CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7938|Reply: 56

Gangguan

[Copy link]
Post time 25-9-2015 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum.
Saya nak mintak pendapat rakan2 di forum tentang masalah seorang kawan saya ni.
Saya ada seorang kawan perempuan. Biarlah saya namakan beliau Aspalela. Aspalela seorang gadis yang satu kuliah dengan saya sekarang(degree) di selatan Malaysia.

Sebelum ini beliau pernah mengambil diploma di salah sebuah ipta di utara Malaysia. Ceritanya bermula disini.

Kami sekelas telah membuat group facebook dan whatsap bagi memudahkan komunikasi. Dipertengahan semester 1, saya masih ingat lagi ketika itu saya dikedai makan sedang membelek telefon sambil ketawa. Semuanya gara-gara rakan sekelas saling tuduh menuduh siapa mencipta akaun FB palsu. Akaun yang diberi nama Sam ini telah menghantar friend request pada semua pelajar kelas kami. Malah dalam instagram juga. Beberapa rakan turut menghantar screen captured perbualan mereka tetapi identiti Sam masih tidak dikenal pasti sehingga ke akhirnya.
Perbualan rakan sekelas dan Sam(lebih kurang)
Rakan: siapa awak?
SAM: kau siapa?
Rakan: awak yang add lepas tu awak tanya saya balik?
SAM: sukahati aku lah. Jangan ganggu akulah.
(Akhirnya Sam diblok oleh beberapa rakan)

Instagram saya dan facebook saya turut di add oleh beliau tetapi tiada gambar wajah beliau dalam akaun tersebut.

Saya dan rakan saya, Jay pernah berbincang mengenai perkara ini dan setelah difikir secara mendalam, saya dan Jay mendapat klu. Dahulu, saya dan Jay pernah meminjam telefon Aspalela untuk kegunaan di dalam lab kerana telefon kami masing-masing tiada bateri. Aspalela telah pulang dahulu kerana tugasnya telah selesai dan kami berjanji akan memulangkan telefon bimbitnya kemudian. Sewaktu saya dan Jay singgah di kedai makanan, telefon Aspalela kerap berbunyi. Dan panggilan itu dari Samsul. Sam=Samsul. Seperti ada kaitan disitu.

Kemudian saya dan Jay lantas membuka instagram Aspalela dan rupanya SAM merupakan followers Aspalela dan terdapat beberapa komen beliau didalam gambar-gambar Aspalela.

Cerita ini kami diamkan sahaja sehinggalah semester berikutnya. Aspalela menceritakan sendiri kepada kami masalahnya dengan lelaki bernama Samsul. Hanya beberapa orang yang rapat dengan beliau sahaja yang tahu akan hal ini.

Begini, sewaktu diploma..
Aspalela dan Azman(nama samaran) merupakan teman satu kelas dan agak rapat. Azman pula tinggal satu bilik dengan Samsul(nama samaran) di asrama. Mereka berlainan fakulti.

Bermula di facebook, Aspalela dan Samsul berkenalan sehingga akhirnya mula berhubung melalui telefon. Aspalela melayan Samsul seperti teman biasa dan beliau memang tidak ada perasaan terhadap Samsul dan menganggap Samsul sebagai kawan sahaja. Awal-awal lagi beliau telah menegaskan bahawa tidak mahu bercinta sebaliknya mahu menumpukan perhatian pada pelajaran.

Perangai Samsul pula semakin hari semakin pelik. Aspalela pernah menceritakan dimana ketika itu dia sedang dalam perjalanan ke kelas melalui  blok kolej(asrama) lelaki. Dia mendengar namanya dijerit namun dia tidak berpaling dan tidak mempedulikkan jeritan itu. Kemudian dia menerima panggilan dari Samsul. Perbualannya lebih kurang-
Samsul: Harini awak pakai baju purple dan tudung bercorak bunga kan. (menyebut specifik pakaian)
Aspalela: Mana awak tahu ni.
Samsul: Kenapa tak pakai baju kurung dan shawl macam haritu (menyebut specifik pakaian), lagi nampak cantik.

Kemudian setelah megetahui yang Samsul ini agak pelik, Aspalela cuba menjarakkan diri. Malangnya Samsul ini merupakan manusia yang tidak mahu mengalah. Aspalela tidak pernah menyebut yang dia ingin mempunyai hubungan dengan Samsul tetapi pada fikiran Samsul seolah-olah Aspalela telah berjanji dengannya.

