CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3458|Reply: 11

CERPEN : DESTINASI TERAKHIR

[Copy link]
Post time 18-9-2015 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GuaAnakMelaka at 8-11-2015 02:40 AM

                                                      Destinasi terakhir…..
Uitm Lendu MELAKA .
               Shafiah melihat jam tangannya .Mengapa putaran masa dirasakan amat  lambat.
“Ayah…..mengapa lambat ni?”bisiknya .


Shafiah menunggu tempat biasa,di mana di situlah  kebiasaannya mereka bertemu.


            “Maaf Ayah lambat …”matanya bergenang,merahsiakan sesuatu.


Affan memeluk anak kesayangannya ,matanya berkaca.

“Apa ni Ayah ,”Tanya Shafiah

Kelihatan plastik putih .

“Ubat Ayah…,”balas Affan.

“Ayah sakit apa..?”Shafiah ingin tahu .

Affan tidak menjawab.

“Bagaimana study ?”Affan bertanya

“Ok je Ayah….Cuma bulan ni banyak assigment dan test “balasShafiah merenung mata ayah tersayang yang masih berkaca…


           FikiranAffan menerawang …

“Ceraikan aku!”bentak Yuhana .

“Kenapa kau ni ?dah gila ke apa?”balas Affan.

“Memang aku gila !Apa punya laki….ingatkan kahwin dengan  awak hidup senang tapi makin lama makin susah …,berasa pun dah habis ..”bentak  Yuhana .
      Affan keluar  rumah.Malas dilayan angin isterinya .


Affan ke kubur ibu bapanya.matanya berkaca.

“Mak…Ayah…jika mak ayah masih ada..saya tak la susah macam  ni “keluhnya di pusara .Air mata bercucuran mengiringi doa buat ibu bapa.

Itulah Affan,pabila kesedihan ,dia ke pusara ibu bapa dan  meluahkan segalanya.Affan kematian ibu bapa sejak usianya setahun dan ketika  kanak-kanak ,datoknya selalu membawa Affan ke pusara .


Setelah doa dan bacaan Quran ,Affan meninggalkan pusara ….

“Menantu celaka..menantu babi …,”kedengaran suara di corong  telefon.
Affan menamatkan panggilan.Malas dilayan mentua hilang akal.Jika  dilayan ,lama-lama Affan pun gila…


“Belajarlah bersyukur…tengok Somalia..nak cari air punberjalan berbatu-batu..”nasihat Affan.

“Kalau i tak kahwin dengan abang.i dah kahwin doctor..hiduppun senang !”Yuhana  menyindir.

Affan berkaca.

Kringgggggggggggg…….

“hello…………”

“Bini kau dah bersalin!”itu sahaja kata  mentua.Bagi salam pun tidak.

Affan menghidupkan motosikal dan terus ke hospital Muar .Melihat bayi perempuan comel ,iras ibunya.

“Allahu akbar Allahu akbar…………..”laungan azan dan iqamat  dilaungkan.

“Aku nak namakan anak ni Shafiah………….sempena nama arwahneneknya “bisik Affan.

Esoknya Affan ke JPN,tanpa berbincang dengan isteri,terus  menamakan anak Shafiah .

……………………………………………………………………………………………………………

“Shafiah…Math and Science are not easy..u must hardwork ..”

“But its really hard Ayah…”

“Everything is hard …nothing is easy…made is easy “

“OK..i try my best ..,”

SMS antara Affan dan Shafiah.

Kesibukan kerja menyebakan mereka berdua berhubung hanyamelalui SMS.Itulah pengikat kasih sayang antara anak dan ayah ..

……………………………………………………………………

         Affan antara  pelajar cemerlang di SMR.Setiap kali peperiksaan sekolah ,Affan mendapat nombor  satu hingga dicemburui rakan-rakan.

“Korang tak malu dengan Affan?Anak yatim piatu ,miskin tapi berjayadalam pelajaran”kata Cikgu Md Jani .

“Ros…u are pretty today ..can I kiss u ?”

“Wei..mana boleh!dah nikah boleh !”balas Rosnah.

