|
|

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, tiada rakyat Malaysia yang didapati positif jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila setakat ini.
Jelas beliau, terdapat 12 individu dengan sembilan daripadanya di Perlis, Pulau Pinang (dua) dan Kedah (satu) yang sehingga kini telah diberi rawatan vaksin akibat digigit anjing yang positif rabies dengan andaian mereka berpotensi untuk dijangkiti.
Tegasnya mereka akan dipantau secara berterusan mengikut protokol Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi melihat jika terdapat tanda-tanda dijangkiti memandangkan tiada pengesahan klinikal yang boleh dilakukan bagi mengenal pasti penyakit itu.
" engesahan secara klinikal hanya boleh dibuat apabila seseorang itu telah meninggal dunia dengan memeriksa sampel otak."
Berita selanjutnya : bernama.com |
|