Apabila tamat diploma, Aspalela cuba tidak melayan karenah Samsul tetapi bertalu-talu mesej dan panggilan telefon masuk setiap hari. Samsul mula bertindak agresif. Semua mesej-mesej nya berunsur carutan dan makian. Dia menuduh Aspalela ini curang dan mempermainkan perasaannya sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan. Kemudian dia telah mencipta sangat banyak akaun-akaun facebook menggunakan gambar asli Aspalela atau nama Aspalela. Kemudian dia telah menghantar friend request pada semua kenalan Aspalela. Apakah motif Samsul? Motifnya adalah untuk memalukan Aspalela. Dia telah mengpost beberapa status yang agak memalukan. Contohnya:
-Ada tak abang-abang senior yang nak berkenalan dengan saya.(no.telefon Aspalela)
-Hai saya single. Sesiapa yang single tu boleh la call no.saya(no. Telefon Aspalela.)
-Saya tersesat di bandar. Ada siapa-siapa boleh tolong saya(no. Telefon Aspalela.)
Kemudian facebook yang direka Samsul ini masuk dalam group seperti Kelab Cari Jodoh, Kelab Manja Manja dan sebagainya. Samsul menyebarkan no.telefon Aspalela. Jadi, Aspalela kerap diganggu oleh lelaki-lelaki yang mengambil nombornya melalui FB tersebut.

Apabila saya katakan banyak facebook akaun di buat maksud saya memang banyak. Seakan-akan manusia bernama Samsul ini tiada kerja lain selain menstalker Aspalela dan menghabiskan masanya di hadapan laptop. Aspalela pernah mendapat satu panggilan dari seorang lelaki yang marah-marah dengannya.
Lelaki: Kenapa kau guna gambar tunang aku sebagai profile pic kau?
Aspalela: Maaf encik saya tak faham
Lelaki: Eh engkau jangan buat bodoh. Aku report polis kalau kau tak buang gambar tunang aku. Suka hati kau je nak menggatal guna gambar orang.
Aspalela: Encik, ada baiknya encik mesej saya berkenaan hal ini kerana kalau encik marah-marah begini, masalah tidak akan selesai

Sebenarnya ada satu fake akaun dibuat menggunakan gambar perempuan lain yang menjadi tunangan orang. Post-postnya tetap sama seperti ingin mencari jodoh, ingin abang angkat dll.(masih menggunakan nombor telefon Aspalela).  Akhirnya setelah ditanya kepada Samsul, Samsul akhirnya membuang akaun tersebut walaupun dia tidak mengaku yang dia adalah pencipta akaun palsu tersebut. Itupun setelah Aspalela benar-benar merayu kepada Samsul.

Aspalela telah menunjukkan saya akaun instagram palsu yang menggunakan gambarnya. Post di instagram juga tidak kurang hebatnya. Ada beberapa gambar bersama-sama caption seakan-akan akaun sebenar. Malah Samsul telah mengpost gambar orang lain iaitu seorang lelaki dengan caption ." I already engange with this person. "

Aspalela telah pun ke balai polis untuk membuat laporan tetapi pihak polis tidak mengesyorkan supaya laporan dibuat. Mungkin bagi mereka kes ini tidak begitu rumit.

Baru-baru ini, Aspalela telah mendapat ugutan bunuh dari Samsul. Saya sendiri telah melihat mesej tersebut dan ianya benar-benar merisaukan saya kerana Samsul tahu di mana rumah Aspalela.( Beliau pernah mengunjungi rumah Aspalela sewaktu hari raya)

Ada tak forumer-forumer lain pernah berhadapan dengan situasi ini.

P/S
1. Kami telah menasihati Aspalela agar menukar nombor telefon namun atas sebab-sebab tertentu( saya sendiri tidak tahu) beliau enggan menukar nombornya. Namun setelah menerima ugutan bunuh, Aspelela seakan -akan mahu mempertimbangkan hal ini.

2. Peribadi Aspalela-tidak pernah bercinta, menutup aurat, lemah lembut, berwajah manis, kecil molek.

3. Peribadi Samsul(melalui gambar) - ada rupa(wajah budak surau)

4.Ahli keluarga Aspalela tidak tahu hal ini kecuali adik lelaki Aspalela. Adik beliau pernah menghubungi Samsul agar berhenti menganggu kakaknya namun tidak dipedulikan Samsul.