Affan dan Rosnah seperti belangkas.Setiap hari beriringan ke  perpustakaan dan kantin bersama-sama.

“Sunday ni kita pi Pustaka Kanat nak ?”pujuk Affan.

“Sunday ..?tengok la…”balas Rosnah menggengam tangan  kekasihnya.


………………………………………………………………………..



“Aku terima nikahnya Rosnah bte Mokhtar ……”

Imam dan hadirin tergamam.

“Maaf Imam…”,ujar Affan.

“Aku terima nikahnya Yuhana Bte Abdullah dengan mas kahwinnya RM39.99  sen tunai…”

Affan mencium tangan ibu mentuanya denggan linangan airmata.

“Terima kasih mak….”ujar Affan memeluk ibu mentua.

Affan dan Yuhana disatukan.Mereka honey-moon di Genting Highlands,Cameron dan Langkawi.Jam tanganbernilai RM599 tangan Yuhana amat manis.Semanis orangnya.

“Suka tak jam tu ?”,tanya Affan

“Suka…siapa tak suka hadiah suami tersayang …”,balas Yuhana .
………………………………………………………………………………………….

SMK Syarifah Rodziah

“Ayah…..minggu depan SPM,doakan Angah…,”

“Ayah doakan terbaik ..”balas Affan di corong telefon.

Minggu berlalu…………

“12A1 ……”


Shafiah seakan tidak percaya melihat keputusannya dan orangpertama dihubungi ialah Affan.

“Ayah…….”

“Ayah dah tahu…”balas Affan.

“Bagaimana Ayah tahu ?”Shafiah kehairanan.

“Sekarang zaman google Angah….”balas Affan sambilmengucapkan tahniah.

……………………………………………………………..


Mekah al-Mukarramah


“Angah doa apa di depan Kaabah ?”,tanya Affan.

“Angah doakan Ayah umur panjang dan sihat…”,balas Shafiah,matanya bergenang .

“Ayah doakan semua termasuk ibu kamu”,Affan bergenang.

Shafiah kelu.Itulah Ayah.Walaupun ibunya kejam meninggalkan  Ayah,namun nama ibu tetap di hati.Sejak Shafiah mengenali ayah kandungnya,Ayahnya tidak pernah memburukkan ibunya.


Shafiah seakan bermimpi menjejakkan kaki di Masjidil Haram  bersama ayah tersayang.Hadiah SPM cemerlang.


10 hari di Mekah dan Madinah terasa amat pantas.Shafiah  berkesempatan meninjau Universiti di mana ayahnya pernah belajar.

“Ayah kenapa Ayah agak pucat ?”,Shafiah melihat wajahayahnya kusam dan tidak bermaya.

“Ayah kurang tidur….jam dua  pagi Ayah dah ke masjid..kita tidak tahu bilakah akan berpeluang ke sini lagi…”jawab ayahnya sambilmelihat jam tangan.
Affan menyambung bacaan Quran.


Begitu juga Shafiah…..



……………………………………………………………………………………………………………………..


Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu

“Shafiah..maafkan Ayah….lama ayah tak jenguk Shafiah…”Affan  sendu .

Shafiah hanya mendiamkan diri ,biarkan dirinya dipeluk  Affan.

Hampir empat tahun Affan tidak menjenguk Shafiah di sekolah.Kali terakhir Shafiah Tahun Dua dan kini telah berusia 12 tahun.

Shafiah hanya diam mata berkaca.

Dia tidak bercakap.

Affan bercakap sendirian .

Bilik pejabat sekolah seakan sunyi

Seakan semua membiarkan tangisan seorang anak dan ayahnya  bergema ….



to be continued.......




Cerpensaat.blogspot.my



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 08:27 AM | Show all posts
eiii..cam skrip.bukn cerpen..x fhmm.aku!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 02:51 PM | Show all posts
masih menunggu sambungannya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 05:00 PM | Show all posts
er... susunan berterabur ya amat. TT, susun semula, barulah best nak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 06:10 PM | Show all posts
Edited by GuaAnakMelaka at 8-11-2015 02:52 AM

sambungan


SHAFIAH


……………………………………………………………………………………………………………………..


