CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4873|Reply: 20

[Politik] Video pengawal keselamatan belasah wanita pengemis jadi viral

[Copy link]
Post time 3-9-2015 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Video pengawal keselamatan belasah wanita pengemis jadi viral


[size=100%]KUALA LUMPUR, 2 September:
Satu klip video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan membelasah seorang wanita warga emas menjadi viral di internet.

Klip video berdurasi 1 minit 32 saat itu menunjukkan pengawal keselamatan terbabit menendang wanita malang itu yang dilihat duduk di tepi kaki lima.

Video yang dimuat naik oleh Facebook Cerita kita itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mengacu cota ke kepala ewanita terbabit dan mengancamnya sebelum beredar.

Menurut komen pada klip video tersebut, insiden berkenaan dipercayai berlaku di sebuah bank di Sandakan, Sabah.

Menurut pengguna Facebook Juhan Junaidi, wanita tua terbabit merupakan pengemis yang sering dilihat berada di kawasan berkenaan.

“Dia biasanya memaksa orang ramai memberikannya wang,” kata Juhan pada ruangan komen video terbabit.

Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat menghampiri wanita itu selepas pengawal keselamatan meninggalkannya dan berbual ddengannya sebelum menghulurkan wang.

Malah tindakan pengawal keselamatan berkenaan yang mengasari wanita itu menimbulkan kemarahan netizen.

Seorang pengguna Facebook, Shakirnah Osman berkata, “Ini tidak patut. Bagaimana seorang wanita boleh diperlakukan demikian. Pihak polis perlu mengambil tindakan ke atas pengawal keselamatan itu.

Seorang lagi pengguna Facebook, AznIzam AzIz berkata, wanita berkenaan adalah pengemis dan sering berlegar di kawasan itu, tindakan pengawal keselamatan itu tidak wajar: “Beri sahaja sedekah kepadanya, bukan tendang macam itu.”

Video yang dimuat naik hari ini itu ditonton sebanyak 7,394 kali.

Pautan: https://www.facebook.com/831511046904045/videos/864080853647064/



TRP

Sandakan: Seorang wanita berusia 50-an bukan sahaja kepalanya ditolak menggunakan cota, malah turut disepak pengawal keselamatan di sebuah syarikat perbankan dengan rakaman video kejadian berkenaan menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook.
Video berdurasi 17 saat itu dipercayai berlaku di hadapan bank di Bandar Prima Square, Batu Empat, di sini, kelmarin, sebelum tersebar di laman sosial sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati orang ramai khususnya penduduk di daerah ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila wanita terbabit yang dipercayai mengalami tekanan jiwa duduk di hadapan sebuah bank sebelum didatangi pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran menyebabkan wanita itu ditendang dan kepalanya ditolak menggunakan cota.

Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian itu, dia berada di dalam bank terbabit untuk mengeluarkan duit.
Dapatkan  akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 7:19 AM   
  
                     
PENGAWAL keselamatan menendang wanita terbabit dihadapan bank. Gambar kanan, kepala wanita ditolak menggunakan cota.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74818#sthash.hqMcpcAn.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primemova at 3-9-2015 07:40 AM

Tah2 pengemis tu jenis yg suka memaksa2... Last2 pak gad tu pun dh naik meluat... Apa pun, pengemis tu tak leh ke cari kerja? Kerja tukang cuci ke pembantu restoran ke... Kat spork ramai lagi yg lebih tua tua kerja kat McD atau KFC atau foodcourt.. Ataupun jual2 kerepek mcm biasa kita nampak kat KL.. Ada la gak usaha dr mengemis.. Nak seribu daya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo betoi la aunty tu suka paksa org bg sedekah.. Selayaknyalah..

Tapi x patot pak guard tu sepak pmpn. Paling koman takat herdik jela.. Tahu la aunty berambus.

