CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2508|Reply: 0

[Lain-Lain] Sambutan Aidilfitri di bumi anbiya

  [Copy link]
Post time 20-7-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode


SAMBUTAN
Aidilfitri bersama keluarga tercinta pasti merupakan saat yang menggembirakan bagi semua, namun pucuk pimpinan ATM iaitu Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datuk Seri Dr Zulkifeli Mohd Zin sanggup mengenepikan kepentingan peribadi beliau demi memberi sokongan moral khususnya kepada anggota Malbatt 850-2 di Lubnan.  
       
        Beliau mengambil inisiatif pada tahun ini untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama warga Malbatt 850-2 yang berkekuatan lebih 850 anggota dan diketuai oleh Kolonel Khaswadi Lahuri selaku Komander.
       
        PAT juga mengambil kesempatan sempena lawatan ini untuk mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Angkatan Tentera Lubnan atau Commander in Chief of Lebanon Armed Forces,General Jean Kahwagi,  sebelum bertolak ke Kem UNP 2-1 Ma’rakah, di mana ibu pejabat Malbatt 850-2 dan sebahagian besar anggota ditempatkan.  
         
        Di kesempatan kehadiran PAT ke penempatan Malbatt 850-2, monument ‘The Condor’ turut dirasmikan oleh beliau. Monument tersebut merupakan sebuah kenderaan APC Condor yang diabadikan sebagai sebuah tugu.
       
        Monument ini merupakan tanda pengiktirafan ke atas kenderaan yang telah berbakti sekian lama bersama-sama pasukan Batalion Malaysia yang menyertai misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
       
        Ketika perasmian dilancarkan sejumlah 48 belon berwarna putih dan biru dilepaskan menandakan 48 buah kenderaan APC Condor yang berkhidmat di misi UNIFIL ini.
       
        Sementara 34 ekor burung merpati dibebaskan sebagai menandakan tahun ke 34 penglibatan kenderaan tersebut di bawah misi PBB bermula sejak tahun 1981.
          
        Kehadiran PAT ke Selatan Lubnan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama-sama mereka amatlah dihargai oleh setiap warga Malbatt 850-2.  
       
        Ia diibaratkan seperti seorang bapa yang sanggup berkorban demi melihat anak-anaknya bahagia. Penyerahan sumbangan HarI Raya Aidilfitri turut disampaikan kepada anggota-anggota bukan sahaja yang berada di markas bahkan mereka yang bertugas di pos-pos barisan hadapan seperti di EP 00 dan UNP 6-40 Harris.
         
        Di samping itu, pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama bagi menimbulkan suasana Hari Raya Aidilfitri, seolah-olah berada di tanah air Malaysia.  
       
        Menjelang malam raya, acara bermula sebaik selesai takbir raya bersama anggota Malbatt 850-2 di Masjid Kawkaba UNP 2-1 Ma’rakah, PAT turut sama memeriahkan acara membakar lemang, menganyam ketupat, memasak rendang kawah dan mengacau dodol.
         
        Pada acara jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri keesokannya, majlis turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Lubnan, HE Mr Balachandran Tharman.
       
        Turut mengiringi di sepanjang lawatan PAT ini adalah Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad TUDM serta beberapa lagi pegawai kanan ATM.
sinarharian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    10-5-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053790 second(s), 26 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list