Sekolah Kebangsaan Bukit Berseri


“Shafiah..maafkan Ayah….lama ayah tak jenguk Shafiah…”Affan  sendu .

Shafiah hanya mendiamkan diri ,biarkan dirinya dipeluk  Affan.

Hampir empat tahun Affan tidak menjenguk Shafiah di sekolah.Kali terakhir Shafiah Tahun Dua dan kini telah berusia 12 tahun.Amat pantas  masa berlalu.

Shafiah hanya diam mata berkaca.

Dia tidak bercakap.Marah.Kecewa.Geram.

Affan bercakap sendirian .

Bilik pejabat sekolah seakan sunyi

Seakan semua membiarkan tangisan seorang anak dan ayahnyabergema ….


……………………………………………………………………………………………………………………………………………..



“Shafiah…….kamulah anak yang paling ayah sayang….”ujar  Affan.

“Erm…….”,Shafiah mendengus.

“Nenek kamu bernama Shafiah dan Ayah abadikan nama nenek  pada diri  kamu…,”balas Affan menyambung  cerita.

“Shafiah…..arwah nenek kamu meninggal dunia ketika usianya  baru 25 tahun…Moyang pernah bercerita ketika nenek meninggal ayah menangis  sahaja dan moyang ambil baju nenek balutkan ayah..,”Mata Affan mula berkaca  menceritakan kisah arwah ibunya.

“Sepanjang masa ayah dibaluti dengan kain batik dan pakaian  nenek kamu…barulah ayah tidak menangis rindukan mak lagi….”Suara Affan semakin  perlahan.
Air matanya semakin  laju …..

Shafiah mengeluarkan sapu tangan dan mengesat pipi ayahnya.

“Nenek kamu anak sulong ….mempunyai 10 orang adik beradik….”Affan  mula terasa badannya menggigil.

Setiap kali menyebut nama Shafiah,pasti mata bergenang…

“Maafkan ayah…ayah tak mampu bercerita lagi tentang nenek  kamu..nanti lain kali …”Affan menamatkan bicara meninggalkan Shafiah di kantin  sekolah SMKA Syarifah Rodziah.


………………………………………………………………………………………………………………..



Washington USA

         Affan melihat  jemari .

“Aku sudah semakin tua….,”bisiknya.

“Yang..macam mimpi je kita ke sini ….,”sapa Affan sambil  menggengam tangan isteri tersayang.

“Yea la….kita bercinta di sekolah menengah..u kahwin lain..ipun sama…Akhirnya dah kerepot baru bertemu kembali….”sapa Ros.

“Itulah destinasi kehidupan kita…Allah tentukan  segalanya..”Affan mencebik.

Ros masih seperti dahulu.Manja dan suka bergurau.Tidak  pernah berubah.


ROSNAH MUKHTAR

……………………………………………………………………………………………………………………………..


“Salam.Ayah sihat ?”

“Waalaikumsalam..sihat Angah…..”

“Ayah tak nak balik Malaysia ?.”

“Entah la…..tengok la dulu…..”

“Abanglong  sihat?”

“Sihat ayah……”

“Nanti kirim salam Abanglong …”

“Baiklah Ayah…..Angah rindukan masakan ayah….”

“Nanti Ayah balik,Ayah masak sedap2 untuk Angah…”

“OK Angah…Ayah nak sambung kerja siapkan skrip filem …,”

“Baiklah Ayah..kirim salam dengan Untie Ros..”



           Affan memulakan kehidupan baru di Amerika  setelah mengijabkabulkan Shafiah .Sepatutnya ketika Shafiah di sekolah menengah  lagi Affan ke sana namun Shafiah meminta ayahnya menunggu kerana mahu ayah  kandungnya menjadi wali .

“Jika Ayah pergi Amerika sekarang…Shafiah takkan kahwin!”

Affan memeluk anak kesayangan.

“Aku nikahkan dikau dengan anakku Shafiah dengan maskahwinnya RM39.99 sen tunai ..”


Mata Affan berkaca.

