View: 5081|Reply: 13
|
[Tempatan]
Peniaga di Pandan Safari Shopping Complex dakwa ditipu
[Copy link]
|
|
Peniaga di Pandan Safari Shopping Complex dakwa ditipu
Mohamad Fadli
| September 28, 2015
Peniaga menerima notis pemotongan elektrik tetapi mendakwa telah membuat pembayaran kepada pihak pengurusan.

KUALA LUMPUR: Beberapa peniaga di Pandan Safari Shopping Complex di Pandan Perdana mendakwa ditipu oleh pihak pengurusan pusat beli belah itu melibatkan pembayaran bil elektrik dan sewa kedai.
Peniaga terbabit mendakwa akibat penipuan itu mereka telah menerima notis pemotongan elektrik daripada Tenaga Nasiobal Berhad (TNB).
“Sejak beroperasi tahun 2010, kedai saya antara menjadi mangsa penipuan oleh pihak pengurusan.
“Apa yang menjadi isunya adalah bil elektrik dan sewa kedai yang dibayar tidak mempunyai rekod pembayaran oleh pihak pengurusan.
“Ini menyebabkan kami keliru sama ada perlu membayar kos itu atau tidak… Kerana jika kami bayar, tetapi kedai saya dapat notis pemotongan elektrik oleh TNB.
“Jika kena potong elektrik, macam mana nak teruskan operasi kedai saya?,” kata Pengurus Kedai Aircond, Ooi Chee Wah.
Sementara itu, pekerja kedai pengiklanan, Hafiz Zainuddin mendakwa walaupun sudah membayar bil elektrik, namun di dalam rekod pihak pengurusan menunjukkan tiada pembayaran dibuat.
“Disebabkan itu saya menjadi keliru untuk meneruskan pembayaran bil itu atau tidak.
“Saya mampu bayar, tetapi saya ingin tahu ke mana duit yang saya telah bayar selama ini.
“Diharap pihak pengurusan dapat membuat penjelasan agar kami tidak merasa terus ditipu,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan DUN Teratai, Ben Liew Pok Boon berkata , dia akan membawa isu berkenaan kepada Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi menyelesaikan masalah peniaga berkenaan.
“Kita beri tempoh sebulan kepada pihak pengurusan.
“Sekiranya tidak ada penyelesaian, kita akan membuat sesi dialog antara peniaga dan pihak pengurusan pusat beli belah ini bagi menjelaskan masalah yang dihadapi antara semua pihak yang terlibat,” katanya.
smbr
|
|
|
|
|
|
|
|
kedai2 kat sini dah mcm hidup segan mati x mau....dulu ada econsave, pun dah tutup....
pasaraya kat 1shamelin tu pun dah mcm tu la jugak, tmpt tak strategik, ada ka pasaraya kat tingkat atas, org nak shopping pun rasa x best, kalau kat area KL tu ok la jugak ramai orang |
|
|
|
|
|
|
|
hidup lagi ke pandan safari ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Haunted place.. masuk situ.. seram je kan. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 28-9-2015 04:44 PM
kedai2 kat sini dah mcm hidup segan mati x mau....dulu ada econsave, pun dah tutup....
pasaray ...
1Shamelin tu sendunya. Aku tgk wayang je kat sini sebab jln kaki tak perlu bersesak tgk wayang kat KL. 5 minit je jln kaki dr rmh aku ke 1Shamelin |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kan Safari Lagoon tu ade kes kematian kan? |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 28-9-2015 06:23 PM
Dulu kan Safari Lagoon tu ade kes kematian kan?
Lps kes mati tu baru sume tahu safari park tu takde lesen meniaga
Bongoknya MPAJ nih |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 28-9-2015 06:19 PM
1Shamelin tu sendunya. Aku tgk wayang je kat sini sebab jln kaki tak perlu bersesak tgk wayang k ...
Mmg pun sendusesendunya...tgv tu pun berapa kerat je penontonnya...aku slalu htr anak aku dgn geng dia tgk wayang situ...
Aku kasi 6 bulan lg utk supermkt tu....hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Supermarket tu mcm hidup segan mati tak mau. Aku tak faham sungguh dgn mall ni. Dah siap tp takde kedai pun yg buka. Yg ada pun kedai2 sendu. Even Gorgeous Gym tu pun dah pindah gi Viva Mall. Klu tengok bangunan ni, spec tak lengkap. Mgkn psl tu CF tak lulus kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ramai x byr sewa
Kedai lak x byk
Mmg perit nk byr tnb
Smpai thp merayu ngan TNB
Pergh... |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 28-9-2015 10:19 AM
1Shamelin tu sendunya. Aku tgk wayang je kat sini sebab jln kaki tak perlu bersesak tgk wayang k ...
kedai makan tepi jalan depan food court cina tu local atau foreigner punya? |
|
|
|
|
|
|
|
chaintea replied at 28-9-2015 12:52 PM
Kalo ramai x byr sewa
Kedai lak x byk
Mmg perit nk byr tnb
takut ada org dtg menyamar pakai nama pengurusan. atau bekas ex staff managment ambil duit pastu xde resit...xde hitam putih |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 22-1-2016 10:59 PM
kedai makan tepi jalan depan food court cina tu local atau foreigner punya?
Cuna lokal ada cina dr tanah besar pun ada. Tp 1shamelin management china mainland yg pegang |
|
|
|
|
|
|
| |
|