View: 4411|Reply: 25
|
[Tempatan]
Tahukah Anda Terdapat 199 Jenis Durian?
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-IIN at 20-8-2015 04:36 PM
Tahukah anda membezakan jenis durian? Atau sekadar makan sahaja, janji ia durian? Durian dikenalpasti melalui duri dan pokoknya. Isi setiap jenis durian juga berbeza. Ada yang isi nipis, bijinya besar dan ada juga isi tebal, bijinya pula leper. Warna isi durian juga berlainan. Mungkin bau yang sama membuatkan ramai yang tidak arif untuk membezakan jenis durian ini.
Terdapat pelbagai jenis buah durian. Walaupun semuanya nampak sama kerana ia berduri, ternyata pencinta atau penjual buah ini pakar membezakan jenisnya.
Durian Burung, Dalit, Alau, Royal Brunei, Durian Anjung Lima, Tenom Beauty, Kekura, Raden Mas Ayu dan Diamond King adalah durian yang popular di Malaysia. Tetapi ramai yang tidak tahu akan namanya apatah lagi buah jenis ini.
Jika anda ingin tahu, terdapat juga durian klon yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian yang dikenali dengan pelbagai gred 'D'. Terdapat sebanyak 199 jenis klon yang didaftarkan bermula dengan D1 hingga D199 mengikut setiap negeri yang dibenarkan oleh MARDI atau Jabatan pertanian. Tetapi bilangannya hanya terdapat 123 jenis sahaja.
Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa. Jadi, durian yang anda selalu makan itu majoritinya durian yang telah diklonkan.
Selain durian ini dimakan sahaja dan dibuat manisan, terdapat juga aiskrim daripada isi durian Musang King yang pertama di Malaysia. Rata-rata ramai yang menggemari perisa durian Musang King ini.
Bagi anda yang ingin mencuba aiskrim ini, bolehlah berkunjung ke Kampung Durian House terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor. Harga bagi aiskrim tersebut hanya RM4.00 sahaja.
Apa kata, selepas ini rajin-rajinlah mengenali jenis durian ini. Supaya mudah untuk kita berkongsi dan menerangkan maklumat mengenai durian kepada anak dan cucu pada masa hadapan. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ade jenis2 restriction type of durian yg blh ditanam di negeri2?. |
|
|
|
|
|
|
|
Durian Burung, Dalit, Alau, Royal Brunei, Durian Anjung Lima, Tenom Beauty, Kekura, Raden Mas Ayu dan Diamond Kingadalah durian yang popular di Malaysia.
raden mas ayu ... ni mesti derian JDT ni ... hihi |
|
|
|
|
|
|
|
apa pekdahnya??bukannya aku tau membezakannya |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau...tau makan....dan makan ja... |
|
|
|
|
|
|
|
ada sejenis durian pahit rasanya terdapat di hutan hutan,mungkin sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. |
|
|
|
|
|
|
|
Tauuu banyakk tp koserrr nk amek berat sgt...durian aje punn... |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku tau semuanye spesis durian hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
aku tau mkn je
|
|
|
|
|
|
|
|
royal brunei tu mesti sedap..1st time dengo..mcm best jer |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh...patutlaah saya rasa tak keruan resah gelisah...rupanya sbb saya tatau durian ada 199 jenis. lepas baca artikel ini baru jiwa saya rasa tenang...info ini sangat berguna utk saya tempuhi hidup sehari2...terima kasih reporter cari |
|
|
|
|
|
|
|
pengetahuan am! |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tahu makan jewww.... |
|
|
|
|
|
|
|
family ai ni pon tengah rancak pesta durian. semua benda nak diduriankan, crepe durian, bubur durian, tempoyak, lempuk etc.
cuma ai jah tak makan durian |
|
|
|
|
|
|
|
Durian KIPIDAP tak ada ke |
|
|
|
|
|
|
|
durian 7.65 ada?? di selangor/KL banyak tertanam kot... |
|
|
|
|
|
|
|
suka durian
ok tu je. babai |
|
|
|
|
|
|
| |
|