CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7646|Reply: 70

[Dunia] Wanita Arab Kena Cerai Kerana Menari Depan TV

[Copy link]
Post time 10-9-2015 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Wanita Arab Kena Cerai Kerana Menari Depan TV
Sep 10, 2015

Foto Akhbar Sada


SEORANG wanita Arab menerima nasib malang apabila diceraikan oleh suaminya serta-merta hanya kerana menari di depan televisyen di dalam rumah mereka sendiri.

Hal ini kerana, lelaki itu mendakwa kononnya perbuatan isterinya yang menari itu merupakan satu pengkhianatan dan langsung tidak boleh dimaafkan.

Menurut laporan akhbar tempatan Sada, lelaki itu telah memberi amaran supaya tidak menonton saluran hiburan, termasuk muzik di televisyen.

Bagaimanapun, wanita tersebut ingkar dan tetap menonton rancangan tersebut ketika ketiadaan suaminya yang keluar pergi kerja.

Wanita ini mendakwa suaminya hanya membenarkan dirinya menonton rancangan agama dan sosial sahaja.

“Sebaik suaminya keluar rumah, dia buka saluran kegemaran dan mula menari. Ketika asyik menari, suaminya pulang. Dia tidak dengar suaminya masuk rumah kerana muzik itu sungguh kuat.

“Wanita itu berkata, apabila suaminya melihat dia menari, lelaki itu serta-merta menceraikannya walaupun dia merayu dan meminta maaf.

“Si suami beritahu isterinya, apa yang dilakukannya adalah pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana dia tidak taat kepada arahannya,”
lapor akhbar itu tanpa menyebut lokasi kejadian. – AGENSI/MYNEWSHUB.CC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mau lawan lelaki ye.....jgn mcm2 k
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 08:49 PM | Show all posts
gagal kawal diri, bukan gagal kawal isteri  
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:02 PM | Show all posts
Semua paraisteri di nasehatkan patoh dangan suami kalu tak ikot arahan suami ..neraka menanti anda!.....tetapi suami tak perlu patoh dengan isteri.

Ada orang kata..wanita lebih ramai menjadi isi neraka... Tetapi kebanyakan jenayah di lakukan oleh kaum lelaki, termasuk berperang sana sini.

Senang je nak brainwashed kaum perempuan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:08 PM | Show all posts
syumulnya dan indahnya ereb...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:12 PM | Show all posts
tiada maaf bg mu. xde second chance ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2015 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau pasal kna cerai sbb bnda2 pelik msti dri tok2 arab.. org laki mlaysia je yg suka tgok isteri/ prmpuan menaribkot
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila menari pun kena cerai....bukannya menari depan jantan lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulut hauk puaka tak mengapa. Asalkan dgr cakap suami.  Dafuq!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:39 PM | Show all posts
krustykrab replied at 10-9-2015 09:25 PM
Gila menari pun kena cerai....bukannya menari depan jantan lain...

arab kan mulia....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:41 PM | Show all posts
siannye.. nak bersenam pon tak leh la kut... inikan pulak kuar joging ka....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 09:45 PM | Show all posts
time tu je la bini dia nak release tension..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:03 PM | Show all posts
dah jadi janda menarilah puas2
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:10 PM | Show all posts
aku igtkan dia menari dlm rancangan tv
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:43 PM | Show all posts
Ha_Neul replied at 10-9-2015 09:41 PM
siannye.. nak bersenam pon tak leh la kut... inikan pulak kuar joging ka....

Yelah.... Kalau isteri seperti kayu balak ... Bolehlah buat alasan kawen laen.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 10:48 PM | Show all posts
La.. cenggitu pon bole cerai? Or memang dia tak cinta kt isteri dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2015 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul suami camni tak reti nak manfaatkan hobi isteri..dia terkinja2 pun dalam rumah..mana tau lelama bini dia pandai pool dance ka belly dance ka..buleh gak cuci mata..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla kena cerai dh dpt menari puas2 tanpa ada diktator sibuk nak cari pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 10-9-2015 11:20 PM

Oklah tu...tak nak dengar cakap  pakat2 move on..yg laki tu carilah pompuan yg dengar arahan yg pompuan tu menarilah puas2...

Nak menari dalam rumah ke luar rumah ke tengah jalan ke..menarilah puas..

Senang kan? Buat per nak paksa2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:24 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 10-9-2015 11:18 PM
Oklah tu...tak nak dengar cakap  pakat2 move on..yg laki tu carilah pompuan yg dengar arahan yg pomp ...

trisna mana mommy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.078119 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list