CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2641|Reply: 12

[Tempatan] Lebih Baik Tak Payah Swastakan Liga Malaysia – TMJ

[Copy link]
Post time 2-10-2015 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Lebih Baik Tak Payah Swastakan Liga Malaysia – TMJ                                Oct 2, 2015                54



8Shares


KUALA LUMPUR – “Kalau hendak swastakan liga tetapi pasukan-pasukan yang bertanding berterusan “dirompak” lebih baik tak payah”.
Demikian penegasan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai usaha penswastaan Liga Malaysia yang sedang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Titah baginda, Malaysia masih belum boleh menswastakan liga bola sepak jika sehingga 40 peratus hasil penyiaran dibolot FAM.
“Mengapa perlu sehingga 40 peratus hasil yang berjumlah lebih kurang RM30 juta sedangkan liga diuruskan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP)?
“Bila saya bertanyakan kepada FAM, jawapannya kerana FAM telah menjual hak penyiaran liga. Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan hak penyiaran dan liga milik ahli gabungan, bukan hak FAM,” titah baginda dalam satu kenyataan media hari ini.
Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) turut memandang sinis desas-desus kononnya hartawan Arab atau China berhasrat membeli kelab bola sepak di Malaysia.
Titah baginda, tiada ahli perniagaan ingin melabur dalam kelab bola sepak yang tidak menguntungkan.
“Nak diharapkan jualan tiket dan `merchandise’ yang tak seberapa? Jersi kita pun hanya dijual dalam negeri dan bukannya di pasaran antarabangsa.
“Tiada sesiapa yang akan buat kerja gila membuang duit seperti itu melainkan kasino,” titah baginda.
Baginda bagaimanapun percaya ada syarikat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan membeli dan menguruskan pasukan bola sepak Malaysia pada masa akan datang.
Namun, Tunku Ismail bertitah, baginda percaya syarikat terbabit akan berdepan kesukaran jika tidak menerima hasil penyiaran yang sepatutnya.
Titah baginda, hanya pasukan kaya boleh diswastakan seperti Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor sedangkan pasukan lain termasuk JDT akan menghadapi masalah jika model penswastaan yang dicadangkan dilaksanakan.
Justeru, baginda mengkritik laporan laman-laman sukan yang sering terlepas pandang mengenai fakta tersebut dan secara tidak langsung memberikan harapan palsu kepada penyokong bola sepak tanah air mengenai perkara tersebut.
“Jadi, berpijaklah di bumi yang nyata dan bukannya dalam dunia khayalan. Bercakaplah berlandaskan fakta, dan bukannya emosi atau kepentingan peribadi. Menipu rakyat ibarat merompak rakyat,” titah baginda. – mynewshub.cc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 12:56 PM | Show all posts
ada org xbole dengar perkataan FAM tu
menyumpah saje
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai mail
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
apala yg mail sentap dgn fam... sebab tak leh jawat kat fifa cam tmpahang ka
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Naper tmj x nk wat liga sndr...Liga TMJ....gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku. Xtau. dgn. Jelas. The. Main. issue. Tp. aku. setuju. yg. Liga. Kita. masih. blom. Mantap. Utk. diswastakan....... nnt. byk. Team2. akan. Bungkus....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 03:53 AM | Show all posts
aku rasa mmg betul dah concern TMJ tu. tujuan penswastaan ialah untuk mengangkat club. semakin banyak duit masuk, semakin banyak gaji boleh kasi kepada pemain, semakin banyak fasiliti utk training dan development maka semakin berkualiti lah para pemain.

