah...tak sapa dtg tangkap der.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau pun tahu hak dia. Jadi tak boleh tangkap kan sebab hak dia sebagai manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika gelandangan tak ada rumah macamana pula. Kau nak suruh makan dalam toilet ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia memang ada hak sebagai manusia...tapi sebagai manusia dia perlu patuh pada undang2 yg ada..
ingat monyet ke tak perlukan undang2?..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat ofis, ada pompuan uzur selamba bancuh milo n makan roti/bekal nasi gorang kat opis
tanpa mempedulikan perasaan staff lelaki..
nasib baik x kena tangkap.. |
|
|
|
|
|
|
|
selera betul acik-acik ni makan kat tepi kubur.. |
|
|
|
|
|
|
|
yo lah...kalau dh tak larat nal posa tu pi la makan senyap2 kat rumah...knapa nak kena makan kat public...saja nak tunjuk gedebe?
|
|
|
|
|
|
|
|
Undang-undang untuk apa? Boleh kuatkan iman ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh sampai umur mcm tu... Aku rasa dia ada valid reason x puasa.. Cuma tmpt dia kena tgkp tu x sesuai... |
|
|
|
|
|
|
|
Kau kena hormati mereka yg uzur. Bukan sebaliknya kau harapkan penghormatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tau gelandangan tu, posa je la...
gelandangan tu dah la takde rumah, makanan pun duk harapkn orang, so posa je la....
|
|
|
|
|
|
|
|
kot iyer pun ko uzur makanlah kat rumah tok oii...motip mkn kat kubur? ker ko memang dah terasa diri tu dekat sgt dgn kubur sementelah umur ko dah diambang senja? |
|
|
|
|
|
|
| |
|