CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 7

[Politik] Pengalaman Tak Pulang Beraya & Bajet Raya Tahun Ini?

[Copy link]
Post time 13-7-2015 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAMS at 13-7-2015 01:19 PM




Kurang seminggu lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut hari raya Aidilfitri. Mood raya seolah telah 'merasuk' sebahagian masyarakat yang rindukan peristiwa setahun sekali ini. Bagi rakyat Malaysia khususnya, bajet raya pastinya menjadi sesuatu yang sangat dititikberatkan. CARI Infonet sempat menijau dan bertanyakan pendapat beberapa orang pengguna di salah sebuah kompleks membeli belah di Lembah Klang. Rata-ratanya mengambil pendekatan berjimat cermat dan bersederhana pada tahun ini berikutan ekonomi yang dilihat kurang memberangsangkan tahun ini.

Dalam pada itu, amalan rumah terbuka tetap tidak dilupakan meskipun masyarakat menyediakan bajet yang tidak terlalu besar tahun ini. Sudah menjadi kelaziman, hari raya disambut dengan cara mengeratkan silaturahim antara saudara mara dan rakan terdekat. Oleh itu, tidak mengejutkan amalan rumah terbuka dilihat sangat penting di kalangan masyarakat negara ini.

Di samping itu, CARI Infonet berkesempatan menemuramah beberapa individu yang berkongsi pengalaman tidak pulang beraya. Ia bukanlah pengalaman yang mudah, pastinya kerana berkumpul dan memohon restu serta maaf daripada kedua ibu bapa di kala pagi raya dilihat sangat penting bagi masyarakat. Namun, akibat kekangan tertentu seperti kehabisan tiket, kesesakan jalan raya dan sebagainya membuatkan mereka ini tidak kesampaian untuk beraya bersama keluarga. Dengar dan hayati pengalaman mereka ini.

Apa pun, selamat hari raya dari kami di CARI Infonet! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2015 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah cukup jimat pun. Tapi penangan gst ni berhelai2 gak baju aku rembat. Kenapalah macam ni.   ;(
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 01:43 PM | Show all posts
Lepas raya sambung 'puasa'.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 02:03 PM | Show all posts
raya tak boleh balik....

mati je nnti balik tanam kat kampung....

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:00 PM | Show all posts
Mary_jane replied at 13-7-2015 01:12 PM
Aku dah cukup jimat pun. Tapi penangan gst ni berhelai2 gak baju aku rembat. Kenapalah macam ni.  :f ...

rakyat tak terbeban lagi sis..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 03:14 PM | Show all posts
apa susah ........... apa ke gila sampai tak balik kampung gitu ...
aku senang jek ......... duit raya tu aku kurangkan, baju raya tak perlu beli, kueh raya tak perlu beli, langsir tak payah tukar, makan alah kadar shj pagi raya ....... peduli lah orag nk cakap apa ... lepas tu tak perlu lah beraya sampai sebulan cukup jek 2 hari ..hari Isnin 20/7 balik lah buat kerja kat office tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2015 03:35 PM | Show all posts
hasmania replied at 13-7-2015 03:14 PM
apa susah ........... apa ke gila sampai tak balik kampung gitu ...
aku senang jek ......... duit r ...

sokong 200%
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:36 AM | Show all posts
aloo baju raya xbli lagi nihhh.. bersederhanalah kot tahun ni.. tahun lps punya bju pun baru skali pkai..
baru pasan cam bazir... tapi, ikut tema la puleekkk.. camner ye Adib Za? tlg jawabbbbbb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.106507 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list