View: 4577|Reply: 17
|
Elak Terjerat! Kenalpasti Lelaki Sudah Beristeri
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Sumber foto : www.wom.my
Bukanlah suatu perkara baru kita terbaca atau terdengar tentang gadis bercinta dengan suami orang. Ramai gadis terperangkap dengan lakonan lelaki "hidung belang" yang pandai "mengayat" disamping lakonan gred A yang cukup mantap, dan akhirnya si gadis terjerat dalam cinta gelap.
Namun bila status lelaki itu mula terbongkar, mungkin sudah terlambat kerana sudah terlanjur mencintainya. Hinggakan ada gadis yang sanggup menjadi madu atau menjadi "kekasih gelap", adakah ini kesudahan yang anda inginkan?
Pasti jawapannya tidak kerana anda sentiasa mempunyai peluang untuk memilih pasangan hidup anda.
Sumber foto : terbakor.com
Jadi sebelum terjebak bercinta dengan suami orang, mari kenali ciri-ciri lelaki yang mungkin sudah beristeri :
#1. Panggilan telefon.
Lelaki yang sudah berkahwin biasanya akan menetapkan waktu berhubung atau hanya dia sahaja yang boleh menghubungi anda atas alasan yang langsung tidak masuk akal. Bila bersama dan si dia menerima panggilan telefon, dia akan bangun dan menjawab panggilan itu jauh dari anda. Jadi awas jika anda ada mengenali lelaki seperti ini, pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan.
#2. Sentiasa gelisah bila bersama di tempat awam.
Jika si dia sentiasa gelisah dan tidak senang duduk bersama anda ketika berjalan-jalan ditempat-tempat terbuka, ini mungkin mengundang seribu persoalan. Lelaki perahsia ini juga biasanya suka mengelak ke tempat terbuka dan lebih gemar mengajak anda "date" ditempat tersorok, mungkin bimbang terjumpa orang yang dikenali?
#3. Hari hujung minggu bukan milik anda.
Bagi pasangan normal, hujung minggu adalah waktu tepat untuk menghabiskan masa bersama-sama. Namun, lelaki yang berkeluarga tidak mungkin menghabiskan hari minggunya bersama anda. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda dan pelbagai alasan akan diberikan.
#4. Elak bercerita tentang perkahwinan.
Suami orang biasanya tidak berminat bila ditanya soalan serius tentang masa depan, bila nak kahwin dan segala yang berkaitan. Kebiasaannya si dia akan sedaya upaya mengelak dan mengubah topik bila ditanya soalan cepumas itu.
#5. Percaya "instinct atau naluri".
Diawal perkenalan anda, pasti ada rasa sedikit curiga kerana masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain. Tetapi jika lama kelamaan perasaan curiga itu makin menjadi-jadi, anda perlu tanya naluri atau kata hati anda. Jika naluri anda kuat merasakan yang si dia pasti berbohong, maka anda perlu segera menyiasat siapakah si dia sebenarnya.
Buat si gadis yang sedang bercinta, jika pasangan anda tergolong dalam ciri-ciri diatas, maka segeralah minta si dia berterus terang. Jangan buang masa kerana lelaki hidung belang ini hanya ingin bercinta namun bukan ingin memiliki anda. Jika ada yang benar-benar ingin memiliki, kenapa perlu berbohong dengan anda? Kenapa tidak berterus terang? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih berhati-hati memilih pasangan. - CARI Infonet.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tetapi ramai juga gadis yang lebih suka kepada lelaki yang dah kawin.... |
|
|
|
|
|
|
|
bini orang pulak macam mana nak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke trend skrg laki org lebih diminati sb lelaki single dianggap loser |
|
|
|
|
|
|
|
minta dijauhkan drpd jumpa laki orang... paling scary kes2 yg dh kawin baru tahu dia bini no 2,3... dahsyat sungguh laki mcm ni.. n family dia pun bersekongkol sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
yg cantik, yg lawa tu bini orang lah...
tu org cakap lah...bukan saya ckp
|
|
|
|
|
|
|
|
pakai cincin nikah
tapi x guna gak. sbb setengah pmpn suka kumpul jewelries
|
|
|
|
|
|
|
|
1. kalau seopis, sila tanya HR. hahah
2. Menolak untuk bergambar berdua. hanya reramai aje boleh
3. dating kejap-kejap
4. selalu suruh rahsiakan hubungan daripada kawan-kawan.
5. kalau nak dating akan minta gunakan kenderaan kita
ni orang cakap.. bukan aku .. eh? |
|
|
|
|
|
|
|
yang pastinya kalau lelaki tu pakai minyak wangi bau org permpuan n awas itu tandanya dia guna bini dia punye...dansudah tntu dia sudah berkahwin |
|
|
|
|
|
|
|
bagi lah sign yg mcm mana pun...kalau hati dah berpaut laki org ke x dah xkisah dah... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa....kalau tak lelaki yg dah kawen tekel..sapa lagi nak tekel? nisbah pompuan dah melebihi lelaki sangat2 skang ni.
Okaylah...to be fair...pompuan andartu take it jelah laki orang pun...kalau dah jodoh kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Okay...noted... |
|
|
|
|
|
|
|
Excuse me..mana you dapat fact nisbah bilangan wanita >> lelaki ni ?? aaiyoo...
|
|
|
|
|
|
|
|
err.....boleh check kadar jantina kelahiran bayi di HKL contohnya...?
Okay....kalau sesapa bekerja di opis...student di kolej, di dalam bas/lrt ketika pergi dan balik kerja dan sebagainya. Saya minta cuma satu hari buatkan pemerhatian selama satu hari sahaja, sila buat kira2 dan cuba nisbahkan total lelaki dan perempuan di semua lokasi sepanjang hari anda tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm.. takde fakta di tangan rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam: alaaaa....kalau tak lelaki yg dah kawen tekel..sapa lagi nak tekel? nisbah pompuan dah melebihi lelaki sangat2 skang ni. Okaylah...to be fair...pompua ...
"perempuan andartu take it aje lah"
ade ke laki org yg target perempuan andartu...??.....lol |
|
|
|
|
|
|
|
horror story....
mmg ade....last2...bile 1st wife dpt tahu....(2nd wife pun dpt tahu...right after die dah nikah)....
1st wife tgh preggy anak ke 4....so lepas beranak je.....(yg tlg pun...madu die..time pantang......yg hubby enjoy la kot..dpt 2 wife..x tau p mana)...
after pantang..terus mintak divorce....heartbroken sgt...rsnye...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|