Empire State New York Dilimpahi Warna Hijau Sempena Aidilfitri
Jul 19, 2015
ANTARA bangunan ikonik bandar terkemuka di New York, iaitu Empire State disinari dengan lampu hijau bersempena perayaan Aidilfitri yang diraikan umat Islam, Jumaat lalu.
Ia meneruskan tradisi yang dilakukan semenjak beberapa tahun lalu dan kini telah menjadi lampu tahunan, petik kenyataan jurucakap bangunan itu kepada AFP.
Sememangnya, bangunan tersebut terkenal kerana sinaran lampunya pada perayaan-perayaan utama dunia, antaranya warna pastel untuk Easter, biru dan putih untuk Hanukkah dan merah dan hijau untuk Krismas.
Selain itu, ia turut sama menyokong beberapa peristiwa dan kempen seperti kemenangan piala dunia Wanita AS apabila menyalakan cahaya merah, putih dan biru, warna pelangi untuk minggu gay pride dan biru, putih serta ungu untuk Hari Lautan Sedunia.
Pada hari-hari kebiasaan, Empire State hanya dilimpahi cahaya putih.
Menurut pengurusannya, bangunan tersebut menerima ratusan permohonan pada setiap tahun untuk dinyalakan lampu bagi berbagai-bagai kempen serta peristiwa.
Walau bagaimanapun, ia tidak menerima permintaan untuk kempen politik, tokoh agama dan organisasi mahupun acara-acara peribadi.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Bangunan Empire State Dilimpahi Cahaya Hijau Sempena Aidilfitri
good thing! before this tak pernah light up for Eid
Slalu je ESB light up for macam2 event - st patricks, xmas, cny, 4th of july - dah tu apa je tarikan esb ni selain art deco, the observation deck and various film set ? nan hadoo.. so light up lah untuk mcm2 event tu remain relevant.