CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4414|Reply: 33

[Tempatan] TMJ maksudkan bendera lain bukan Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 23-9-2015 09:37 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penurunan bendera adalah merujuk kepada bendera-bendera yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan bukan Jalur Gemilang yang sedia terpasang.

Menjelaskan demikian hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota itu membawa erti kononnya "Johor mahu keluar dari Malaysia".   

Titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan telah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing.  

"Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan (keluar dari Malaysia) adalah banyak dan panjang.

"Kita juga telah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan," kata Ismail kepada pemberita di Kota Iskandar, di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri itu mengulas mengenai penyebaran surat penurunan bendera Jalur Gemilang yang dikeluarkan pejabat daerah Segamat kepada semua ketua jabatan di daerah berkenaan baru-baru ini.

Ismail berkata salah faham itu wujud apabila surat itu tersebar luas di laman sosial Facebook.

Ismail menasihat  orang ramai supaya merujuk kepada kerajaan negeri sekiranya timbul sebarang isu.

Dalam surat itu, TMJ dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Ismail berkata pihaknya juga dalam proses mewartakan 10 bendera daerah dalam masa terdekat ini yang telah diputuskan oleh Sultan Johor sewaktu kemahkotaan baginda baru-baru ini. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok ....................
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:44 AM | Show all posts
mudah bebenor mereka2 ni nak bikin tuduhan...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:50 AM | Show all posts
Dah jelas2 aku dpt wasap & surat supaya jalur gemilang

ganti bendera daerah..then tup tup spin balik

yo yo or jela
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:55 AM | Show all posts
poyo...nyampas
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 09:57 AM | Show all posts
ok fine....................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2015 10:11 AM | Show all posts
jalur gemilang yang kat tepi2 jalan & tiang letrik jah sis, manakala kat tiang bendera depan jabatan / sekolah / bangunan tak kacau kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 10:13 AM | Show all posts
Dah kena hencap berjemaah agaknya kena la kua ayat baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 10:14 AM | Show all posts
spinning gasing sgt la TMJ ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bising betol mulut kerabat negeri ni... Nak keluar malaysia la apa la... Kecoh benor... Mcm la johor tu dia punya boleh decide apa saja
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai benor nampaknya yang sibuk nak melaga2kan.  Berjaya betul anak didik setan sekelian...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 11:00 AM | Show all posts
mampu ke nak buat negara sendiri? last2 merge dengan singapore..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 11:53 AM | Show all posts
ini thread bio @peYno  yg jawap....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 12:05 PM | Show all posts
Themilo replied at 23-9-2015 10:11 AM
jalur gemilang yang kat tepi2 jalan & tiang letrik jah sis, manakala kat tiang bendera depan jabatan ...

betul



btw signature tu dh knape?
tersedak aku baca


ps: aku suke bc signature org
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tahu mustahil leh keluar malaysia yg dok canang2 nak keluar mesia tu sebab apa??

saya nak sembang kencang n nak tujuknassobiyah je

dasar johor caprut
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-9-2015 04:05 AM
betul



Ditujukan khas untuk jantan / betina birah sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2015 02:48 PM | Show all posts
Muar n batu pahat aje yg xgila nk kuar mesia bagai..masih blom caprut sepenuhnya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 02:50 PM | Show all posts
sekarang ni dh mcm trend pulak, pekerja2 gomen yg tk amanah snap pic surat rasmi n sebar kat sosial media... nyampah betul aku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 02:57 PM | Show all posts
bagi laaa MB johor jawap.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2015 02:59 PM | Show all posts
kan...bnda yg dimaksudkan nya lain...abis kjp je jd fitnah.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070239 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list