CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6258|Reply: 55

[Tempatan] Jangan jadi 'skuad belasahan' Liverpool - Dollah

[Copy link]
Post time 24-7-2015 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Jangan jadi 'skuad belasahan' Liverpool - DollahBernama | Diterbitkan pada: Julai 23, 2015 21:27 MYT                    
                                                                                                                                                




                                             Ketua pasukan Liverpool FC, Jordan Henderson bersama rakan sepasukannya tiba di Malaysia hari ini untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan Harimau Malaya Jumaat ini. - Foto BERNAMA

                                                     
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.                              


KUALA LUMPUR: "Jangan biarkan diri jadi pasukan belasahan," itu amaran jurulatih skuad bola sepak Pilihan Malaysia, Dollah Salleh kepada anak buahnya.

Bagi Dollah, biarpun akan berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool yang penuh dengan sejarah hebatnya, ia bukan alasan untuk skuad kendaliannya yang dibarisi pemain tempatan dan import dari Liga Malaysia, menampilkan aksi lesu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Sebaliknya ketua jurulatih kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan Pilihan Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa itu, yakin pemainnya akan memberikan saingan sengit kepada skuad 'The Reds'.

"Yang penting saya mahukan pemain memberikan saingan kepada Liverpool dan tak nak jadi pasukan belasahan... bagi yang terbaiklah.

"Saya cuma khuatirkan tentang kerjasama berpasukan sahaja kerana pemain baru berada bersama kita selama empat hari, ada yang baru dua hari. Namun pemain memang bersemangat untuk beraksi pada malam esok," katanya selepas sesi latihan rasmi pasukan di Stadium Nasional petang ini.

Ini merupakan lawatan kedua Liverpool ke Malaysia selepas menumpaskan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal 6-3 pada tahun 2011 di hadapan lebih 85,000 penonton di gelanggang yang sama.

Mengulas kemungkinan pengurus pasukan Liverpool Brendan Rodgers menurunkan barisan simpanan, Dollah berkata skuad bimbingannya tidak akan memandang ringan cabaran kelab Inggeris itu.

"Tak kira sama ada skuad simpanan atau skuad utama, Liverpool adalah Liverpool, kita tidak boleh pandang rendah keupayaan mereka," katanya.

Sementara itu, pemain sayap dari Sarawak, Joseph Kalang Tie menyimpan impian menjaringkan gol menentang 'The Reds' esok, walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahunya.

"Perlawanan esok merupakan peluang terbaik bagi pemain untuk menimba pengalaman yang sangat berguna sepanjang kerjaya kami. Inilah masa terbaik untuk saya belajar daripada pemain berkelas dunia.

"Kalau boleh saya ingin menjaringkan gol tetapi kalau jaringkan gol, kalah pun tak guna...Kalau jaringkan gol kemenangan itu memang indah bagi saya dan rakyat Malaysia," kata pemain berusia 28 tahun, yang juga merupakan penyokong kuat juara EPL musim lalu, Chelsea.

Kelab Merseyside itu memulakan aksi jelajah pramusim dengan mengalahkan Thai All Stars 4-0 pada 14 Julai lepas sebelum menewaskan pasukan Liga Australia, Brisbane Roar 2-1 tiga hari kemudian dan menang 2-0 ke atas Adelaide United, Isnin lepas.

Selepas aksi di Kuala Lumpur, mereka akan meneruskan jelajah ke Eropah Utara bagi perlawanan terakhir jelajah pramusim menentang HJK Helsinki pada 1 Ogos di Helsinki.

Tiket bagi perlawanan esok berharga RM58 (bagi pelajar), RM88, RM158, dan RM228 manakala tiket VIP berharga RM428 dan RM328.