Anak dara kesayangan kini menjadi milik suaminya…..


             Affan  meninggalkan majlis perkahwinan dan terbang ke Amerika…



………………………………………………………………………………………………………………………………………………



“Sayang..baca Washington Post “

SMS dari suami tersayang Dr Azlan.

Shafiah terus membuka komputer….

“Man who look Dummy but not Dumb now the richest…”

Shafiah membaca Washington Post melalui komputer riba.

“Man who look dummy?,” fikir Shafiah.

“Itulah ayat yang sering digunakan Ayah…”


Shafiah membaca …


“A man that is famous with sentence  “A man who look Dummybut not DUMB “  now  becoming richest person in America.That man who  travel to America after frustrated with life in, Malaysia origin .When come to  America, only with a laptop and white glass...with her first love,Rosnah  Mokhtar .Affan Abdullah ,69  now own film  production, factory manufactured, product of various cloths.Also have press and magazine that the sales 100 million copies  one month.Car company named Shafiah Genius Car has recorded sales of  500 million units this year .”


        Shafiah  terdiam.

“Affan Abdullah ???”

Shafiah mengambil telefon bimbit ….


“The number you called is busy,please  leave the voice message”

“Salam Ayah.Angah baca Washington Post .Adakah ia berita  mengenai ayah???”


Shafiah menghantar SMS…




……………………………………………………………………………………………………………………………………………




“Puan  Dr  Shafiah?”tanya seorang peguam.

“Ya saya …”balas Shafiah.

“Ini amanah dari ayah kamu…..,”Peguam menunjukkan dokumen  kepada Shafiah.

Shafiah membacanya….

Air matanya menitis laju…..

Dokumen berserta kunci rumah …

“Ayah hadiahkan Villa Shafiah di Langkawi…”tulis Ayah.




………………………………………………………………………………………………………………………………………….



                                       Lincoln Hospital,WashingtonDC USA



“Ayah berdoa….Ayah menghembuskan nafas terakhir di atas riba Angah…”

“Ayah..jangan cakap bukan-bukan…Angah selalu doakan Ayah umur panjang…”

Affan batuk-batuk kecil.

Matanya semakin kelam.

Seakan tidak boleh melihat lagi….

Shafiah melihat ayahnya semakin kurus .

               Shafiah  terbang ke Amerika untuk menziarahi ayahnya di Lincoln Hospital.

“Angah….Ayah mungkin ….”suara Affan tersekat-sekat.

“Ayah….Angah sayangkan Ayah…”suara Shafiah sendu melihat  jasad ayahnya di atas katil hospital.

Batuk Affan semakin kuat.Darah mula terpercik dari  mulut  membasahi baju  ..

“Doctor..help!”jerit Shafiah.



……………………………………………………………………………………………………….



                            Mahsuri De Hotel Pantai Cenang LANGKAWI



“Ayah nak masak sayur goreng  udang galah khapkhonkhap..”ujar Affan.

“Ayah ni kreatif betul..masakan pun ada nama Siam?”balasShafiah.

Affan senyum.

Percutian seminggu di Langkawi bersama ayahnya amat  bermakna.

Affan memasak masakan istimewa buat Shafiah,bercerita kisah  hidupnya,memberi nasihat dan sebagainya.

“Ayah tahu tak..hari tu Angah masak Lempeng  Hawau  ,ibu puji masakan Angah…”

“Bila Angah beritahu ayah yang ajar,ibu terusmenangis..”ujar Shafiah.

“Ibu cakap dia suka masakan ayah,ayam goreng berlada….”sambung  Shafiah.

“Wahhh..ibu kamu masih ingat ayam goreng berlada…”balas  Affan tersenyum.

“Ayah suka memasak..sejak sekolah menengah lagi ayah sukamemasak…”balas Affan mengesat matanya.

Ketika menjejakkan kaki ke hotel,Shafiah terperanjat apabila  melihat potret ayahnya .

“Ayah …kenapa hotel ni ada gambar Ayah di reception ?”tanyaShafiah.

“Pelanduk dua serupa kot..…”balas Affan merendah diri .


