View: 4702|Reply: 41
|
Apa Yang Terancam Sangat, Wahai Melayu?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Perhimpunan Rakyat Bersatu atau Perhimpunan Baju Merah yang berlangsung pada 16 September lalu, difahamkan sebelum ini, perhimpunan tersebut pada asalnya bertujuan untuk memartabatkan maruah Melayu.
Pihak penganjur berulang kali menekankan penganjuran perhimpunan adalah untuk memartabatkan maruah orang Melayu dan agama Islam, termasuk bertindak tegas ke atas mereka yang menghina orang Melayu dan agama Islam.
Namun demikian, dalam masyarakat orang Melayu wujud juga suara yang berlainan, yang mempersoalkan orang Melayu apa sebenarnya ancaman yang diperoleh?
Pada masa yang sama, veteren UMNO Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar kumpulan Melayu yang tetap beranggapan maruah orang Melayu terancam adalah tidak masuk akal.
Ini kerana bagi Tengku Razaleigh semua jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan dipegang oleh orang Melayu dan kumpulan terbabit juga diberi peringatan oleh beliau bahawa jangan terlupa bangsa lain di negara ini juga memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan negara.
sumber foto : akaun facebook Engku Nasrun
Dalam laman sosial media Facebook baru-baru ini, terdapat seorang netizen berbangsa Melayu dengan nama Engku Nasrun memuat naik satu 'posting' dengan menyenaraikan 12 perkara yang menunjukkan bangsa lain sebenarnya bersikap toleransi dan rasa hormat ke atas orang Melayu, justeru Engku Nasrun menegur peserta perhimpunan Baju Merah: " Apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sangat kenapa?"
'Posting' berkenaan dimuat naik dalam masa hanya satu hari sahaja, sudah menerima 'share' daripada netizen lain berjumlah lebih tiga ribu orang yang rata-rata setuju dengan pendapatnya dan tidak kurang juga individu yang menghargai penulisan Engku Nasrun kerana telah secara terbuka menyatakan suara hati orang bukan Melayu.
Terdapat netizen yang tinggalkan mesej: "Orang Melayu yang bersikap benci dan menghina bangsa lain, sila sedarkan diri! Apabila Allah membawa kita ke dunia ini, Allah telah mengajar kita harus menghormati orang lain. Fikirkanlah, kalau anda sekarang seorang Melayu dan dilahirkan sebagai seorang bangsa Cina di Malaysia...bayangkanlah apa mereka terpaksa melalui untuk hidup di Malaysia.?" - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
entahla loo tung siang
aku pon.pelik lH...
skang bukan cm.dolu
cuma racist je masih ada di.kalangan kita |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap tempat ada peraturan dan setiap negara ada undang2. Bagi mana2 bangsa yang menetap dinegara itu hendaklah mematuhi dan menghormati undang2 negara itu. Tidak perlu mencabar ataupun mempersoalkan undang2 negara tersebut.
Janganlah membuat provokasi bodoh yang hanya menyusahkan masyarakat didalam negara itu. |
|
|
|
|
|
|
|
terncam dlm diam agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Habih umah pendatang Jawa, Bugis, Sulik dll yg datang tak diundang tu mcmmane? Dah la pendatang buat kacau pulo |
|
|
|
|
|
|
|
bukan melayu terancam...tapi umno terancam....cina dan india pun dah ditch mca dan mic |
|
|
|
|
|
|
|
'Mau protect la, protext, kotex la kotex. Tara tau ka?' Bak kata namawee tokok. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kena mengena dengan penyataanku itu
|
|
|
|
|
|
|
|
nemewee tu apa ? Nama cina sendiri pun dia malu nak guna
|
|
|
|
|
|
|
|
Nukilan orang picisan pun mau dijadikan isu semasa |
|
|
|
|
|
|
|
ada point yang setuju dan ada point yang tak setuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
cina akan take over
tanah malaya katanya
katanya laaaahhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
dear mr loo, topic ni dah banyak sangat orang bukak thread..tak larat nak ulang ayat yg sama dah |
|
|
|
|
|
|
|
byk pulak org buka thread yg sama..... xpa la...iols layan jer +1 |
|
|
|
|
|
|
|
tahap loo punyer thread...
|
|
|
|
|
|
|
|
termasuk parti pemerintah kn, walaupun dikatakan pemimpinnya ialah melayu dan beragama islam
tapi hukum islam langgar juga
|
|
|
|
|
|
|
|
apa pula wwwvvvwww
|
|
|
|
|
|
|
|
Rata2 baju merah aritu mempertahankan dewa dan dewi 2.6 mereka jew |
|
|
|
|
|
|
| |
|