Video: Wanita Kantoikan Suami Curang Dengan Orang Gaji
Oct 7, 2015
WANITA mana yang tidak berang jika suaminya bermain kayu tiga di belakang lebih-lebih lagi bersama dengan pembantu rumah mereka sendiri.
Sebagai hukuman, seorang wanita di Arab Saudi telah bertindak merakam perbuatan terkutuk suaminya itu sebelum memuatnaik di laman sosial.
Wanita terbabit dikatakan sudah lama mengesyaki perbuatan suaminya itu namun kali ini dia tampil dengan bukti kukuh yang memperlihatkan suaminya berpelukan serta bercumbu dengan pembantu rumah mereka.
Dia memuat naik video berkenaan di laman sosialnya dengan kapsyen, “Hukuman paling minimum untuk si suami adalah memalukannya.”
Walau bagaimanapun, wanita terbabit boleh dijatuhkan hukuman penjara selama setahun kerana tindakannya itu.
Ini kerana kerajaan Arab Saudi menjalankan sistem hukuman yang tegas kepada sesiapa yang menggunakan rakaman video untuk memfitnah orang lain.
Memanglah tindakan lelaki terbabit satu perbuatan yang terkutuk namun kerajaan di sana berasakan tindakan menyebarkan rakaman tersebut adalah tidak elok.
Jadi, wanita tersebut boleh dikenakan hukuman penjara kerana mendedahkan perbuatan curang suaminya itu kepada umum. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Post time 7-10-2015 09:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pompuan tu leh kan jumpa kadi? N report kat islamic polis ke hapa tu kat sana boleh gakkan hukum hb dia?tapi kiss2 jer ke? Kalu dpt rakam tgh ehem2 mmg mampus kena rejam dah laki tu
Post time 7-10-2015 10:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mommymonster82 replied at 7-10-2015 09:58 PM
Pompuan tu leh kan jumpa kadi? N report kat islamic polis ke hapa tu kat sana boleh gakkan hukum hb ...
Setahu saya, di Saudi Arabia, mereka tidak terima rakaman video sebagai bukti. Utk sabitkan org tu berzina, kena kemukan 4 saksi lelaki beriman. Video2 bkn bahan bukti.