CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1527|Reply: 5

[Tempatan] Pas sokong istihar dana politik yg diterimanya.

[Copy link]
Post time 16-8-2015 01:12 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum ni umno menyokongnya..kini pas pula rela istihar dana politik mereka.

Pkr dan dap bila lagi nak setuju?..kalau tak setuju kenapa tak setuju?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2015 01:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau setakat HPA dan SABASUN yg sumbang, berapa sen sangat.  PAS PAS, org harta juta2 takkan nk cerita kat org.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2015 02:33 AM | Show all posts
PAS Sedia Isytihar Dana Politik Selaras Dengan JKNMPP
Posted on August 15, 2015 by Abdul Mursyid Zainuddin|

Muktamar PAS

KUALA LUMPUR – PAS menyatakan kesediaan untuk mengumumkan jumlah dana politik yang diterima parti itu selaras dengan pengumuman penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada Jumaat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenainya dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima oleh parti itu.

“Kita tak ada masalah untuk umumkan dana ini sebab biasanya kami terima dana daripada sumbangan terbuka, malah kalau dalam program seperti ceramah dan sebagainya kita umumkan berapa jumlah kita dapat pada masa itu,” katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Beliau berkata, berdasarkan undang-undang, setiap parti politik dibolehkan mencari dana dari luar dan hanya perlu mengisytiharkan senarai perbelanjaan parti dalam musim pilihan raya.

“Memiliki dana dan perbelanjaan semasa musim pilihan raya adalah dua perkara berbeza, itu kena jelas,” katanya.

Ketika mengumumkan penubuhan JKNMPP di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.

Takiyuddin berkata, keanggotaan JKNMPP perlu dibuka kepada semua parti politik termasuk pembangkang bagi memastikan pelan tindakan yang akan dihasilkan telus dan menyeluruh.

“Setiap parti politik perlu mempunyai wakil sebagaimana jawatankuasa-jawatankuasa lain yang dibentuk di peringkat nasional,” katanya. – Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2015 02:34 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 16-8-2015 01:34 AM
Kalau setakat HPA dan SABASUN yg sumbang, berapa sen sangat.  PAS PAS, org harta juta2 takkan nk cer ...

tapi UMNO bersedia nak istihar dana2 tersebut waima jumlahnya mencecah bilion.

isunya kenapa DAP dan PKR belum menunjukkan sokongan mereka....apa rahsia yg mereka sebenarnya nak suruk?...kata nak telus mulus..walk a talk lah kan,...buktikan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2015 02:46 AM | Show all posts
JKNMPP bakal rencana demokrasi lebih matang
16 Ogos 2015 1:23 AM
  0  0 Google +0

RAZALI IBRAHIM

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Ramai pemimpin politik menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu bukan sahaja perlu dilaksanakan oleh parti pemerintah tetapi adalah baik jika pembangkang turut bersama menjayakannya.
“Untuk UMNO, itu adalah cadangan yang bagus bagi mengelak timbul salah faham dalam kalangan ahli dan juga rakyat. Dana politik yang diterima perlu diketahui semua dan diisytiharkan penggunaannya bagi tujuan tertentu.
“Setiap parti politik memerlukan dana bagi pelbagai tujuan seperti bantuan kecemasan, bencana dan kematian yang diperlukan segera,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jempol di Negeri Sembilan hari ini.
DI PERAK, Ahli MT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Tapah berkata, paling penting, pelaksanaan jawatankuasa tersebut dapat memastikan tiada penyalahgunaan amanah seperti ditekankan oleh Najib.
Di JOHOR, Ahli MT, Datuk Razali Ibrahim berkata, JKNMPP yang diumumkan Perdana Menteri tepat pada masanya dalam usaha memastikan ketelusan penerimaan dana politik dan sepatutnya diwujudkan lebih awal lagi.
“Sepatutnya kita sudah ada garis panduan dalam pembiayaan politik selaras dengan tatacara urus tadbir negara. Parti pembangkang juga jangan menentang penubuhan JKNMPP serta perlu menyambut baik penubuhannya dan bersama-sama merealisasikannya,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Muar.
Sementara itu di PUTRAJAYA, Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, langkah tersebut mampu mewujudkan kaedah yang lebih telus dalam pengurusan pembiayaan atau sumbangan politik.
“Kita tidak boleh lari daripada menerima hakikat mengenai pembiayaan politik, satu kaedah yang lebih telus dan tersusun perlu dilaksanakan kerana buat masa ini negara kita belum ada peraturan berkaitan pembiayaan politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Saintifik Optometri Kementerian Kesihatan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.bQYzlFdb.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2025 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.350185 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list