View: 4286|Reply: 28
|
[Tempatan]
Keluarga Cina Tunggal Di Perkampungan Muslim Cinta Budaya Melayu
[Copy link]
|
|
Keluarga Cina Tunggal Di Perkampungan Muslim Cinta Budaya Melayu
Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 9:14 AM
Oleh: LO TERN CHERN
Siau Hooi dan suaminya segak dengan pakaian pengantin Melayu ketika majlis perkahwinannya diadakan di Kampung Tebuk Haji Musa, Parit Buntar, Ahad.
PARIT BUNTAR: Keluarga Ng merupakan satu-satunya keluarga Cina di di Kampung Tebuk Haji Musa, di sini, sebuah perkampungan dengan 3,000 penduduk Muslim.
"Tidak ada masalah langsung. Saya sudah tinggal di sini selama beberapa dekad. Mereka datang ke rumah saya pada Tahun Baru Cina dan kami akan ke rumah mereka pada Hari Raya.
"Ada kenduri, kami campur Sekali. Biasa lah!," kata ketua kepada keluarga besar Ng, Air Chin, 61, yang lebih dikenali sebagai Ah Khaw di kampungnya.
Cara dan budaya Melayu pula menjadi kebiasaan buat keluarga ini.
Pada Ahad lalu, anak perempuannya yang berusia 28 tahun, Siau Hooi, berkahwin dengan pekerja kilang Lim Choon Yong, 37, mengikut adat dan buadaya Melayu.
Anaknya yang berkerja sebagai akauntan itu adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik.
Pengantin perempuan dan pengantin lelaki telah mengenakan persalinan indah busana pengantin Melayu untuk perkahwinan mereka.
"Kami memutuskan untuk menggambarkan persahabatan keluarga kami dengan jiran tetangga dengan mengadakan majlis perkahwinan mengikut tradisi masyarakat Melayu.
"Kebanyakan penduduk kampung, kira-kira 2,000 orang hadir ke majlis perkahwinan ini. Keluarga pengantin lelaki juga menyokong perkahwinan dengan gaya Melayu.
"Ketika dua abang Siau Hooi mengadakan majlis perkahwinan mereka pada tahun 2007 dan 2010, mereka juga berkahwin cara Melayu, bersanding dan sebagainya.
"Jiran saya membantu dalam apa sahaja yang mereka boleh. Kami bergotong-royong," kata Ah Khaw.
Berita Harian pada Isnin mengetengahkan kisah perkahwinan pasangan itu dan melaporkan bagaimana jiran-jirannya menghulurkan bantuan - daripada membantu dari segi pakaian pengantin sehinggalah memasak hidangan lazat.
Ah Kaw berkata keluarganya akan mengadakan majlis makan malam perkahwinan Cina pada Rabu di restoran berdekatan sebelum Siau Hooi kembali ke Singapura, di mana suaminya bekerja.
Siau Hooi berkata dia bangga memakai pakaian pengantin Melayu.
"Ia adalah memori bernilai sepanjang hayat untuk suami dan diri saya sendiri.
"Saya masuk ke sekolah rendah dan menengah Cina tetapi membesar dengan jiran-jiran Melayu," kata Siau Hooi.
"Kami sangat rapat antara satu sama lain," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
hoi cina.......! balik china |
|
|
|
|
|
|
|
Suka macam mana pun kalau muka cina tak sesuai pakai tanjak.
Macam gak melayu pakai suit. Terus terasa gelap semua ruang.
|
|
|
|
|
|
|
|
takde masalahnya pun kalau tgk melayu ngan cina dok satu kg sama..muafakat, tolak ansur n kerjasama mmg je ada..cuma masalah skang kat bndr2 ni masing2 perangai lahanat yg rasa diri lg hebat.. |
|
|
|
|
|
|
|
cina murtad ....
anyway ... this is the culture that we need to nurture in Malaysia ... yang racist tu ... mohon dok dalam hutan |
|
|
|
|
|
|
|
yg pompuan look not so cina la... |
|
|
|
|
|
|
|
amoi bila dah tua jadi nyonya kalu...muntah.
|
|
|
|
|
|
|
|
acara minum teh still pakai cheongsam kah? teringin nk tgk gmbr diorg dlm persalinan lain. ke yg ni je??
tahniah both of u! |
|
|
|
|
|
|
|
so taknak demo ke?
cina da mula jajah pakaian melayu?
|
|
|
|
|
|
|
|
nape ai rasa cam menarik gambar pasangan nih... |
|
|
|
|
|
|
|
parit buntar ni bukan ramai banjar...melayu sikit je
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan banjar tu melayu gak?
ketuat-nan semakin tercabar..
|
|
|
|
|
|
|
|
esok kawin nanti iols nak pakai baju macam carmen soo pakai masa dia kawin kaka. cantik kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
no...banjar is banjar...melayu is melayu...rumpun je melayu...tp bukan melayu pon...
rumpun ni kira etnik saudara
|
|
|
|
|
|
|
|
banjar ada dlm humno tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 6-10-2015 02:16 PM
cina murtad ....
anyway ... this is the culture that we need to nurture in Malaysia ... yang r ...
yg spesis tarak sapa nak tu pun layak dok dlm utan..... koman2 leh la rimau makan.... itu pun klau rimau tu leh selera la ngan spesis takde tote.... tp klaudah lapar bedal je kot |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer replied at 6-10-2015 03:18 PM
no...banjar is banjar...melayu is melayu...rumpun je melayu...tp bukan melayu pon...
rumpu ...
melayu superset... banjar subset.....
sutun multinick... diluar superset..... unknown species |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku dorang ni tersangat layak diberi layanan seperti melayu.
Berikan mereka status bumiputera! |
|
|
|
|
|
|
|
insha Allah kaka
*mode: veranganz
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya rimau pun muntah kalo termakan sutun manapos tue ...
rasanya ... boya yang tak pernah menolak bangkai pun akan rejek bangkai ni ... sanggup berlapo kata mereka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|