View: 4777|Reply: 13
|
[Dunia]
Suami Kantoi dengan Isteri di Google Street View
[Copy link]
|
|
Suami Kantoi dengan Isteri di Google Street View
Dek hanya kerana sekeping gambar di Google Street View, seorang suami terkantoi masih menghisap rokok walaupun sebelum ini dia mengaku sudah berhenti dari tabiat itu kepada isterinya.
Dony Riding, dari Merseyside, memberitahu isterinya, Julie, yang dia sudah berhenti apabila doktor menasihatkannya supaya cuba mengubah cara hidupnya termasuklah merokok setelah dia mengalami serangan jantung.
Julie mula mengesyaki suaminya tidak mendengar nasihat doktor apabila mendapati sejumlah biskut Hobnot dalam kuantiti yang banyak di dalam kereta suaminya.
Julie cuba memberi amaran kepada suaminya supaya berhenti memakan biskut yang tidak menyihatkan itu tetapi suaminya berang dan bertindak keluar dari rumah.
Keesokan harinya, mereka mendengar berita bahawa kereta Google Street View telah datang ke perumahan mereka untuk mengambil gambar jalan.
Teruja dengan perkara tersebut, Julie kemudiannya memeriksa gambar baharu persekitaran rumahnya yang dijana di Google Street View tetapi terkejut apabila mendapati terdapat gambar suaminya sedang menghisap rokok di dalam aplikasi web itu.
"Apabila saya memeriksanya(Google Street View) online, saya terkejut dan tidak percaya - semua sudah terbukti sekarang yang dia masih merokok", katanya.
Walaubagaimanapun, kini pasangan itu sudah pun melupakan perkara tersebut.
Tambahnya : "Sejak perkara itu berlaku, kami memanggilnya hari "Hobnob" dan apabila seluruh ahli keluarga berkumpul bersama, kami membuat lawak mengenainya. Memang dia didenda tidur di sofa malam itu tetapi dia mengambilnya sebagai perkara positif dan sekarang ia sudah menjadi perkara yang melucukan".
|
|
|
|
|
|
|
|
Positif. Bagus!
Xde nak berparang bagai. Simbah asid ke.
Good luck la bro. Smokin' is killin' |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu isap rokok je.....kot kantoi tgh tawar menawar dpn pusat cikcur lg haru |
|
|
|
|
|
|
|
Citer camni pon boleh jd berita |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke gambar street view tu gambar lama? |
|
|
|
|
|
|
|
kan dah kantoi
tp act cool je die |
|
|
|
|
|
|
|
eksaited bkk benang ni ingat laki dia terkantoi tgh melepak rmh awek dia ke hapa. |
|
|
|
|
|
|
|
ah, benda macam tu pun nak jadi hal. |
|
|
|
|
|
|
|
So sweet. Kena tido luar |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ingat Allah tak nampak |
|
|
|
|
|
|
|
tak sihat ka biskut oat? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat sini, ada peluang kena tinju nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|