CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3485|Reply: 10

[Tempatan] {Tamparan Cakar Buaya}Ketua Pas Rantau Panje Cedera Dihidung Ditampar Ahli Pas

[Copy link]
Post time 2-10-2015 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pas Rantau Panjang cedera di hidung ditampar ahli Pas
Abdul Fatah memuat nailk gambarnya yang luka di hidung dalam laman Facebook miliknya. Foto Facebook Abdul Fatah Haron



[size=100%]KOTA BHARU, 2 Oktober:
Ketua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron, cedera di bahagian hidungnya apabila ditampar oleh ahli Pas sendiri dalam satu Majlis Dialog Bersama Ahli dan Jawatankuasa Peti Undi Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku sebelum majlis bermula apabila seorang ahlinya yang dikenali sebagai Rozi Noh bertindak menampar Abdul Fatah berpunca daripada rasa tidak puas hati mengenai pembahagian geran tanah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Bukit Tandak dan bukannya berkait dengan masalah parti.

Akibat tamparan kuat itu, cermin mata yang dipakai oleh Abdul Fatah patah manakala cerminnya pula mengenai di bahagian hidung sehingga menyebabkan luka.

Suspek kejadian bagaimanapun dikatakan bertindak meninggalkan majlis dan menghilangkan diri selepas kejadian terbabit.

Abdul Fatah di dalam laman Facebooknya turut meminta ahli Pas kawasan berkenaan supaya bertenang dan merayu supaya jangan membuat sebarang tindak balas secara persendirian kepada individu yang menceritakannya dan memohon agar menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Katanya, insiden yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu, sepatutnya diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil sebarang tindakan yang sepatutnya.

Akhir sekali dalam laman Facebook miliknya, Abdul Fatah yang terkenal sebagai pemimpin Pas yang sentiasa lantang dengan sindiran `pedas’ turut menyelitkan kata-kata: “Percayalah bahawa Allah SWT akan bersama orang yang sabar”.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian terbabit.

Katanya punca kejadian akan disiasat dan motif awal dipercayai akibat masalah peribadi.

“Polis masih mencari suspek yang kini dipercayai menghilangkan diri sebaik kejadian,” katanya.


therakyatpost

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakaran harimau
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 04:05 PM | Show all posts
kesian  .... maksud iols kesian kat tered PAS kurang dpt sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 04:32 PM | Show all posts
Org pas pun gila harta rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 04:56 PM | Show all posts
FATAH HARON AKAN MASUK UMNO..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 05:07 PM | Show all posts
wa lempang sama lu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2017 01:15 AM | Show all posts
ermm senyap pulok awok2 ye .....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 01:20 AM | Show all posts
Bersabar Fatah...semuga mendapat pengadilan yang sewajarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2017 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
... aritu ditampar dek Sakai, ni grassroot pula nampor, mungkinkah ini cash sebab Pas merelakan diri diperkuda oleh umngok?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 02:08 AM | Show all posts
buruknya org tua ber- bitch slap
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 2-10-2015 02:09 PM
Ketua Pas Rantau Panjang cedera di hidung ditampar ahli PasAbdul Fatah memuat nailk gambarnya yang l ...

Gedebe budu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.086523 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list