View: 19777|Reply: 48
|
[Tempatan]
Banyak calon ujian memandu kecundang selekoh S, Z
[Copy link]
|
|
Akhbar Cina
Silabus baharu ujian memandu yang diperkenalkan sejak April lalu telah menyebabkan ramai yang gagal melepasi ujian berkenaan.
Antara yang paling mencabar pelajar sekolah memandu ialah pengenalan selekoh berbentuk S dan Z yang menyebabkan peratus calon yang gagal melonjak berbanding sebelumnya.
Presiden Persekutuan Persatuan Institut dan Sekolah Memandu Malaysia, Harun Shafiee berkata, sesetengah sekolah memandu turut mencatat rekod tersendiri apabila antara 45 hingga 65 peratus pelajar mereka gagal melepasi ujian memandu.
Beliau berkata, pihaknya cuba menemui Menteri Pengangkutan atau ketua setiausaha kementerian untuk berbincang mengenai keadaan itu, tetapi pertemuan berkenaan masih tidak dapat diaturkan.
"Peratusan kegagalan sememangnya adalah mengejutkan. Pengenalan selekoh bahaya berbentuk S dan Z dalam ujian memandu telah menyebabkan semakin ramai pelajar kecundang dalam ujian," katanya kepada Sinchew Daily.
Harun berkata, peratusan kegagalan adalah lebih tinggi dalam kalangan pelajar yang memilih ujian gear automatik berbanding manual.
"Disebabkan pelajar kategori gear automatik tidak perlu menguasai kemahiran menggunakan klac (clutch), mereka berdepan kesukaran menghadapi ujian di jalan tidak rata," katanya.
Seorang pemeriksa dari Petaling Jaya bagaimanapun menafikan selekoh S dan Z sebagai bahagian yang sukar lulus.
"Dalam selekoh Z sebagai contoh, calon yang menduduki ujian memandu boleh menghentikan kereta terlebih dahulu sebelum membelok secara berhati-hati. Ini sebenarnya cara yang dicadangkan dalam buku teks memandu.
"Selagi tidak melanggar pembahagi jalan, maka calon berkenaan dianggap melepasi ujian.
"Sesetengah calon bagaimanapun terburu-buru di selekoh dan tidak sempat menekan brek lalu gagal dalam ujian," katanya.
Pemerhatian wartawan di pusat ujian juga mendapati banyak calon tidak sempat menghentikan kereta di selekoh lalu menyebabkan 'mati enjin' dan keadaan itu juga dipercayai sebagai punca peratus kegagalan meningkat.
Mengulas keadaan itu, pemeriksa mengakui situasi 'mati enjin' merupakan bahagian yang mungkin menimbulkan kontroversi.
"Keadaan 'mati enjin' boleh diputuskan lulus atau gagal bergantung keadaan. Ia sepatutnya gagal jika pemeriksa itu bertindak tegas," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
selekoh s?
slalom course? |
|
|
|
|
|
|
|
bgus lah. kurg sikit pemandu kt msia ni  |
|
|
|
|
|
|
|
Buat lah mcm usa. Masa high school kena pass drive test. Dah grad dpt lesen keta |
|
|
|
|
|
|
|
dh strt gear auto ke? 
cmne selekoh z?
xprasan plak ada selekoh z..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus laa.........
selain tu, banyak bahalol yg tak reti nak berhenti.......
main masuk simpang saja...... jilake  |
|
|
|
|
|
|
|
Silabus ke silibus?
Dah ada ke test guna gear auto? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ctaz at 29-7-2015 07:08 AM
S ngan Z untuk main koner ker.
untuk main drift?????
|
|
|
|
|
|
|
|
dan byk jugak bahalol yg tak reti pakai lampu signal masuk....
terutama keta2 mahal....
bahalol nak mampos
|
|
|
|
|
|
|
|
eleh..mse ujian memandu kemain sopan santun. tapi bila dh start dpt lesen dari jpj..........
NAK BAGI SIGNAL MASA KUA SIMPANG PUN DAH TAK RETI!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
gear auto lg susah test katanya 
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni mmg terlalu byk sgt spesis tak reti bg signal.... wpun confident jarak pun kena bg gak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
klau tanya cikgu ngajor memandu kompom die kata laki lg byk gagal... psl kekonon dah pandai... tak ikut peraturan.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
SELEKOH 'S'
* Penggunaan klac untuk memperlahankan kenderaan hanya digunapakai dalam kedudukan G1 kelajuan di bawah 20km/j SAHAJA!!!. Kls DA(auto) kawalan sepenuhnya mengunakan brek.

(Masuk & melalui S1)

(Menghampiri S2 & Keluar)
1. RS, GD
2. Kaki kanan sentiasa di pedal brek, hanya ditekan bila perlu sahaja (KECUALI KLS AUTO)
3. Kawal klac. Jangan dilepaskan sepenuhnya, tekan klac/brek untuk auto sekiranya kelajuan bertambah.
4. Fokas kepada lorong masuk, perhatikan buju kenderaan sebelah kanan dan kawal steering.
5. SELEKOH 1 (S1), fokas kepada bahu/tebing jalan sebelah luar (BUCU KANAN KENDERAAN) melalui cermin hadapan, rapat ke tebing tapi elak dari tayar hadapan kanan tersentuh batu pembahagi jalan, paut steering ke kiri secara sederhana dan konsisten.
6. SELEKOH 2 (S2), fokas kepada bahu/tebing jalan sebelah luar (BUCU KIRI KENDERAAN) melalui cermin hadapan, rapat ke tebing tapi elak dari tayar hadapan kiri tersentuh batu pembahagi jalan, paut steering ke kanan secara konsisten dan tekan klac/brek untuk auto bagi mengurangkan kelajuan.
7. Angkat klac dan kawal, fokas semula ke lorong keluar, paut steering ke kiri sebaik kenderaan telah menghala ke lorong keluar dan teruskan keluar.
Selamat mencuba
http://lp-services.blogspot.com/p/bhg-2.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kentel at 29-7-2015 08:53 AM
ni yolsss
 |
|
|
|
|
|
|
|
dah lulus ujian esok, reti-retikan guna signal indicator tu yer..
beli kete mahal-mahal, tp hazabbb kemain nak guna signal indicator tu..
jangan expect pemandu lain tau arah tuju..
 |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 29-7-2015 08:48 AM
SELEKOH 'S'
* Penggunaan klac untuk memperlahankan kenderaan hanya digunapakai dalam kedudukan G1 ...
Akak x faham langsung sis apa dorang tulis... English ada ..? |
|
|
|
|
|
|
|
wah.. mencabar!patut la ramai yg kandas kt sini
memang kena ada skill main clutch
tapi kalau setakat main gear 1, senang je pun 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|