View: 3196|Reply: 2
|
[Tempatan]
UMNO BN BOLEH HILANG SEGALANYA DI PENANG. APA STRATEGI DAP???
[Copy link]
|
|
SUMBER : SUARA MELAYU BARU
PERANG STRATEGI SUDAH BERMULA...
Sewaktu parti2 yg mewakili umat Islam bangsa Melayu sedang sibuk bertelagah, menfitnah dan mengadu domba antara satu sama lain, parti DAP yg mengaku 'multiracial' pula sedang bergerak dan menggerakkan jentera mereka...
Berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh SPR, untuk separuh tahun yg pertama 2015, DAP berjaya mendaftarkn jumlah pengundi baru paling ramai di Pulau Pinang berbanding parti2 lain, termasuk UMNO... malah dlm tempoh 6 bulan tersebut sahaja, bg kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Ayer Tawar, dalam Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, DAP telah daftar seramai lebih 700 pengundi baru!!! Ini merangkumi pengundi baru yg akan mengundi buat kali pertama dan pengundi yg berpindah alamat atau bertukar tempat mengundi...
700 bagi tempoh hanya 6 bulan adalah agak luarbiasa, apatah lagi jumlah tersebut tidak termasuk pendaftaran daripada parti2 lain... perbezaan apabila dibandingkan dgn jumlah yg berjaya didaftar oleh parti lain, bg kawasan yg sama jauh ketara... jumlah tersebut juga nampak tidak seimbang jika dibandingkan dgn pembangunan yg berlaku dalam kawasan Telok Ayer Tawar... dalam tempoh tersebut tidak ada kawasan penempatan atau perumahan baru yg didiami yg boleh menunjukkan berlaku pertambahan penduduk secara mendadak... ini kerana boleh dikatakan 40 peratus kawasan DUN Telok Ayer Tawar merupakan kawasan pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), 20 peratus sudah digazetkan sbg kawasan pertanian sawah padi... hanya baki 40 peratus sahaja kawasan dianggap pelbagai guna yg mana sebahagian besarnya adalah tanah hak persendirian yg juga merupakan kawasan kampung tradisional dan perkampungan pesisir pantai... jadi, SIAPAKAH SEBENARNYA YG MEWAKILI KIRA2 700 PENGUNDI BARU INI???
Sebelum aku pergi lebih jauh, ingin dimaklumkan bahawa jumlah pengundi berdaftar bg DUN Telok Ayer Tawar berdasarkn PRU 2013 adalah seramai 17,835 org, manakala jumlah yg keluar mengundi adalah 15,471 org... calon BN, YB Dato' Hajah Jahara Binti Hamid berjaya mempertahankan kerusi ini dengan hanya majoriti sebanyak 840 undi... manakala bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya drpd BN telah memenangi kerusi ini menewaskan 2 lagi pencabar dari PAS dan Bebas dengan majoriti sekitar 2,500 undi sahaja...
Statistik kedua yg perlu juga kita ketahui untuk memahami strategi dan agenda DAP di Pulau Pinang adalah keputusan PRU13 bagi Parlimen Bagan yang merupakan jiran paling hampir dengan Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Telok Ayer Tawar... Lim Guan Eng yg merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang juga adalah Ahli Parlimen Bagan apabila berjaya mempertahankan kerusi ini, menewaskan 2 lagi pencabar dari MCA dan PCM dengan majoriti 34,159 undi... jelas sekali jumlah majoriti yg diperolehi menjadikn Parlimen Bagan sebagai kubu kuat atau kawasan selamat utk DAP...
-IMAGE-
Jadi, apa strategi DAP? Sudah tentulah untuk menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen yang ada di Pulau Pinang... Dengan jumlah majoriti kecil yg dimenangi oleh calon2 BN, ini akan lebih memudahkan peluang mereka untuk mencapai matlamat... apatah lagi jika UMNO BN masih terus alpa dan leka...
Bayangkan jika LGE berjaya memindahkan 5000 pengundinya dari Bagan ke Tasek Gelugor... daripada 5000 tersebut, 1500 masuk ke DUN Telok Ayer Tawar, 1000 masuk ke DUN Sungai Dua dan baki 2500 masuk ke DUN Permatang Berangan... dgn jangkaan semua pengundi BN kekal mengundi BN, begitu jua pengundi PR... maka secara tak langsung DAP @ PR telah berjaya merampas Parlimen Tasek Gelugor dan DUN2 di dalamnya, dalam masa yg sama LGE masih lagi mempertahankan Parlimen Bagan dengan majoriti yg masih besar...
Malah perkara sama juga boleh mereka lakukan untuk merampas Kepala Batas, Balik Pulau serta DUN2 yg dimenangi BN... perlu diingat, selain Bagan, DAP juga berjaya memenangi majoriti di beberapa kerusi Parlimen lain termasuk Bukit Mertajam, Gelugor, Batu Kawan dan beberapa kawasan lain...
Mahu tidak mahu UMNO BN perlu mencari kaedah terbaik bagaimana utk mengatasi cabaran ini... bukan hanya di Pulau Pinang, perkara yang sama juga mampu berlaku di negeri2 lain... sbg contoh, Parlimen Seputeh merupakan antara Parlimen yg berjaya dimenangi oleh DAP dengan majoriti yg sangat besar...
Bagi UMNO BN, selain daripada berusaha keras mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru yg menyokong UMNO BN, mereka juga perlu mengenalpasti dan mengenali setiap pengundi, samada baru atau lama dalam kawasan masing2... pengundi2 yg bertukar alamat dan tempat mengundi juga perlu dikenalpasti... alamat yg digunakan mestilah wujud dan didiami sepertimana yg telah didaftarkan... dan perlu juga dipastikan tidak berlaku 1 alamat dikongsi oleh 50 orang...
Dan sudah tentulah segala-galanya berserah dan mengharapkan rahmat belas ehsan Allah... perkembangan senario politik yg sedang melanda PR diharap dapat membantu ukhwah ikhwan seIslam kita... peranan PAS selama ini yg telah byk membantu memastikan kejayaan PR rupanya langsung tidak dihargai oleh kepimpinan PR, khususnya DAP... dgn terkeluarnya parti PAS dari senarai tahaluf yg baru, diharap boleh membantu parti umat Islam bangsa Melayu...
-IMAGE-
Dengan erti kata lain, UMNO BN tidak lagi boleh berasa selesa dan 'yakin kuat' jika mahu terus berkuasa dan memimpin sebagai kerajaan Malaysia... sekurang-kurang untuk penggal yg akan datang...
PENANG OH PENANG...
By Padiyappa
SUMBER : SUARA MELAYU BARU
|
|
|
|
|
|
|
|
Bkn dekat penang jer negeri2 lain pun sama... Sgt agresif menarik org daftar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|