CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35625|Reply: 360

[Jenayah] Kita Tunggu Mereka Beratur Minta Maaf Pada PM

[Copy link]
Post time 9-7-2015 06:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 9-7-2015 06:51 AM

Editor: Cenderawasih | Diterbitkan pada: 8 July 2015|



Sejak Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail mengumumkan bahawa enam akaun bank yang dibekukan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berkenaan isu 1MDB siang tadi, penulis masih menunggu mana-mana pihak yang semalam mendakwa 3 akaun terbabit adalah melibatkan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun malang, tidak ada seorang pun yang tampil meminta maaf atas tuduhan semberono mereka semalam, seolah tiada dosa yang mereka lakukan terhadap Najib.

Semalam, bukan main lagi mereka mendakwa kononnya dari ‘sumber luaran’lah, ‘sumber dalaman’lah, itulah, inilah, semua ‘sumber’ mereka petik. Hari ini, bila ditegaskan bahawa tiada satu pun akaun Najib terlibat dibekukan, semua buat bodoh macam ayam berak kapur…

Ke mana perginya “sumber” mereka? Siapa ‘sumber’ mereka? Boleh dedahkan? Atau terlalu takut untuk didedahkan, risau jika Ketua Polis Negara ketuk pintu rumah ‘sumber’ mereka? Apa yang ditakutkan kalau ‘benar’ sangat perjuangan yang dilaungkan?

Sekiranya yang menuduh itu adalah mereka yang terdiri dari golongan bukan Islam, mungkin penulis dapat menerimanya kerana mereka itu bukannya mengambil peduli tentang soal dosa pahala atau hukum hakam. Peliknya, mereka yang beragama Islam pun turut bersikap seperti golongan bukan Islam? Di mana maruah mereka agaknya?

Penulis melihat tuduhan yang kononnya tiga akaun bank yang dibekukan itu merupakan akaun bank Najib merupakan satu dakwaan yang berunsur fitnah, syak wasangka buruk dan berniat jahat. Belum pun ada fakta yang sahih, cepat saja mereka buat tanggapan sesuka hati. Ramai pula yang terpengaruh dengan dakwaan mereka.

Soalnya, tidakkah mereka tahu tentang hukum hakam Islam tentang tuduhan yang tidak benar? Dakwaan yang palsu? Malah menyebarkan laporan yang berunsur syubhah pun sudah berdosa, apatah lagi menyebarkan sesuatu yang tidak benar sama sekali. ‘Sipi” pun langsung tidak mengena…
Berat sangatkah mulut untuk memohon maaf? Besar sangatkah ego untuk meminta kemaafan? Tidak perlu minta maaf pada penulis, sila minta maaf pada individu yang menjadi mangsa pembohongan semalam. Atau mereka semua sememangnya bertaraf Rasul yang bersifat maksum?

Penulis mengharapkan agar tidak timbul sebarang spekulasi terhadap Perdana Menteri memandangkan siasatan sedang dijalankan. Cuba lihat apa yang terjadi bila menuduh sesuatu yang tidak sahih. Siapa yang malu? Lainlah kalau yang menuduh itu tidak punya maruah diri, kan?

Misalnya, seorang lelaki yang sedang dibicarakan atas kesalahan jenayah. Belumpun mahkamah memutuskan dia bersalah, tiba-tiba kita yang duduk di Cerok Tun Kun dan hanya dengar khabar angin saja menuduh lelaki itu bersalah. Jika terbukti dimahkamah bahawa lelaki itu tidak bersalah, siapa yang dapat dosa percuma?

Jadi, memandangkan ada pihak yang terlepas cakap menuduh kononnya 3 akaun bank milik Mohd Najib bin Abdul Razak itu dibekukan disebabkan isu 1MDB, maka kita tunggu mereka ‘beratur’ seorang demi seorang meminta maaf pada Perdana Menteri.

Jika mereka gagal meminta maaf, maka tidak perlulah kita mengambil peduli lagi dengan dakwaan mereka kerana hanya golongan yang bercakap bohong dan berdosa besar memfitnah sesuka hati ini memang dimurkai Allah. Untuk apa kita dengar cakap mereka lagi, kan? Memang tidak boleh percaya pun…#harapterasa!

P/s;- Spt saya pernah kata...mereka2 ini tidak takut pada dosa..nak2 dibulan puasa...nak suruh mereka minta maaf dan bertaubat?...mmmmm..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 06:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai macai oh macai. Terima la hakikat Najib dah busuk skg. Tak payah nak jilat sangat la.

#padanmukaNajib
#padanmukaRosmah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Plays more victim game
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 07:22 AM | Show all posts
Ini laporan dari Malaysiakini dan Malaysian Insider…semua bersandarkan sumber yg tidak dinyatakan siapa.

4:43PM – 7 Jul 2015
Sumber: 3 daripada 6 akaun dibeku milik PM

Pasukan petugas khas mendedahkan bahawa ia telah membekukan enam akaun bank yang berkaitan dengan dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala pasukan itu tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan, Malaysiakini difahamkan bahawa tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

Ini menurut sumber yang biasa dengan siasatan tersebut.

“Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib),” kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan butiran mengenai tiga akaun lain.

……………………………………………………..
3 akaun dibekukan milik Najib
Published: 7 July 2015 5:11 PM

Sumber mendedahkan, 3 akaun yang dibekukan semalam adalah milik Datuk Seri Najib Razak di mana 2 daripadanya ialah daripada Ambank dan Affin Bank. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Julai, 2015.

Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Khamis lepas sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:23 AM | Show all posts
Lannnchau minta maaf sama Najis!! Chibai..Pukimak punya olang, bila mau siehhh itu Najis..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2015 07:25 AM | Show all posts
Itu sebab golongan yg guna otak di kepala tak mudah nak telan semua  tohmahan dr media maya.
Lain lah yg guna otak kat kepala lutut tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:30 AM | Show all posts
dengar kata dulu France nak sabitkan najib
siap ada bicara kat mahkamah lagi
dah 2 tahun tak ada apa pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku akan minta maaf  tapi setelah wsj minta maaf pada najib
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:42 AM | Show all posts
kan saya dah cakap..ini semua fitnah...belum tentu acc PM lagi dah kasi viral......kalau lah negara sdh rosak skg akibat angkara ini..mcm mana?...apa cukup dgn meminta maaf shj??? bagi aku semua golongan yg selalu buat cerita fitnah dan palsu...seingat aku dari time PRU13 lagi...mcm mana kita tangkap lastik biji kon*ol/kelen*i* mereka satu satu sampai puas?....opss puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:47 AM | Show all posts
akusukaq replied at 9-7-2015 07:25 AM
Itu sebab golongan yg guna otak di kepala tak mudah nak telan semua  tohmahan dr media maya.
Lain  ...

ya betul tu bro...ingat tak makci pprt mereka racun dan bawa berkumpul utk lawan isu GST...apa GST pun ..makci tu tak tahu...kasian ada juga org bodoh mcm ini.....yg pintar siapa agaknya???...dari dulu kerjanya meracun minda org melayu & islam...saya berani cakap mereka berjaya dpt menguasai minda melayu/islam sebanyak 50-60%...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:49 AM | Show all posts
dah la duit billion2 masuk acc sendiri....
acc tak beku... menten suci murni...
rakyat beratur utk baling telur ada la
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:50 AM | Show all posts
@Anak_Nogori, lpas ni sila beratus bersama dzeck utk cari tuan baru ye

sebagai veteran umno, artikel ko ni mmg x mengambarkan ko sbg seorg yg berpengalaman...tp cuma back up tuan ko secara buta tuli saja...bagai2 alasan ko bagi...hemm...sian
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 07:53 AM | Show all posts
atira replied at 9-7-2015 07:49 AM
dah la duit billion2 masuk acc sendiri....
acc tak beku... menten suci murni...
rakyat beratur utk ...

Betul lah tu.. tak lama lagi Hari Raya, Najib buat open house, ramai yg beratur minta maaf sempena Hari Raya.............
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 08:02 AM | Show all posts
Lain kali refer ke WSJ... WSJ awal lagi dah bgtau yg akaun yg kena beku tu bukan akaun yg diorang refer.... secara tak langsung ini tunjuk mmg wsj ada orang dalam di dlm team menyiasat :
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 08:05 AM | Show all posts
check mate lah kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2015 08:06 AM | Show all posts
dulu sibok jilat Tun M....ngan pak lah....walaupon busuk
skarang sibok lak jilat Najib....walaupon bau bangkai...
trima la hakikat.......najib membawa kehancuran utk negara.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2015 08:09 AM | Show all posts
Bukan milik Najib - Peguam Negara
Enam akaun yang dibeku untuk siasatan Pasukan Petugas Khas
NORLIZA ABD. RAHMAN  |  09 Julai 2015 1:37 AM

PUTRAJAYA 8 Julai - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan, perintah pembekuan enam akaun yang dikeluarkan kelmarin tidak melibatkan mana-mana akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

ABDUL GHANI PATAIL
Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan sindiran dan dakwaan yang telah dibuat oleh pihak tertentu apabila mengaitkan tugasnya sebagai Peguam Negara dengan agenda politik tertentu.
“Tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi ini ditubuhkan adalah untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mendakwa individu yang membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan ini kerana ia adalah suatu kesalahan jenayah,” tegas beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sabtu lalu, Abdul Gani berkata, sebuah Pasukan Petugas Khas dianggotai SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pasukan Petugas Khas tersebut juga telah menyerbu dan mengambil beberapa dokumen penting milik syarikat SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd., dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd., pada 3 Julai lalu.
Beliau turut bimbang dengan pembocoran dokumen berkaitan siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke atas perkara itu.
Katanya, kebimbangan ini turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Abdul Gani turut mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal bertajuk ‘Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib’ semalam merupakan suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan orang awam.
“Ini bukan soal ‘whistle-blowing’ kerana perkara berkenaan sudah dalam siasatan. Isu yang membimbangkan saya adalah dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri,” katanya.
Jelas beliau, kesalahan jenayah membocorkan maklumat peribadi pelanggan termaktub di bawah Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Menurutnya, mereka yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat berhubungan hal ehwal atau akaun pelanggan suatu institusi kewangan termasuk institusi kewangan itu sendiri atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan tersebut tidak dibenarkan mendedahkan dokumen atau maklumat pelanggan.
Tegas beliau lagi, menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan ke atas mereka yang mendedahkan maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan tugas dengan membocorkan maklumat pelanggan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Q5FXU0gR.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 08:12 AM | Show all posts
Bateesta replied at 9-7-2015 06:46 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=884919&extra=page%3D1

minta maap ke hape:l ...

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

najib mengaku duit masuk akaun peribadi, cuma tak guna untuk personal uses je
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 08:13 AM | Show all posts
si bebal dah masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075051 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list