CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3312|Reply: 9

2 tahun makan 1kg paku

[Copy link]
Post time 8-8-2015 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Changchun (China): Seorang wanita yang menghidap sakit jiwa dilaporkan menelan hampir sekilogram paku sepanjang dua tahun lalu.

Wanita berusia 54 tahun itu yang dikenali sebagai Li Li juga dikatakan memakan kaca.

Menurut sumber keluarga, wanita itu pernah memakan lebih 12 paku sekali gus.

Sehingga semalam, Li Li menjalani tiga pembedahan untuk mengeluarkan paku dan kaca dari perutnya.

Keluarganya terpaksa menghabiskan ratusan ribu yuan untuk tujuan itu.

Doktor berkata, mereka berjaya mengeluarkan hampir sekilogram paku dari perutnya.

Kebanyakan paku yang dikeluarkan itu lurus, tetapi ada juga yang bengkok.

Anehnya, tabiat itu tidak menyebabkan organ dalamannya rosak teruk. - Agensi


WANITA berkenaan berehat di rumahnya selepas menjalani pembedahan sementara gambar depan menunjukkan filem X-ray dengan paku di dalam perutnya. -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2015 05:23 PM | Show all posts
pica ni. mmg common.. kekadang pompuan ngandung boleh jadi gini
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 06:19 PM | Show all posts
china...................................................
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 07:34 PM | Show all posts
pelik2 je manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 09:48 PM | Show all posts
aku baca tajuk laju2 ingatkan dia makan pucuk paku.
rupanya makan paku betul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2015 11:06 PM | Show all posts
kesian paku2 tu. tak pasal2 kena makan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2015 10:14 AM | Show all posts
hanalisa replied at 8-8-2015 09:48 PM
aku baca tajuk laju2 ingatkan dia makan pucuk paku.
rupanya makan paku betul.

Aku ingat dia 2 tahun makan pucuk paku sebab kemiskinan. lol.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 12:00 PM | Show all posts
sabo jela.mcm xde bende lain yg nak mkn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 01:14 PM | Show all posts
adui, kita tertelan tulang pun dah seriau, dia rilex je makan paku
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 10:30 PM | Show all posts
China Darul Paku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.427416 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list