View: 1375|Reply: 0
|
[Dunia]
Mers kembali serang Arab Saudi
[Copy link]
|
|
Mers kembali serang Arab Saudi
20 Ogos 2015
http://www.sinarharian.com.my/global/mers-kembali-serang-arab-saudi-1.421276
Kajian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati individu yang berada dalam persekitaran kumpulan unta berisiko tinggi dijangkiti Mers
RIYADH - ARAB SAUDI. Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kelmarin mengesahkan kematian terbaharu akibat virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di negara itu menjelang musim haji pada kali ini.
Jurucakapnya memaklumkan mangsa adalah seorang lelaki berusia 71 tahun di Riyadh selain sebanyak 10 kes jangkitan baharu turut dilaporkan.
"Sebanyak 58 kes jangkitan baharu Mers telah direkodkan sejak awal Ogos lalu," jelasnya lagi.
Difahamkan, kebanyakan kes tersebut dilaporkan di Riyadh dan turut melibatkan beberapa pekerja kesihatan.
Susulan daripada itu, kumpulan hospital dimiliki Pengawal Kebangsaan Saudi telah meletakkan jabatan kecemasan dan pesakit luar pada tahap berjaga-jaga selepas Mers kembali menyerang negara tersebut. - Press TV
Kajian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati individu yang berada dalam persekitaran kumpulan unta berisiko tinggi dijangkiti Mers
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|