Shafiah merenung  lukisan potret ayahnya bersama mantan PM Malaysia,Dr Mahathir.



……………………………………………………………………………………………………………………………………………



                                                 VILLA SHAFIAH ,LANGKAWI

Shafiah turun dari kereta .

Sebuah banglo tiga tingkat dilihatnya.

Shafiah  menekan punat  di dalam kereta dan  pintu pagar banglo  terbuka  dan Shafiah masuk ke dalamnya.

“Canggih betul banglo ni…….”Shafiah melihat pelbagai  gambar,hasil karya,sijil penghargaan,kertas dan pelbagai perhiasan disusuncantik dan teratur .

Semua barang-barang peribadi ayah ada di sini.Diari tahun  1985 hinggalah tahun terakhir hayatnya dalam frame tergantung di dinding.

Shafiah melihat  frame  bertulisan jawi  terpampang di ruang  tamu.

“Anakku Shafiah….Ayah hadiahkan banglo ini sebagai kenangan  dan kasih sayang kita.Berdoalah agar kita bertemu di Syurga…Ayah sayangkan  Shafiah dulu,kini dan selamanya”

Mata Shafiah berkaca.

Shafiah melihat sebuah kotak.

Shafiah membukanya dan melihat kertas kuning bertulisan  tangan…

Dia membaca satu persatu..

“8 Jun 2002 ..

Aku amat bersyukur pada-Mu Tuhan Maha Pengasih kernamemberikan aku cahaya mata perempuan….Aku namakan Shafiah sebab aku amatmencintai ibu kandungku….”

“8 Jun 2005…

Shafiah apa khabar ?Ayah sekarang di luar negara.Ayah sedangmelihat mentari tenggelam.Alangkah indah jika Shafiah ada di sisi Ayah…”

Mata Shafiah terus menerus bergenang…

“Ayah sentiasa menulis surat buatku namun ayah tidak poskan  surat…….”bisiknya .

Ribuan surat ditulis ayahnya namun ia berada di dalam kotak  tanpa dihantar .

Banglo di tepi pantai amat cantik….

Shafiah melihat sebuah bilik .

“Kamar Cinta”

Shafiah masuk dan membuka lampu melalui remote control.

Mata Shafiah terbeliak…

“Ayah………………………………………..”

Shafiah memeluk Ayahnya.

“Bukankah  Ayah dah  meninggal di Amerika ?”Shafiah menangis memeluk ayahnya .

“Maafkan Ayah…Ayah terpaksa buat berita palsu sebab di Amerika perlukan propaganda.Jika tiada berita Ayah meninggal dunia,pasti ayah tidak  boleh terbang ke Malaysia..”jelas Affan.

“Amerika penuh dengan manusia hasad dengki dan retorik.Lihat  sahaja Michael  Jackson dibunuh dengan  ubat tidur.Diana mati kemalangan…Kennedy dibunuh  dan ramai mati akibat sikap  sang Algojo yang rakus ….Ayah terpaksa buat berita palsu demi selamatkan diri dan  pulang ke Malaysia…”sambung Affan.

“Oooooooo……”Shafiah mengiyakan.

“Apa khabar anak mak ?”sapa Untie Ros.

“Baik mak…….”balas Shafiah.

“Macam tu la anak mak…lepas ni jangan panggil untielagi…”ujar Untie Ros.


“Mak…cerita la kisah cinta mak dan ayah…”Shafiah memulakan  bicara.

Shafiah masih terkejut.

Apabila mendengar khabar berita kematian ayahnya di  Amerika,Shafiah menangis sepanjang hari kerana tidak sempat hadir pengkebumian  ayahnya.

Hanya iringan doa dan bacaan Quran buat ayah tersayang.

“Angah tahu tak….kenapa mak jatuh cinta  ?Masa tu form one di SMR…Ayah ni memang  pandai Math dan selalu ajar mak …lama-lama jatuh cinta….Lepas tu ayah pindah  sekolah arab dan tidak pernah hubungi mak….”bicara Untie Ros mengimbau kenangan  lama.