Pak guard org sulu kot? Ganas betoi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 07:53 AM | Show all posts
tak payah ler nak belasah bagai ... just marah marah jer
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:05 AM | Show all posts
x yah la sampai nak belasah2..
minta jerk dia cari port lain nak mengemis..
ugut2 je la sikit..
konon boleh buat laporan polis kalau dia msih duk kt situ ... boleh ker...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin org marah dah dia xfaham...bukan per kalu dah sampai tahap merbahayakan org ramai macam yg saksi cerita tu..xpatut jugak...  Mungkin dorg xpnh jumpa org tak waras yg  merbahaya...so tak boleh faham.keadaan tu... ada org tak waras no sampai 1 tahap boleh mendatagkan kecederaan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2015 08:13 AM | Show all posts
bellaa replied at 2-9-2015 11:51 PM
kalo betoi la aunty tu suka paksa org bg sedekah.. Selayaknyalah..

Tapi x patot pak guard tu sepa ...

pms letewwww pak guard tewww
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 08:14 AM | Show all posts
Maybe pengemis tuh jenis yg degil, tapi dia tak siuman + pompuan tua lagik,

So, tak payah nak tendang2 bagai.....marah2 jerk cukup la.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 09:03 AM | Show all posts
malasnya kaka nk tempel bideo...


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 09:27 AM | Show all posts
dah kalau pengemis jenis degil, suka marah2, tarik2 baju org, selayaknya lah

aku pun bengang dgn org mcm ni...baru2 ni pi makan kat shah alam, dth 2 budak mcm rohingya , tiba2 je org tgh nak order, mai hulur tangan bising2... waiter tu marah suh diam, bila waiter tu blah, masih lg duk hulur tangan, then aku tanya nak gapo? duit duit....trus aku ckp tak de, tak de...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:45 AM | Show all posts
entah-entah pengurus bank ke suruh halau..
pak guard tu buat kerja dia..
aku pun tak selesa nak masuk bank kalu peminta sedekah dok tunggu kat pintu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:01 AM | Show all posts
sikap manusia.....kekadang kita kena bertolak ansur laa sikit.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:02 AM | Show all posts
memang pengemis ni bermasalah tapi tak boleh guna kekerasan....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:07 AM | Show all posts
krustykrab replied at 3-9-2015 09:27 AM
dah kalau pengemis jenis degil, suka marah2, tarik2 baju org, selayaknya lah

aku pun bengang dgn  ...

aku pun pernah alami benda sama kat ampang... tp aku cakap kat budak2 tu, aku polis.. cuma bukan on duty time tu.. aku tanya sapa suh mintak duit ni, mak bapak mana? aku pegang tangan sorang budak tu la... senyap tak menjawab, tp muka cuak la.. aku cakap lg, jgn mintak2 duit kat sini... g balik rumah...

dah tu aku makan la dgn tenang... tp aku perasan lps aku cakap kat budak tu, ada laki muda datang cakap apa ntah sambil tengok2 sekeliling.. kejap tu budak tu mintak sedekah balik, tp kat kedai sebelah... geram je aku sapa pergunakan bdk2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam punya guard kalau yaa pun respek laa sikit org tua..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nenek gypsy drag me to hell tu selamat ko kena sumpah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 11:30 AM | Show all posts
CrowneGlory replied at 3-9-2015 11:11 AM
Kalau nenek gypsy drag me to hell tu selamat ko kena sumpah...

damn.. ngeri seyh nenek gypsy tuh..

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 12:29 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 3-9-2015 11:11 AM
Kalau nenek gypsy drag me to hell tu selamat ko kena sumpah...

Hahaha sebenarnya aku mmg terbayang cite tu pun
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 12:38 PM | Show all posts
Aku nasihatkan jika ada orang gila yang minta duit, sila beri lah seringgit dua atau bagi makanan.Orang yang tak siuman ni kalau perut dia lapar dia mudah mengamuk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 12:39 PM | Show all posts
tu bukan belasah.. tu smackdown.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056699 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list