CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3549|Reply: 0

Mengapakah Urutan Yang Betul Membantu Pulih Sakit?

[Copy link]
Post time 21-9-2015 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Sakit sana, sakit sini. Tahukah kita, rupanya sakit seperti lenguh, sakit kepala, sendi dan lain-lain sebenarnya perjalanan darah kita tidak lancar. Adakah kita biasa pergi mengurut tanpa selidik sama ada urutan yang dibuat betul atau tidak?

Walaupun begitu, urutan yang betul adalah berpaksi kepada titik pusat urat-urat saraf.

Orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.



Untuk pengetahuan anda, urat saraf terdapat pada kaki. Oleh itu, pakar refleksi tidak akan galakkan anda untuk memakai kasut yang sempit. Ia akan mengakibatkan penyakit hidung, kepala, leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelejar tiroid, paru-paru dan bronkhus. Di sini dapat dilihat betapa kaki kita boleh menentukan keadaan kesihatan kita.

Faedah-faedah melakukan urutan

1.Urutan dibuat untuk melancarkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan.   

2.Kaedah urutan juga dapat meningkatkan tahap kecerdasan tubuh badan.

3.Memecahkan angin yang tersekat di dalam tubuh badan

4.Merawat dan memulihkan semula urat yang tersimpul/terseliuh

Terdapat 5 jenis urutan :

1.Urut seluruh badan

2.Urut di tempat yang sakit atau terseliuh

3.Urut urat saraf

4.Urut untuk memulihkan syahwat

5.Urut Refleksi

Kesan daripada urutan



  • Timbul luka atau parut. Ini disebabkan oleh, kotoran dalam darah tidak berjaya disingkirkan.
  • Berlaku kepada pesakit yang mengalami sakit pinggang mahupun punggung bererti rintangan yang menghalangi peredaran darah sudah dapat dilalui oleh darah.
  • Pembengkakan urat menunjukkan perjalanan darah semakin lancar.

Jika anda ingin mencuba urutan refleksi ini bolehlah berjumpa dengan pakar refleksi atau di mana-mana tempat yang anda sudah biasa. Namun, penulis kongsikan dengan anda, Pusat Tradisonal Nabawiyyah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang mempunyai kaedah rawatan ini sekaligus boleh memulihkan segala masalah sakit anda. In Sha Allah. - CARI Infonet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list