View: 4897|Reply: 28
|
[Tempatan]
Isteri jadi heroin pukul penyamun
[Copy link]
|
|
Isteri jadi heroin pukul penyamun
Norafidah Ass an
28 Julai 2015
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/isteri-jadi-heroin-pukul-penyamun-1.413569
Pergelangan tangan kiri mangsa cedera ditetak dengan parang dalam kejadiaan cubaan samun di rumahnya di Felda Palong 6, kelmarin. Gambar kecil: Superintendan Hamzah Alias
JEMPOL - Berang kerana melihat suami ditetak, seorang isteri bertindak mencapai sebatang besi lalu memukul sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun sebuah rumah didiami tiga beranak di Felda Palong 6, di sini, kelmarin.
Malah tindakan wanita berusia 58 tahun itu juga menyebabkan lima lelaki bertopeng berkenaan terus melarikan diri tanpa sempat menggeladah rumah tersebut dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kelima-lima lelaki itu memasuki rumah yang didiami wanita berkenaan bersama suami dan anak lelaki masing-masing berusia 62 dan 26 tahun ketika ketiga-tiga beranak itu sedang tidur di bilik.
“Mangsa dikejutkan dengan bunyi kerusi jatuh di bahagian dapur lalu bangun dan keluar untuk meninjau keadaan sebelum mereka dikejutkan dengan kehadiran lima lelaki berbadan tegap dan bertopeng muka.
“Tidak lama kemudian, anak lelakinya keluar dari bilik namun kemudian diheret suspek ke luar rumah melalui pintu belakang,” katanya ketika mengesahkan laporan, semalam.
Hamzah berkata, suspek bertindak memukul anak wanita terbabit menggunakan kayu getah sebelum terlihat suaminya cedera ditetak menggunakan parang.
"Wanita terbabit terus mencapai sebatang besi berhampiran dan dalam keadaan kelam-kabut memukul suspek namun tidak dapat dipastikan berapa orang yang dipukul.
"Kesemua lelaki yang dipercayai warga asing itu kemudian melarikan diri ketika mangsa menjerit meminta pertolongan," katanya.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kerugian membabitkan harta kerana suspek tidak sempat menggeledah kediaman tersebut.
"Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang cedera di bahagian pergelangan tangan kiri menerima 12 jahitan selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong 4,5 & 6.
"Polis kini sedang memburu suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 393 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jangan main-main dengan pompuan yang naik hantu |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah makcik dikurniakan keberanian luar biasa
|
|
|
|
|
|
|
|
hebatt pompuan ni..
berjaye menakutkan 5 org jate perampok yg tak bertelur ittew.. |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. mesti makcik tu dah naik antu tgk laki kene tetak... anak kene belasah. kekuatan luar biasa.. keberanian tahap langit ketujuh gitu dah resap masuk dlm badan. |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan kali pertama pompuan belasah penyamun....
dulu ada jugak kes pompuan kejar peragut siap langgar lagi si peragut...
and ada pompuan yang flying kick peragut..
lelaki buat apa???meragut? |
|
|
|
|
|
|
|
bijan pun tarak tulur sis...hamdalah!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
akak syak dia dah awet tulur dia dgn bersalut emas & dihadiahkan kpd ahkak pink..
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik ada batang besi dalam rumah tu. kalau guna penyapu lidi je mesti tergelak-gelak penyamun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan bila orang tersayang (suami, anak, parents cedera),
dia akan ada kekuatan & keberanian yg luar biasa hebat
kwn aku dgn bapa dia pernah eksiden, sampai je
berita dia eksiden kat mak dia yg tgh pregnant 7bln ++,
mak dia datang, dukung kwn aku yg cedera, drive gi hospital |
|
|
|
|
|
|
|
never underestimate the power of angry woman |
|
|
|
|
|
|
|
ahkak pink simpan uols...dalam beg birkin dia...tu jadi pahlawan bugis...
|
|
|
|
|
|
|
|
iols harap ahkak pink segera pulangkan barang awet tersebut agar beliau mempunyai keberanian untuk beri laluan kpd org len...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak cuols...kakmah masih belum puas menikmati duit rakyat marhaen mcm kita ni
|
|
|
|
|
|
|
|
tindakan seorang wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
pompuan kalau betul2 marah mcm gitu laa jadinya..padan muka penyamun tu... |
|
|
|
|
|
|
|
prempuan klau naik hantu mmg hebattt... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn memain aaa pompuan kalau keadaan terdesak angkat kereta pon boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak lelaki pon x terlawan
Steady makcik..
Sekali dgn ngamuk sekali dgn jerit 5 malaun pon kalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|