CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2564|Reply: 1

Mengapa Timun Menu Sihat Anda?

[Copy link]
Post time 10-7-2015 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Timun datang dari kelompok keluarga yang sama dengan labu dan juga tembikai. Seperti mana buah tembikai, timun juga terdiri daripada 95 peratus air.

Ini bermaksud pengambilan timun dalam diet mampu membantu menghidratkan badan anda. Ia juga digalakkan diambil sepanjang tahun kerana timun mengandungi vitamin K, B, pottasium dan vitamin C yang membantu mengelakkan kekurangan zat dalam tubuh akibat pemakanan yang kurang sihat.


(Sumber foto: Leavesandfruits)

Masyarakat Melayu sendiri sangat sinonim dengan timun yang lazimnya dijadikan ulam, sayuran dan sebagainya.

Jom lihat mengapa timun harus diambil di dalam diet!

1. Melindungi otak

Ia mengandungi elemen anti-radang yang mempunyai peranan besar kepada otak. Dapat meningkatkan fungsi otak, mengelakkan masalah Alzheimer dan pelupa akibat peningkatan usia.

2. Mengurangkan risiko kanser

Timun mengandungi anti-oksidan yang sangat tinggi yang membantu mengurangkan risiko kanser payudara, rahim, ovari dan prostat.

3. Melegakan tekanan

Anda berasa tertekan akibat lambakan kerja dan urusan harian? Timun mampu meredakan minda anda kerana ia mengandungi beberapa vitamin B seperti B1, B5, dan B7.Vitamin ini diketahui mampu meredakan keletihan dan ketegangan.

4. Membantu penghadaman

Elemen utama dalam timun iaitu air dan serat mampu membantu sistem penghadaman anda dan melancarkan pencernaan. Jika anda sukar membuang air besar, ambillah timun dalam pemakanan harian.

5. Menurunkan berat badan

Disebabkan timun mengandungi kalori yang sangat rendah, ia sangat sesuai dijadikan snek yang sihat! Dengan hanya berjumlah 16 kalori semangkuk, ambillah ia sebagai snek atau salad yang sihat dan mengenyangkan. Ia mampu menurunkan berat badan anda dengan cara membantu anda rasa kenyang lebih lama. Menarik bukan?


(Sumber foto: thefoodcharlatan)

Ternyata timun bukanlah sayuran biasa. Selain dijadikan bahan untuk kecantikan, timun dijadikan menu yang sihat, segar dan lazat!

Masih berdegil untuk mengambil sayuran ini? Tepuk dada tanya selera. - CARI Infonet


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2015 01:30 PM | Show all posts
info berguna ..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048515 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list