View: 14336|Reply: 225
|
[Tempatan]
1MDB: Raja-raja Melayu mahu siasatan cepat selesai
[Copy link]
|
|
1MDB: Raja-raja Melayu mahu siasatan cepat selesai
6 OKTOBER 2015
KUALA LUMPUR - Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.
"enemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.
Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.
"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."
Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.
Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.
"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.
Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.
Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.
"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.
Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.
Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.
"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu. - Bernama Apa kah tindakan Bijan selanjutnya? mungkinkah akan ada Raja2 Melayu yang diganti?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by freebird at 6-10-2015 07:45 PM
The Conference of Rulers has decreed that the probe into 1MDB be completed as soon as possible and the wrongdoers, if any, be punished.
"The findings of this probe must be reported in full and transparently so the people can be convinced of the government's sincerity that it would never hide the facts and the truth.
"Failure to give an explanation and satisfactory answers may cause a confidence crisis," read the sultans' statement issued by the Keeper of the Rulers' Seal, Syed Danial Syed Ahmad.
"As a result the rakyat believe, either as reality or perception, that it is one of the main reasons which influenced the ringgit's sharp downfall, which has given a negative impact on the country's financial market and economic climate while affecting the world's view of Malaysia" they added.
In the joint statement as reported by Bernama, the Malays Rulers also asked all responsible parties to give their full cooperation so that the purpose of the investigation is fulfilled.
They said if the 1MDB issue is not dealt with intelligently and continues to drag on, it will damage the economy and the people's welfare.
They fear it may even cause public unrest.
The Wall Street Journal previously reported that 1MDB funds had made its way into Prime Minister Najib Abdul Razak's personal accounts.
Najib, however, denies any wrongdoing or that he had used 1MDB funds for personal gain.
macai2 dia tak berani nak komen setakat ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama siasat tapi ..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tunggu arul kanda balas komen majlis raja2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti anjing menyalak bukit...siapa anjing? siapa bukit? Hahahaha....lu pikir sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat dah selesai. 1MDB bersih diaudit. no probleng |
|
|
|
|
|
|
|
raja pun kena dgr nasihat PM,
ade hati nak dgr hasil siasatan, terang2 najibuya sharibu terlibat |
|
|
|
|
|
|
|
Kata imdb bersih...
6bulan setel problem |
|
|
|
|
|
|
|
musti ada sekor macai felda pprt tu kata, majlis raja2 pun percaya kepada fitnah cina dapig.... |
|
|
|
|
|
|
|
freebird replied at 6-10-2015 08:58 PM
musti ada sekor macai felda pprt tu kata, majlis raja2 pun percaya kepada fitnah cina dapig....
@dizek dipersilakan beri sepatah dua utk hencap raja2 melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
aik.. raja2 melayu sudah mula mencemburui bijan al syumul |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa...dlm keadaan tertentu..majlis raja2 ni boleh jer memainkan peranan....x perlu campur tangan..atleast membuat sedikit ketukan...eg pastikan suruhanjaya eg SPRM bebas melakukan siasatan dan segala isu sensitive boleh dilaporkan kepada majlis raja2....
paling tidak pun memanggi PM membuat penjelasan atas isu yg timbul..dan memanggil pihak ketiga utk bg nasihat n pandangan eg...prof diraja..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuddin nk lempang x?
Jamal nk buat demo depan istana x? |
|
|
|
|
|
|
|
@dizek
masuk hencap jap
jgn pura2 buta...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ker Najib dah cakap banyak kali (ada tukang jilat siap buat buku kauuu), 1MDB teda masalah.
Raja-Raja Melayu ni nak kena notis 'hari Selasa' dengan Najib ker...?
Tak kesah laa berapa lama pun asalkan harinya adalah Selasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
x tau ler..pd saper rakyat bleh berlindung.. |
|
|
|
|
|
|
|
habis, kalau najib declare yang hari selasa diharamkan , lepas senin, rabu ....melopong korang semua...
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay pe.... hari Selasa jadi cuti umum.... tercapai cita-cita kerja 4 hari seminggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bluehedgehog at 7-10-2015 07:45 AM
@dizek mana ko oi...semlm aktif sgt...
@dcruins mana huaren huaren?
@hari1 nk up cpt dlm forum kena byk hencap majlis cina lahanat ni
@uniq61 meh ayat2 pahlawan ko
@kintan atau mi cintan?
cpt hencap majlis cina dapig ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|