Tiket boleh dibeli secara dalam talian di ticketpro.com.my, hotline +603-7880-7999, saluran Ticketpro dan New Balance and Sports Empire.

http://www.astroawani.com/berita-sukan/jangan-jadi-skuad-belasahan-liverpool-dollah-66948


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 08:22 AM | Show all posts
siap la liverpool. jangan pandang rendah sama Harimau Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:05 AM | Show all posts
hahaha...awal2 dah takot
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lipool. ..mesia... sama dengan jee...  penghancur hati pemenat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:14 AM | Show all posts
perlawanan hiburan minggu ini.. game sarkis bak kata TMJ huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:16 AM | Show all posts
player lipool sapa jek aa yg turun?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 24-7-2015 09:14 AM
perlawanan hiburan minggu ini.. game sarkis bak kata TMJ huhuh

game kat johor tu bukan sarkis gak ke??

ehhh tu laennnn

tukiran misnan
majidee
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 09:30 AM | Show all posts
peYno replied at 24-7-2015 09:27 AM
game kat johor tu bukan sarkis gak ke??

ehhh tu laennnn

sama la jugak sarkis.. lagi teruk kena aritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 09:58 AM | Show all posts
sarkis tak sarkis kurang2 70k gak akan turun stadium mlm ni..kalo xde kempen boikot mau full house cam thn 2011
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tentera_laut replied at 24-7-2015 09:14 AM
perlawanan hiburan minggu ini.. game sarkis bak kata TMJ huhuh

Sekali sekala lwn team kuat apa salahnya,blh ler mengukur baju d bdn sndiri.Asyik nk lwn Timor Leste,Papua,Taiwan,Kemboja jer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:15 AM | Show all posts
Skuau replied at 24-7-2015 10:08 AM
Sekali sekala lwn team kuat apa salahnya,blh ler mengukur baju d bdn sndiri.Asyik nk lwn Timor Les ...

isu sebab team ni bukan team kebangsaan rasanya.
tp team pilihan malaysia.. news tv ckp selangor, pahang dan jdt tak benarkan pemain diorang turun main smp KJ masuk campur.
sebab isunya bukan pasukan kebangsaan tp pilihan malaysia.. sebab tu ia dipanggil games sarkis.. pemain import entah berapa org yg main nnt..

so apa benefit kepada pemain kebangsaan? sepatutnya 100% pemain kebangsaan.. hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Selangor x bg sb Liv x setaraf meka.Selangor juara 25 x,Liv juara 18 x.Maknernye Selangor  igt meka lbh hebat drp Liverpool  kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan Thai All Star The Gunners mng 4-0 & dgn semua team2 OZ pun meka menang lg Joseph Kallang Tea berangan2 nk menang . Kecuali Liberpool turunkan team under 19 ada la kut peluang
Predicted ini malam The Gunners menang 6-1
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:36 AM | Show all posts
boyagombak replied at 24-7-2015 10:30 AM
Dengan Thai All Star The Gunners mng 4-0 & dgn semua team2 OZ pun meka menang lg Joseph Kallang Tea  ...

gunners pa dia hang ni...ni the kop la....gunners arsengal......ko ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 24-7-2015 10:30 AM
Dengan Thai All Star The Gunners mng 4-0 & dgn semua team2 OZ pun meka menang lg Joseph Kallang Tea  ...

Bang the reds la bkn the gunners. The gunners tu arsenal.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:17 AM | Show all posts
tentera_laut replied at 24-7-2015 10:15 AM
isu sebab team ni bukan team kebangsaan rasanya.
tp team pilihan malaysia.. news tv ckp selangor, ...

5 orang imports main malam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2015 11:20 AM | Show all posts
alasan dollah yg biasa dan bakal kita baca lagi....players x cukup masa utk sesuaikan diri sebagai satu pasukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:25 AM | Show all posts
semalam liverpool belasah felda utd 7-0

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Liverpool lum lwn sholin soccer lg.Lwn sholin soccer bru dorang tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 02:20 PM | Show all posts
aku secara tak langsung tgk berita tv3 aritu...punyalah nervous dollah saleh ni buat persediaannya menentang tim caprut history channel nih...agaknya persediaan nak qualify WC ka hapa pun tak segigih ni kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.090092 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list