Beijing: Seorang wanita menyerang kekasihnya selepas lelaki itu berulang kali menangguhkan hasrat untuk menceraikan isterinya yang sah dan berkahwin dengan wanita itu.
Mangsa yang berusia 50 tahun dan ahli perniagaan berjaya yang dikenali dengan nama keluarganya Liu, menjalinkan hubungan sulit dengan wanita itu lima tahun lalu.
Dia berjanji akan berkahwin dengannya selepas menceraikan isterinya.
Dia memberitahu wanita yang 30 tahun lebih muda daripadanya bahawa dia dan isterinya menjalani kehidupan masing-masing, tidak lagi sebagai suami isteri, walaupun masih tinggal di rumah yang sama di bandar Hangzhou, ibu negeri wilayah Zhejiang di timur China.
Lelaki itu berkata, dia mahu membina hidup baru dengan wanita muda berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 7:09 AM
« »
LIU berlari di jalan raya meminta dipanggilkan doktor.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78311#sthash.vEZUw2c8.dpuf
|