CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1312|Reply: 6

[Tempatan] THT kekal juara MHL

[Copy link]
Post time 5-9-2015 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by muraicomey at 5-9-2015 10:39 PM


PASUKAN THT meraikan kejayaan mereka mempertahankan gelaran juara MHL selepas menewaskan KLHC 5-4 dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Kuala Terengganu semalam. utusan/ AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU - Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2015) untuk kali kedua berturut-turut selepas menundukkan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) semalam.

Dalam perlawanan itu, pelawat bermula garang apabila terlebih dahulu menemui sentuhan gol hasil jaringan padang Nabil Fiqri Mohd. Noor seawal minit keempat sebelum THT menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Skuad kendalian jurulatih Sarjit Singh itu mula menjarakkan kedudukan gol apabila Mohd. Fitri Saari menambah jaringan pada minit ke-15 diikuti Muhammad Firhan Ashari (ke-32).

Tertekan apabila ketinggalan 3-1, pelawat bangkit meraih gol kedua dan ketiga sekali gus menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti oleh kapten Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-34 serta ke-47.
Kegembiraan KLHC tidak bertahan lama apabila THT kembali mendominasi perlawanan hasil jaringan Faizal Saari pada minit ke-49 bagaimanapun selang seminit pelawat mengikat kedudukan menerusi Muhammad Noor Faeez Ibrahim.

Asakan demi asakan daripada kedua-dua pasukan tetapi tuah menyebelahi THT apabila kembali menambah gol menerusi jaringan terakhir Mohd. Fitri Saari pada minit ke-60 sekali gus memalukan pasukan lawat di bawah kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu.

Jurulatih THT, Sarjit Singh berkata dia gembira dengan kejayaan pasukannya yang telah menunjukkan persembahan konsisten senapjang kempen, terutama dalam perlawanan semalam yang seperti dijangka berlangsung sengit.

“Kami terlepas beberapa peluang, bagaimanapun selepas pertukaran penjaga gol kami berjaya memperkukuhkan kembali benteng pertahanan dan memperkemaskan strategi.
“Saya gembira kami dapat mempertahankan kejuaraan dua kali berturut-turut dan terharu dengan sokongan padu penyokong kerana sudah lebih 20 tahun saya tidak menyaksikan suasana meriah seperti dalam perlawanan hari ini,” katanya.

Dalam perlawanan lain Sapura menewaskan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-2 di Bukit Jalil untuk menduduki tempat ketiga manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) menang 2-1 ke atas Maybank untuk berada di tempat keempat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2015 10:43 PM | Show all posts
akak dengar ramai pemain hoki malaysia berpelajaran tinggi,jadi tak menghairankan mampu duduk ranking 12 dunia
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman KLHC,Maybank,Sapura dah berakhir..abang2 kpop masih main dengan THT ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2015 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah THT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
THT juara piala TNB tewaskan KLHC menerusi penalti sebentar tadi..seronok penalti hoki ni dik tak macam bola.apa2 pun tahniah THT juara berganda lagi tahun ni..Faizal Saari ni dah boleh dikira lejen macam Mirnawan kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2015 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni layan ragbi piala agong pula..ada live ke dik nak tengok abang2 sado malaysia beraksi nih..
Apa kelas layan liga bola kampung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2015 08:12 AM | Show all posts
Tahniah ler THT.... mat said nelang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.588691 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list