CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 15

Tempah Doktor Seperti Beli Barang Online, Guna Jari Pun Boleh!

[Copy link]
Post time 6-10-2015 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Fyruz Hanna





Bukan makanan ataupun tiket penerbangan sahaja yang mampu ditempah kini doktor pun termasuk senarai boleh ditempah online.


Wah-wah dengar seperti mudahnya. Padahal proses tradisional untuk membuat temujanji memang memakan masa dan kudrat hanya untuk bertemu pakar dan doktor pilihan.




Anda harus melalui proses pendaftaran, dan menunggu giliran anda, kemudian menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor.






Lepas ini proses tersebut mungkin hanya jadi memori pada anda, itu pun jika anda ingat lah.


Kini seiring dengan kecanggihan dan malasnya manusia mahu bergerak, anda boleh menempah doktor anda dengan aplikasi di telefon pintar anda.


Muat turun sahaja BookDoc dan anda mampu untuk set temujanji dengan doktor dengan beberapa klik sahaja.






Yang paling menarik, doktor yang ditempah boleh 'melawat' anda di alam maya iaitu melalui video semasa anda sedang duduk berehat di dalam rumah.


Antara ciri-ciri yang ada dalam aplikasi ini, peringatan mengenai temujanji serta menyenaraikan klinik secara dalam talian.


Cara ini sebenarnya memang bagus untuk mengurangkan jumlah pesakit yang datang dalam satu masa serta boleh mengoptimumkan jadual temujanji seorang doktor.


Pendek kata, senanglah untuk doktor menguruskan jadual serta pesakit tak perlu tertunggu-tunggu lagi.


Sebenarnya cara ini sudah dipraktikkan Amerika dan memang mampu menjana nilai tambah yang banyak untuk tahun pertama ia dihasilkan.


Idea ini dicetuskan oleh pengasasnya Datuk Chevy Beh yang mengenengahkan idea sesapa sahaja boleh 'book' doktor pilihan 24/7.




Apa yang penting:
- Skrol doktor terdekat/ doktor pilihan

- Pilih slot temujanji

-Lengkapkan profil pengguna.





BookDoc boleh dimuat turun di bookdoc


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 11:45 AM | Show all posts
mcm bagus tapi mesti mahal kan.. tau2 sakit balik sb mahal kalau sevis mcm ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:55 AM | Show all posts
mayaBB replied at 6-10-2015 11:45 AM
mcm bagus tapi mesti mahal kan.. tau2 sakit balik sb mahal kalau sevis mcm ni..huhu

standard la tu.. servis hujung jari memang x penah murah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:59 AM | Show all posts
luqmanulHak replied at 6-10-2015 11:55 AM
standard la tu.. servis hujung jari memang x penah murah..

kalau dekat masia ni xstendad sgt la u.. kesian nenek2 makcik2 yang sakit dkt hosp kerjaan yg tunggu lama.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:01 PM | Show all posts
kok doktornya ganteng?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:02 PM | Show all posts
orang yang kat atas leh laa wat kija gini.....rakyat marhein tak dapek ler....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 12:04 PM | Show all posts
pic tt mmg kelakar..mmg btl pun, tunggu kemainnnnn lama kat spital gomen.. apa boleh buat, org sakit ramai.. doc pun jangan kata tengahari2, pagi2 pun muka garang dah ngn patient sb ramai sgt pesakit..doc stress.

ak geram btl ngn doc wat muka ni..kita dh la sakit kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:22 PM | Show all posts
boleh lah hakak tempah doc mike yang pemes @ IG tu erk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2015 12:25 PM | Show all posts
yusryimran replied at 6-10-2015 12:22 PM
boleh lah hakak tempah doc mike yang pemes @ IG tu erk

oh tidak!! ok nk book awal2 doc tuu.. hihi..

apps ni xde ke untuk gov hosp??.. kalau nk jumpe pakar ke? contoh pakar kulit ke.. senang skit kot.. klo ade rashes ke time tu pulak dekat Kepsie ke tgh makan.. boleh videokol je doc.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 12:28 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-10-2015 12:04 PM
pic tt mmg kelakar..mmg btl pun, tunggu kemainnnnn lama kat spital gomen.. apa boleh buat, org sakit ...

aku pun gelak tgk gambar 1 tu sb aku pnh anta adik aku masuk spital.. g hosp kerajaan la.. ade aku nmpk bangla mcm tu la muka.. tunggu lame gile.. kesian aku tgk.. nmpk muka die tak larat... mungkin denggi kot.. bangla and denggi berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 02:18 PM | Show all posts
supirnakal replied at 6-10-2015 12:28 PM
aku pun gelak tgk gambar 1 tu sb aku pnh anta adik aku masuk spital.. g hosp kerajaan la.. ade aku ...

penat wooooo tgu kat spita gomennnn.... kalau setakat demam biasa2 aku sanggup g klinik swasta je walopum bayar mahal sikittt..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:11 PM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:07 PM | Show all posts
chinta89 replied at 6-10-2015 02:18 PM
penat wooooo tgu kat spita gomennnn.... kalau setakat demam biasa2 aku sanggup g klinik swasta je  ...

bangsup tepaksa jugak ke kelinik gomen.. apa nak buat duit dikk duit
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:18 PM | Show all posts
supirnakal replied at 7-10-2015 02:07 PM
bangsup tepaksa jugak ke kelinik gomen.. apa nak buat duit dikk duit

jgn la wat ayat sedeh lak bangsup..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 03:48 PM | Show all posts
mimpi je laaa... doc swasta pun tggu lama, dhla caj mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:08 AM | Show all posts
sekarang byk hal boleh buat online, tak payah keluar rumah pun, sy sering shopping online, kerja ot balik rumah Xmasa pun nak pergi shopping, beli online guna telefon bimbit mudah, jika nak tahu mana website sy guna boleh pm sy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058050 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list