Sering mengikuti perkembangan semasa dalam berfesyen, penyanyi Ziana Zain sering tampil dengan gaya yang cukup anggun dalam setiap majlis yang beliau hadir. Kata orang, memang setiap pakaian yang beliau pakai bersesuaian dengan dirinya. Walaubagaimanapun, Ziana berpendapat ada artis baharu yang tidak peka dengan fesyen terkini tetapi sudah perasan cantik tapi sebenarnya tidak. Lebih-lebih lagi jika mereka terlalu terbuka tentang kehidupan seharian mereka di media sosial. Bagi Ziana, seseorang artis itu harus menjaga nilai eksklusif mereka. Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feeling cantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal. Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon.
Tambah Ziana, beliau memperuntukkan hampir RM300 setiap bulan untuk membeli majalah dan mengambil beberapa contoh fesyen terkini sebagai rujukan beliau.
|