Teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck diadaptasi daripada novel berjudul sama yang diterbitkan pada 1939 karya ulama terkenal Nusantara, Prof. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama Hamka. Ia mengisahkan persoalan adat yang berlaku di Minangkabau dan perbezaan latar belakang sosial yang menghalangi hubungan cinta sepasang kekasih hingga berakhir dengan kematian.
Zainuddin dan Hayati yang saling menyintai tidak dapat memenuhi hasrat untuk hidup bersama kerana keluarga Hayati menjodohkan Hayati dengan Aziz. Zainuddin yang kecewa telah merantau dan berjaya menjadi penulis terkenal. Oleh kerana menanggung hutang yang banyak, Aziz telah membawa Hayati tinggal di rumah Zainuddin. Sebelum membunuh diri, Aziz telah menulis surat supaya Zainuddin menjaga Hayati. Namun, Zainuddin yang masih kecewa kerana Hayati telah melanggar janji untuk setia telah memaksa Hayati pulang ke kampung dengan menaiki kapal Van der Wijck. Malangnya, ketika dalam perjalanan kapal tersebut telah tenggelam.
I don't know how the theatre version went, but the 2013 movie version was absolutely outstanding. One of the most beautiful films I've ever watch, in terms of actors, dialogue, cinematography, OST etc...
Pevita Pearce, Herjunot Ali, Reza Rahadian dan pengarah Sunil Soraya really did justice to the revered text.