Edited by Elle_mujigae at 4-10-2015 10:20 AM
Bengkel Kefaṣīḥan dan Perūmīan Jāwī: Musim ke-4
RINGKASAN PENGAJIAN
Untuk menyambungkan semula angkatan baharu yang menggunakan huruf Jawi dengan kekayaan khazanah ke‘ilmuannya, Klasika Media bakal menganjurkan Bengkel Kefasihan dan Perumian Jawi.
Bengkel ini berbeza dengan pengajian Jawi yang lain kerana ia menumpukan pembangunan kefasihan untuk bacaan Jawi warisan – yang digunakan untuk manuskrip-manuskrip Melayu yang berharga.
Bengkel ini bakal menerangkan mengenai ‘ilmu alat yang utama yang diperlukan untuk meneliti ejaan-ejaan Jawi warithan, membuat pembacaan yang tepat dan benar dan merancang penyelidikan serta ruju‘-saling untuk sesebuah pembacaan karya klasik.
KEBERHASILAN PENGAJIAN
Di akhir pengajian ini, peserta akan: -Mengetahui ringkasan pandangan ‘ālam Islām serta asas ‘Ilmu Jawi (Jawiology) -Mengetahui qa‘īdah dan kemahiran membaca karya persūratan Jāwī. -‘āmalī perūmīan karya-karya Jāwī -Berpeluang untuk membuat kerja perūmīan dengan Klasika Media sebagai perūmī.
SIAPA YANG PERLU MENYERTAI?
Mahasiswa, penyelidik, peminat khazanah Jawi
TEMPOH PENGAJIAN
8 Jam, 9 pagi - 5.00 petang
TEMPAT PENGAJIAN
Pusat Latihan KM-AJAWI 3-1, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra 43000 Kajang, Selangor
YURAN:
Profesional - RM150.00 Pelajar - RM120.00 | Kad Pelajar perlu disertakan
HUBUNGI KAMI
TEL: 03-8928 9899
Fb : https://www.facebook.com/klasikamedia?fref=ts
|