CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2628|Reply: 3

6 Tips Cantik yang Salah!

[Copy link]
Post time 18-8-2015 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum w.b.t. Sudah tentunya setiap orang mempunyai beberapa tips untuk cantik tapi pastikan tips yang anda praktikkan tersebut betul dan berkesan. Di sini, beberapa info yang perlu anda tahu:




1. Ubat gigi menyembuhkan jerawat.

Memang betul ubat gigi boleh menyembuhkan jerawat tapi pastikan anda guna yang tanpa bahan pemutih kerana ubat gigi yang mengandungi bahan pemutih memberi iritasi kepada kulit.

2. Kosmetik semulajadi elak alergi.

Bukan semua kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi sesuai untuk kulit anda. Jadi, sebelum mencuba komestik pada wajah, sapukan sedikit pada belakang telinga. Kalau terasa gatal dan merah-merah, itu menunjukkan kulit anda sensitif kepada bahan yang terdapat produk komestik tersebut.

3. Kulit kering punca kedutan

Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan kulit berkedut adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Jadi, pastikan anda menggunakan sunblock dengan spf yang tinggi supaya dapat melindungi kulit dengan lebih lama. Gunakan sunblock 20-30 minit sebelum keluar rumah bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit.

4. Rambut bercabang boleh diatasi dengan syampu.


Syampu semata-mata sebenarnya tidak dapat mengatasi rambut bercabang. Gunakanlah kaedah yang lebih mudah iaitu memotong hujung rambut yang bercabang dan mencegahnya dengan rawatan rambut yang lebih baik. Selain itu, jangan terlalu terdedah di bawah sinaran matahari dan sesekali lakukan rawatan creambath di salun.

5. Rambut mudah rosak jika dicuci setiap hari.

Mitos yang mengatakan bahawa mencuci rambut paling baik iaitu seminggu sekali adalah salah. Dalam persekitaran sekarang yang penuh dengan pencemaran, rambut yang dibiarkan tanpa dicuci selama seminggu, pasti akan membuat rambut semakin kusam dan rosak. Jadi, rajinlah bershampu dengan menggunakan shampu yang sesuai untuk digunakan sehari-hari.

6. Jangan gosok gigi terlalu kerap

Yang ni, aya dapat dari adik aya. Aya ada bertanyakan tentang mitos ubat gigi jika digunakan terlalu kerap boleh menyebabkan gigi rosak, tetapi adik aya cakap dentist ada beritahu dia yang ubat gigi sebenarnya hanya bahaya jika kita tertelan ubat gigi tersebut kerana ianya mengandungi fluoride yang berbahaya kepada organ badan. Jadi, jangan risau untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan.
sheeraya.blogspot./gilerkentangblogsport
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 03:21 PM | Show all posts
dulu selalu gunakan ubat gigi bila jerawat tumbuh......
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 03:54 PM | Show all posts
tak pernah pulak aku terpikir nak letak ubat gigi kat jerawat
setuju dgn natural skincare/cosmetic tu. tak semua natural/organic skincare elok untuk kulit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 09:12 AM | Show all posts
6. Jangan gosok gigi terlalu kerap

Yang ni, aya dapat dari adik aya. Aya ada bertanyakan tentang mitos ubat gigi jika digunakan terlalu kerap boleh menyebabkan gigi rosak, tetapi adik aya cakap dentist ada beritahu dia yang ubat gigi sebenarnya hanya bahaya jika kita tertelan ubat gigi tersebut kerana ianya mengandungi fluoride yang berbahaya kepada organ badan. Jadi, jangan risau untuk menggosok gigi setiap kali selepas makan.
sheeraya.blogspot./gilerkentangblogsport

....ada ke yg gosok gigi 2 hari sekali?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.053289 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list