CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 4

[Tempatan] OKU belajar main gitar lima jam sehari

[Copy link]
Post time 15-9-2015 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Haikal Zainoren, 21, yang mengalami masalah penglihatan (buta) turut memukau penonton dengan petikan solo bassnya sekaligus dinobatkan sebagai pemain bass terbaik pada Pertandingan Kugiran OKU Penglihatan 2015, anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Sabtu lepas. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Walaupun separa buta dan masih remaja, Muhammad Danish Aiman Khairunisham, membuktikan bahawa kekurangan dirinya bukan penghalang untuk bermain gitar seperti pemain gitar pujaan beliau, Saul Hudson atau 'Slash', bekas pemain guitar utama kumpulan rock, Guns N' Roses.
   
Muhammad Danish, 17, berjaya memukau seluruh penonton dengan petikan solo lagu 'Sweet Child O' Mine' daripada kumpulan itu, pada 'Pertandingan Kugiran OKU Penglihatan 2015', Sabtu lepas, atas hasil titik peluhnya berlatih lebih lima jam sehari.
   
Bak kata pepatah Melayu 'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih', beliau yang mengalami masalah penglihatan sejak usianya lima tahun, memilih untuk belajar menceburi permainan guitar ekoran minat mendalam terhadap muzik.
   
Muhammad Danish berkata, pada awalnya agak sukar untuk beliau mempelajari alat itu lebih-lebih lagi masalah penglihatan yang dialaminya untuk memegang 'chord' guitar dengan betul dan memerlukan kesabaran tinggi.
   
Malah, bagi individu normal untuk melakukan petikan solo dengan mengikut rentak 'Slash', bukannya calang-calang dan tidak mudah untuk dilakukan, apatah lagi bagi orang buta seperti saya, katanya kepada Bernama.
   
"Saya memang minat muzik sebab ayah saya pun pemain guitar dan biarpun saya serba kekurangan tapi, tak kan sampai bila-bila kita tak nak maju.
   
"Itu yang buat saya cekal belajar bermain guitar, hinggalah saya boleh bermain dengan baik walaupun ada kesalahan sikit, tapi semua itu boleh diperbaiki," katanya.
   
Muhammad Danish dinobatkan sebagai pemain guitar terbaik dalam pertandingan berkenaan yang dipilih oleh juri profesional seperti Datuk Freddie Fernandez dan Ketua Malaysian Philharmonic Youth Orchestra, AhmadMuriz Che Rose.   

Malah beberapa kumpulan lain juga memberi saingan yang sengit pada pertandingan itu dengan memainkan lagu-lagu daripada kumpulan Wings, Search, dan Jinbara.
   
Pertandingan Kugiran OKU Penglihatan 2015 dianjurkan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dengan kerjasama Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita PETRONAS (Petronita).
   
Sebanyak enam kumpulan mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut dan  peserta berusia antara 17 dan 40 tahun.
   
Acara tahunan ini merupakan pertandingan kali kelapan yang dianjurkan MAB untuk menggalakkan lebih banyak penubuhan kumpulan muzik OKU Penglihatan yang setanding dengan kumpulan muzik normal.
   
Menurut Naib Presiden MAB, Dr S.Radha Krishnan, idea untuk menganjurkan pertandingan seumpama ini tercetus apabila pihaknya mengenal pasti bahawa cabang seni merupakan satu daripada bidang yang boleh diceburi OKU.
   
"Hal ini terbukti dengan wujudnya kumpulan muzik dalam kalangan komuniti berkenaan, malah kumpulan ini mula berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan penggiat seni sejak mereka bertapak dalam industri muzik negara," katanya.
   
Beliau berkata, antara langkah awal yang diambil oleh pihak MAB ialah dengan pembinaan bilik muzik kedap bunyi pada 1999 agar mereka menggunakan bilik muzik itu sebagai tempat latihan. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2015 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas dek..moga berjaya dunia dan akhirat.

Trgt aku pcik ali buta main gitar kt depan gerai dlu2 pandai nyanyi tp gatal jugak orgnya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 09:41 PM | Show all posts
semoga berjaya dalam bidang ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 11:17 PM | Show all posts
Congrats adik! We should support talent macam ni.
(drpd AF yg ntah ape ape tiap tiap tahun
Perhaps, Fredie, if you read this(or anyone yg boleh tlg sampaikan) help musicians like this, and those buskers and street/OKU musician,
yg confirm betul boleh main.
Toksah cakap pasal market kay? I dont think they want they limelight.
kalau boleh train jadi session musician in studio would be great. ( then boleh main utk budak AF yg tak tau ape pulak )
Atleast we expand a jobscope for them, Bukan semua OKU suka nak main tepi jalan/harap BRIM etc.
Just a suggestion

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2015 11:19 PM | Show all posts
atleast ade good news today hope adik ni tak discourage with what happen around you.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.087107 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list