Edited by GhostWalking at 24-7-2015 02:28 PM
Lelaki anak tiga naik motor balik kampung raya akhirnya ditemui, ikuti kisah sebenar beliau
Anda ingat lagi foto viral 4 beranak yang balik kampung naik motor dari Sepang ke Penang? Foto tu dapat perhatian seluruh rakyat Malaysia sebab sikap tabah seorang bapa bawa anak-anak balik kampung dengan apa jua keadaan. Iya lah, dah balik kampung tu mesti banyak barang dan pakaian yang kena bawa.. Tapi brother tu relax je.
Kami pasti ramai yang nak tahu kisah brother tu kan? Kali ni, seorang lelaki berpeluang untuk berjumpa dengan brother tu dengan niat ingin bagi duit raya. Tapi nak tahu apa respond brother tu? Korang akan speechless bila baca kisah ni. Tak sangka baik sungguh hati brother ni..
Redah cuaca panas, perjalanan jauh untuk balik kampung..
Beberapa hari sebelum umat islam ingin pulang ke kampung untuk sambut hari raya, foto 4 beranak ingin pulang ke kampung dengan motor jadi viral.Bila anda lihat foto ni apa yang anda rasa? Rasa sebak dan sedih kan.. Macam mana lah perjalanan yang terpaksa keluarga 4 beranak ni lalui. Dah la dengan panas terik.. Panas takpe lagi, kalau hujan macam mana?
Keluarga ni dikatakan ingin balik dari Sepang ke Penang.. Fuhh, kita yang naik kereta pun kebas bontot dibuatnya duduk dalam kereta inikan naik motor. Respect la brother ni!
“Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ni..”
Allahuakbar.
Alhamdulillah allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari sepang ke penang. Ini aku jumpa dorang otw balik ke sepang. Aku dah perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit putra heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni. Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak..”motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih.” Dalam keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang. #idolaayahmalaysia #kasihayah
Pada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan? Silakan..
Pada sesiapa yang ingin hulurkan bantuan unutk meringankan beban brother ni, boleh la lihat details di bawah ni. Difahamkan juga brother ni bekerja sebagai runner untuk membaiki tiub dan tayar motosikal yang pecah di sekitar Pulau Pinang.
Salam sahabat semua, berkenaan post abang moza. Ramai yang PM saya utk details akaun beliau. Saya takda detail akaun beliau. Saya hanya ada no telefon beliau. Disini saya sharekan untuk anda berurusan dengan beliau. Alhamdulillah semoga allah membalas jasa kalian.
|