5. Aspalela pernah menghubungi no.telefon mak Samsul untuk mengadu namun Samsul yang menjawab panggilan itu.  Aspalela pernah menghantar mesej pada FB bapa samsul namun tidak mendapat balasan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2015 04:13 PM | Show all posts
fuuhhh...mcm novel aku baca...ni kes sakit otak ni...pesan kat aspalela tu..suruh dia buat report polis atas sebab dah dpt ugutan bunuh. simpan segala bukti bukti screen shot ape semua yg boleh menguatkan lagi report anda.

perkara ni bkn boleh dibawa main sbb zaman sekarang ramai yang sakit mental dan perkara buruk boleh berlaku. semua itu tidak mustahil boleh berlaku. cegah sebelum terlambat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Pertamanya lela tu kna merelakn diri tkr no hp. Lps tu xpyh msuk memana gp wsap ke ape ke.. Dkt laman sosial,tlg jgn share pic. Lbhkan privacy. Jgn smpai si sam tu ambikpic beliau then buat ptsht pic lucah plk. Lg naya. Kalau xbtindak smpai nk tkr no hp yg kerap dgangu pon perlu dpertimbangkn dlu,tahan la gasak yer kna ggu.

Aku yg pakai no recycle seorang phutang pon xtahan hari3 kena call dek bank. :p
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 04:28 PM | Show all posts
Waalaikumusalam.
Cerita macam novel. Malas nak bagi pendapat.
Aspalela pun suka dengan situasi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mamat tu psiko....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
I faham tt , masalah ni agak bahaya. Tapi bila u guna nama aspalela, i rasa kelakar. Sorry tt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2015 07:57 AM | Show all posts
Emperor95 replied at 25-9-2015 04:28 PM
Waalaikumusalam.
Cerita macam novel. Malas nak bagi pendapat.
Aspalela pun suka dengan situasi di ...



kan rasa macam novel baca masalah tt. minta aspalela kumpulkan bukti buat report polis lagi. tukar number phone.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aspalela terlalu cerdik! Masih lg consider nk tukar no fon..kalo haku awal lg dah tukar..pastu dah tau ade psycho duk stalk dia, private kan la fb..gambar yg upload setting kan share with friend only..fake page yg d buka oleh samsul tu trus report..

Susah ke? kalo Aspalela x nk ubah nasib dia, jgn harap org lain dpt ubh :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Emperor95 replied at 25-9-2015 04:28 PM
Waalaikumusalam.
Cerita macam novel. Malas nak bagi pendapat.
Aspalela pun suka dengan situasi di ...

Dia sgt suka dgn situasi tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 09:26 PM | Show all posts
Aku xpaham..tindakbalas aspa tu mcm x selari dgn masalah yg dihadapi...ka aspa tu saiko mcm lily kat tred mps sana nun?

Aku  ni risau aspa bukan kena bunuh dgn samsul ..tah2 kena bunuh dgn pompuan mana2 tah sbb dituduh kacau bf,tunang,laki orang..ampa x konsider ka hal camni boleh jadi?

Apa ke lemau family aspa ni..kalau aku dah upah org belasah samsul tu separuh mati..terang2 menyusahkan hidup org kan..layak mkn pakai tiub jah org camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2015 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe aspa, being si gadis yg tak pernah bercinta etc, agak suka dgn attention yg dia dpt dari sam tu..but at the same time rasa terganggu.

Start by tukar no fon dulu, privatekan segala social media..then tengok mcm mana.

Tapi kalau aspa tak mau buat, then i dont know lah what to say
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 02:58 AM | Show all posts
ada bakat jadi penulis novel
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 02:58 AM | Show all posts
ada bakat jadi penulis novel               
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 02:59 AM | Show all posts
ada bakat jadi penulis novel               
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 02:59 AM | Show all posts
ada bakat jadi penulis novel               
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 03:01 AM | Show all posts
sori internet slow terbayk post plk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 11:23 AM | Show all posts
ninja boy replied at 28-9-2015 03:01 AM
sori internet slow terbayk post plk

Sajalah tu nak perhatian umum.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 12:41 PM | Show all posts
psiko tahap gaban ni, huhu...  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 01:04 PM | Show all posts
pernah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 08:03 PM | Show all posts
apiz_lp replied at 25-9-2015 08:13 AM
fuuhhh...mcm novel aku baca...ni kes sakit otak ni...pesan kat aspalela tu..suruh dia buat report po ...

tu la.. aku pun syak budak tu ada gangguan emosi
mungkin kurang kasih sayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066587 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list