CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7295|Reply: 52

[Tempatan] Pemberian Luar Biasa Kerana Kedudukan Adalah Rasuah - Mufti Perlis

 Close [Copy link]
Post time 4-8-2015 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Pemberian luar biasa kerana kedudukan adalah rasuah, kata mufti Perlis

Jumlah atau nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa atau pegawai boleh dianggap rasuah jika tujuannya adalah kerana kedudukannya, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, seseorang penguasa, pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan dipegangnya atau tidak.

"Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.

Asri berkata, sebaliknya jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah.

Katanya, situasi itu seperti memberikan hadiah kepada sahabat walaupun penerimanya adalah seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan.

"Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah," katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan semalam wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dana sumbangan derma dan bukannya daripada syarikat pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM dalam kenyataan semalam mengesahkan hasil siasatan yang dibuat dan sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara.

Laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini mendedahkan penyiasat Malaysia mengesan berbilion ringgit wang 1MDB disalurkan ke beberapa syarikat sebelum transaksi terakhir didepositkan ke akaun peribadi Najib di Ambank.

Bekas timbalan perdana menteri yang disingkirkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Najib mengaku kepadanya wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaunnya adalah dari "Timur Tengah".

Beberapa menteri Kabinet baru dilantik Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan pemberian derma ke akaun Najib dan bukannya duit rakyat. – 4 Ogos, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemberian-luar-biasa-kerana-kedudukan-adalah-rasuah-kata-mufti-perlis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
As usual, ustaz lain hanya akan komen bab aurat, seks, pegang2 antara bukan muhrim dan sewaktu dengannya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:06 PM | Show all posts
pemimpin paling korup dalam dunia!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:09 PM | Show all posts
PM kita tu termasuk dalam golongan ASNAF.

Sbb tu pemberian DERMA 2.6 Billion tu tak salah. Memang dia ASNAF. So dia memang memerlukan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:11 PM | Show all posts
Makna kata negara kita ni miskin hina la ye sampai PM pon tergolong dalam golongan asnaf..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:17 PM | Show all posts
Menteri under Najib semua dah kene tambat, kene cucuk idung...apa boleh buat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2015 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokjib kata nk tegur die jgn terang terangan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 4-8-2015 12:09 PM
PM kita tu termasuk dalam golongan ASNAF.

Sbb tu pemberian DERMA 2.6 Billion tu tak salah. Meman ...

Kalau PM golongan Asnaf....aku  ni golongan apa la agak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 12:22 PM | Show all posts
scarflicious replied at 4-8-2015 12:09 PM
PM kita tu termasuk dalam golongan ASNAF.

Sbb tu pemberian DERMA 2.6 Billion tu tak salah. Meman ...

itu derma bukan zakat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:25 PM | Show all posts
sama ada pemberian Luar Biasa atau Biasa jika kerana tujuan untuk kedudukan adalah rasuah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:28 PM | Show all posts
PM kita miskin uols...harus diberi bantuan...duit 2.6 billion tu cukup untuk saraan beliau dunia dan akhirat... gituu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakat doa supaya Allah lepaskan negara ini daripada bala pemimpin pelaq dan kawaq hat dok ada ni....bagi mampuih cepat sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:30 PM | Show all posts
Mufti Perak mana??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:32 PM | Show all posts
mufti johor mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2015 12:39 PM | Show all posts
rashiman replied at 4-8-2015 12:22 PM
itu derma bukan zakat...

Zakat & derma sama. Ayat Quran berkaitan sebut sedekah tapi terjemah jadi zakat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 12:41 PM | Show all posts
Alion replied at 4-8-2015 12:39 PM
Zakat & derma sama. Ayat Quran berkaitan sebut sedekah tapi terjemah jadi zakat.

Zakat adalah wajib
Derma tak wajib
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:44 PM | Show all posts

yg pasti.... meaning dip2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang peliknya klu menderma, jenis apa yg masuk dlm acc peribadi pm?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2015 12:46 PM | Show all posts
rashiman replied at 4-8-2015 12:41 PM
Zakat adalah wajib
Derma tak wajib

Ayat 9.60 - golongan layak terima sedekah. Tapi ahli agama tafsir sedekah itu adalah zakat.
http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=9&verse=60
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.540073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list