View: 45113|Reply: 243
|
Linda Onn, Suria FM diperintah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MOY
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 21-8-2015 09:48 AM
Linda Onn, Suria FM diperintah bayar ganti rugi RM50,000 kepada MOY
Published: 21 August 2015 4:09 PM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/linda-onn-suria-fm-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm50000-kepada-moy
Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini memerintahkan juruhebah Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, “Ujang” berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada Januari tahun lepas.
Hakim See Mee Chun turut memerintahkan defendan, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dan Rimakmur Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Suria FM, supaya membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.
See membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam C. Vignesh Kumar yang mewakili plaintif dan peguam Bhag Singh yang mewakili defendan.
Vignesh Kumar memberitahu pemberita mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah 5% kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes hari ini.
Selain itu, katanya, mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan dengan sendirinya atau melalui ejen atau pengkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif.
Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen “Carta 30 Lagu Top Mingguan” kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Januari tahun lepas, menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang berlaku kepada majalah “Ujang” yang dimiliki plaintif.
Plaintif mendakwa segmen itu diulang siar pada 26 Januari tahun lepas, kira-kira pukul 6.30 petang di stesen radio sama.
Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, juruhebah itu mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif.
Plaintif mendakwa perkataan-perkataan tersebut mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.
Seterusnya plaintif mendakwa perkataan yang dikatakan memfitnah mereka disebut hanya sebelum lagu juara dalam carta itu disiarkan di mana kebanyakan pendengar akan mengikuti program sehingga lagu juara dimainkan dan dalam pada itu program tersebut juga dikendalikan oleh juruhebah terkemuka Halim Othman serta Linda Onn yang mempunyai peminat tersendiri.
Plaintif turut mendakwa sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat hebahan di dalam siaran radio nasional, defendan tidak membuat sebarang verifikasi dengan plaintif mengenai ketepatan maklumat yang diperoleh defendan dan setelah mengetahui maklumat yang diberikan kepada pendengar bersifat fitnah, defendan tidak membuat sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata2 apa yang sabitkan fitnah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Moy ni tau nak duit org jah..dlu ko naya ujang kan..sian mamat tu smpai tak bleh nak claim ape2 karya dia pasal ujang.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tahu apa kandungan info yang Linda Onn bacakan time bertugas tu dulu...sebab setau meols, info2 linda onn semua solid molid...sheols rajin research & x merapu mcm announcer lain (baca: fafau, johara, sate etc) ...
lagipun, situasi sekarang, MOY tu pun dah lingkup... agaknya apa yg linda baca tu based on artikel yg Ujang tulis mengenai MOY . better clarify ler.
kdg2 org gertak saman fitnah ni, part of the fitnah tu sbnrnya betul |
|
|
|
|
|
|
|
errrr... x paham apakah cerita nya di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai MOY carik duit dikala Ujang pupus |
|
|
|
|
|
|
|
MOY ni sekat semua copyright, nama, brand Ujang drpd kartunis Ujang (b4 that dia tarik ujang keluar dr gila2 n set up Ujang magazine)..n after that kick Ujang, and run Ujang without Ujang... ngerti? bertahun jugak Ujang jd papa kedana....nama pena heols diguna oleh pihak lain... sbb Ujang ni buta kontrak...tau melukis je , tp x tau deal contract copyright bagai.
cerita lebih2 nnt x pasal2 meols plak kene heret ke court sama2 dgn linda onn.... pening kepala pulak nk mikir nk pakai busana RTW siapa ke court nanti... hmm
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 21-8-2015 05:22 PM
nak tahu apa kandungan info yang Linda Onn bacakan time bertugas tu dulu...sebab setau meols, info2 ...
L.o tu walaupon dibenci ummah pendengar tp sheols jenis buat keje dengan bekerja dulu..mmg jenis research n amek tau isu semasa. Tak bengap mcm lofa jadi host letop segala info pun blur2 jah..iols syak l.o ckp pasal ujang dianiaya la kot..sah2 si moy ni ngaku semua hak dia sbb dia dptkan copyright katun tu guna nama sykt dia..walaupon ujang yg create identity tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haah pebenda yg LO cakap yg sampai dikatakan fitnah tu. Nak tahu jugak.
MOY ni dah hentikan kan segala pengeluaran majalah berkaitan. No more ujang, gila-gila, etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah, Gila2 tak sekat ke masa dia tarik tu..sbb Ujang tu lahir dari Gila2. Itu yang Ioulls tak faham kaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
jadah ape MOY nak buat cmni?
bisnes dah lingkup kan? lagi nk mkn duit org atas angin |
|
|
|
|
|
|
|
joey_mcintrye replied at 21-8-2015 05:22 PM
Bukan ke Ujang tu drpd Gila2? Knp pula Dato MOY ni dpt tuntut hak cipta?
X silap moy buat hak cipta atas sykt semua kartun2 ujang tu.ujang x bleh claim tu hak cipta dia dan dia tak dibenar guna karakter tu lg..itu based on pembacaan iols la..takot gak nak cite lebih takut kenw heret pegi court sama dkt datok yg sykt baru lingkup ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila-gila tak berkubur lagi. Cuma keluar sebulan sekali je...kalau zaman gemilang dua bulan sekali. Production pun sekadar 10,000 naskah/bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bab Lofa tu meols mmg setuju 100% ... lofa lah pengacara terbimboo abad ni..latest, masa interview Saleha, sheols buat connotation seolah2 polygami tu perkara taboo dan menyedihkan, walhal tu topik dlm drama yg saleha dok promote. pastu...manjang la dok throwback..."kalau lofa, lofa biasanya. bla bla bla"
seriously lofa tu bimbo opportunist nombor wahid di malaya
back to topic... si LO kalau betul baca kes Ujang ckp dia dianiaya MOY tu, maknanya dia amik story tu dr mana2 akhbar...sbb setau meols Ujang came out dgn story tu dlm satu exclusive interview several years ago. LO tu walaupun org meluat dgn sheols, tp sheols buat krja bagus...segala mala note/rujukan/notakaki sheols ada rekod..bukan jenis main taram je merapu dlm konti.
|
|
|
|
|
|
|
|
linda onn dh bersalin ke blm ek? |
|
|
|
|
|
|
|
chuols...semua majalah dgn down skrg ni...majalah Remaja pun dah kluar sebulan sekali.
media hiburan aje yg menten 2 minggu sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg Ioulls tertanya-tanya...Gila2 tak buat apa2 ke masa Ujang keluar dr Syarikat tu...smpkan Dato' MOY tu boleh ambil pulak hak cipta kartun Ujang...Ibarat anak kita, lps tu terlepas ke tangan org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols kesian ujang..teraniaya. |
|
|
|
|
|
|
|
chuols
majalah Ujang, Apo? under MOY (jangka hayat 1993 - 2015)
gila-gila (usia 43 tahun dah) terbitan Creative Publications
lain2 company
satu lagu majalah Geli Hati..masih ada lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|