|
Oleh Adib Za
Lelaki, seperti juga wanita ada masanya tetap akan mengalirkan air mata. Lelaki juga berhati tisu?
Banyak perkara boleh membuatkan seorang jejaka itu menitiskan air mata seperti,
1. Semakin menginjak usia, lelaki semakin beremosi terutamanya yang berkaitan ibu bapanya.
“Seeing my dad cry. Seeing your dad cry is one of the saddest things ever.”
2. Menjadi seorang bapa, merubah diri anda secara total.
Lelaki semakin sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling apabila menjadi seorang bapa. Misalnya, mendengarkan seorang anak memanggil 'ayah' atau 'papa' buat pertama kali boleh menyebabkan lelaki menitiskan air mata.
(Sumber foto: Pinterest)
3. Tidak dapat memberikan yang terbaik untuk orang dicintai.
Ada kalanya, sesuatu mencabar dan mengehadkan kebolehan lelaki untuk memberikan yang terbaik, seperti isterinya jatuh sakit, tidak dapat memberikan kebahagiaan kewangan dan sebagainya.Dia akan menangis..
4. Perasaan simpati.
Lelaki yang matang mempunyai rasa simpati terhadap orang lain yang kurang berupaya. Ini membuatkan hatinya tersentuh dan menangis. - CARI Infonet |
|