Tapi sekiranya FAM yang duk tepi pun duk sibuk menumpang makan duduk cangkung hasil dari hak siaran kelab tu...jeng ar usaha pembangunan kelab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bila tak swasta... sibuk suruh swasta agar teluss kunun

sekarang dah ura2 nak swasta... tak sesuai la kununnya

nak tunggu sesuai... sampai 2030 belum tentu
perancangan fam ni mungkin jua sindiran pada mail bbnu assobiyah yg sebelum ni sibuk auruh liga kita disqastakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 11:07 AM | Show all posts


Ni mne pnye bgang la nie..ni org sbnarnye xpnah snang tgok org senang.... jelez la 2 tgok trnsport jdt trbaek....ni bru bus klu jdt ade rzeki pkai kpal trbang compom gile agknye mamat poyo ni....hahaha
Like · Reply · 4 · 8 hours ago
Nazri Misran
Nazri Misran Kalau TMJ x matang yg korang ikut x matang da knp???pelik la puak2 ni
Like · Reply · 2 · 8 hours ago
Khairul Battle
Khairul Battle Kikiki..bahasa inggris yg dia fhm, rupa nyer..bahasa melayu dia x fhm..yg lepas kite minta bersaudara,, dia balas dgn perbalahan..
Like · Reply · 4 · 8 hours ago
Achik Dihar Ariffin Jdt
Achik Dihar Ariffin Jdt Bodoh x boleh pandai...
Like · Reply · 1 · 8 hours ago
Deer Mahdir
Deer Mahdir Dema x usah meroyan yob..ni sekadar perlawanan bola jew..bukan ny nk berperang..cuba lh dema2 ni bepikio mcm yob2 yg besekolah..
Like · Reply · 4 · 7 hours ago
1 Reply
Amirul Razie
Amirul Razie Org pndai memg mcm nie
Suke sgt menunjok2 die punye pndai
Like · Reply · 1 · 7 hours ago
Nurazlyn Abdul Hadi
Nurazlyn Abdul Hadi sentap lebih sgt ni
Like · Reply · 1 · 7 hours ago
Syahmi Isa
Syahmi Isa Whack la nk tgk puak dye malukan negeri dye lg ke x kahhh
Like · Reply · 7 hours ago
Azim LeoVince
Azim LeoVince kalau btl ad pr0v0 kt tmpt k0rang bmkna memg tept skali tmpt k0rang ni x brtamadun.hahaha
Like · Reply · 3 · 7 hours ago · Edited
Kaloi Emas
Kaloi Emas Mcmane brader Yob ni blh ad akaun FB ae.. hmmmm..
Like · Reply · 5 hours ago
Kierin Kenzo
Kierin Kenzo sakai gila... sembang jer lebih....gi mampos la lu ...
Like · Reply · 1 · 4 hours ago
Cucu Datuk Merah
Cucu Datuk Merah Norazlin Hashim ni keturunan makcik ke ..klu yek cu nk jpa dia skg smile emoticon
Like · Reply · 4 hours ago
5 Replies · about an hour ago
Muhd Syahmi
Muhd Syahmi Tgk jela klau game jgt lwn perak kt larkin nty..time tulah klua perak jdt bersaudaralah..xperlu gduh2 lah..bole plak jd mtang mse tu..
Like · Reply · 1 · 4 hours ago



ewww, defend kan sgt perangai budak kecik tmj tu,,
tak matang langsung,,kau yg invite haters??perlu ke bas mcm tu?bikin masalah dari selesaikan,,
johor royal fam ni live in their own bubble,,dpt pulak fans2 yg ye kan aje perangai dorang ni semua..
lama2 org pun menyampah..seriously tmj?grow up
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
bus ni sama la provokasi mail bawak askar dia pi stdium kt kelantan

lama2 mail ni sedar la yg bus ni mulanya nak tunjuk hebat dan ikutan kununnya akhirnya bila dah matang akan memlukan diei aendiri

akhir bila dah malu.. terus tk baqak askar masuk stadium dah
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul laa tuh kalau hasil penyiaran tuh dapat byk kat pasukan banyak kebaikkan.. Cuba laa fam tuh diterajui oleh yang faham camna nak tambah baikkan bola sepak kat Malaysiakan bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cHimo replied at 4-10-2015 12:33 PM
Betul laa tuh kalau hasil penyiaran tuh dapat byk kat pasukan banyak kebaikkan.. Cuba laa fam tuh di ...

nak suruh mail ke!?
dia ni harap gadai tanah kasih sayang dgn cina prc n spore je pon

kalau harap ilmu tu... mmg kelaut
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul jgk apa yg mail tue ckp.. Byg kan FAM kaut sorg jer 40% pastu baki 60% share dgn semua kelab apa kejadahnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051427 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list