“Ayah pindah sekolah dan tidak hantar surat pun…..Tunggu  punya tunggu ada orang pinang mak,terima sahajalah!”

“FB telah ketemukan kami semula setelah 33 tahun  terpisah…..”

Shafiah tekun mendengar .


“Ayah kamu ni masa sekolah memang miang betul…masa tu mak  free hair..matanya suka tengok sana sini..kadang-kadang ditariknya rambut mak ”

Affan mencelah

“Mak kamu ni memang romantik sejak sekolah menengah.Selalu  masukkan hadiah dalam beg sekolah ayah…pensel,pemadam,pembaris ..”

“Tak sangka ayah dan mak bersama ketika usia emas..”sampuk  Shafiah.


“Destinasi hidup kan ketentuan Allah…”balas Untie Ros.


…………………………………………………………………………………………………………………………………………


8 Jun 2065


“Salam.Angah…..Maafkan segala salah dan silap ayah…Selamathari jadi.Datanglah rumah.Ayah dah siapkan kek special buat Angah ”

SMS dari Ayah buat Shafiah termangu.

Shafiah terus menghidupkan enjin kereta dan pergi ke Villa  Shafiah.

Kelihatan Ayah sedang bersantai di tingkat tiga dan memegang  Quran.


“Angah….ayah nak minta boleh tak ?”

“Apa  Ayah …?”

“Ayah nak baring di atas peha Angah….”

Shafiah pun duduk bersila dan mencabut uban2 yang semakinmemenuhi kepala ayahnya.

“Angah…..boleh tak nyanyikan lagu yang selalu ayah nyanyikanmasa Angah kecil ?”

Shafiah senyum dalam kesedihan.

Mata Shafiah berkaca.


“Satu dua kucing berlari…
mana nak sama Si kucing belang…
Semua anak boleh jauh pergi
Namun Shafiah hanya seorang…..
Susu lemak manis
santan kelapa muda
Shafiah jangan  nangis
Ayah banyak kerja …”
Affan menghembuskan nafas panjang ….

“LAILAHAILLALLAH………………………….”

dan mengakhiri hayatnya di atas peha Shafiah……..

Shafiah kehilangan ayah tersayang di hari jadinya……………….


                                                                          ~~ TAMAT ~~

Writing : 16 & 17 September 2015
Location writing : Muar and Gemas
cerpensaat.blogspot.my


   


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2015 06:10 PM | Show all posts
wipers81 replied at 18-9-2015 05:00 PM
er... susunan berterabur ya amat. TT, susun semula, barulah best nak baca

tulis dalam word dan copy paste sini.....


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2015 06:19 PM | Show all posts
GLOSARI :

Shafiah : Nama anak kedua aku,usia sekarang 12 tahun.

Rosnah Mukhtar : First love aku ,kami bersekolah di SMR Masjid Tanah Melaka

Villa Shafiah : Pelan dah siap..Insya-Allah akan dibina di pantai cenang LANGKAWI 2025 jika umo panjang dan kaya raya...

Affan : Nama sahabat baik aku.Kami kenal semasa belajar di Kelantan.Dia sekolah SMJB ,aku Maahad .

Washington : Aku bercadang ke sana InsyaAllah 2020.

MUAR ..lokasi aku menulis cerpen ini ..BERJEREBU...






Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2015 09:21 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 18-9-2015 06:10 PM
tulis dalam word dan copy paste sini.....

Ya, tahu kalau kita copy dari ms word, tepek kat forum ni akan jadi macam tu. Ada perkataan yang melekat... saya tahu sebab saya akan edit balik lepas tu. Kena rajin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2015 09:23 AM | Show all posts
wipers81 replied at 18-9-2015 09:21 PM
Ya, tahu kalau kita copy dari ms word, tepek kat forum ni akan jadi macam tu. Ada perkataan yang m ...

betul....tp aku ni byk keje.....blog je ada lebih 100,FB page ada 20.....byk nau keje....
bila ada masa lepak porum.....


anyway highway tq bg nasihat.....

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 11:39 AM | Show all posts
oh my english!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2015 02:43 PM | Show all posts

......................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2015 10:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.069477 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list