CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

cerpen : Lady Boss ( ends 4 April 2017 )

[Copy link]
 Author| Post time 9-11-2015 11:49 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-11-2015 03:33 PM

"How about we combine our allocation every month to celebrate their birthday? Those who was born on Nov for example.. We may buy cake and some foods in order to celebrate their big day.. Depends on the budget left, then we can buy gift.. Staffs will feel appreciated.  Simple ! Subsequent month, we will discuss for another plan on how to utilize this allocation or we will just proceed with this celebration.."

Darren merasakan andai mereka menggabungkan jumlah peruntukan yang dimiliki maka sekurang kurangnya bajet dalam tangan akan ada sebanyak RM6000. Kesemua staff dalam 300 orang. Dari 300 orang berapa peratus saja yang lahir bulan yang sama? Jadi mereka boleh memberi hadiah hari lahir sebagai tanda penghargaan.

"I agree with Mr Darren's opinion.."

Azhan menyampuk kemudiannya. Malas bersusah payah memikir. Masih banyak kerja perlu dihadap.

"How about the rest? Any idea? Or we will stick with Mr Darren's suggestion?"

Suzie inginkan kepastian. Bangga dengan idea bernas Darren. Jimat dan senang. Dalam sikap kebudak budakan Darren ternyata ada kreatifnya. Suzie tidak pernah terfikir untuk menggabungkan kesemua peruntukan mereka.

Tiada bantahan kedengaran. Kesemua bersetuju dengan usul yang dikemukakan Darren. Mesyuarat ditamatkan.

"Mr Darren.."

Panggilan Suzie mematikan langkah Darren.

"Anything Miss Suzie?"

Entah kenapa Darren rasa malas menatap wajah Suzie.

"I need to discuss something with you..  In my room.. Right after this !"

Usai berkata begitu Suzie berpaling keluar dari bilik mesyuarat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 12:12 AM | Show all posts
elia201 replied at 9-11-2015 11:06 PM
Isteri ku boss? Cerita apa tuh? Anyway ilham cerita ni lepas I gaduh dengan boss I pasal staff.. O ...

uknow what, i always imagine superhero perempuan.not always just kdg2.  Sbb tu cite rante   i publish.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2015 08:22 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 10-11-2015 02:49 PM

Hakim tergelak mendengar cerita Darren. Dah macam drama adaptasi novel. Kekok membayangkan Suzie dan Darren duduk dipelaminan. Bak pinang dibelah belah ! Tom dan Jerry dipaksa berkahwin? Memang gosip paling hebat mengalahkan gosip artis.

"Yang aku peliknya semua syarat aku dia sanggup follow bro ! Lady boss ni memang payah.."

Darren menolak tepi pinggan maggi goreng kesukaannya. Selera mati. Mama ingin bertemu keluarga Suzie hujung minggu ini. Andai kata keluarga Suzie merestui maka Zalikha ingin Darren menguruskan urusan mengislamkan Suzie. Selesai semua, Mama mahukan Darren terus mengahwini Suzie.

"Oklah tu bro ! Kau dapat pahala apa meramaikan umat Nabi Muhammad kalau Suzie peluk Islam bila kahwin dengan kau..."

Hakim sengaja menyakat. Secara tak langsung peluang untuk Zaheeda mendekati Darren tertutup sudah jika benar Mama Darren berkenankan Suzie sebagai menantu. Peluang untuk Hakim pula terbuka luas.  

"Besar tanggungjawab aku bro... Nak kena didik dia.. Kalau dia buat dosa aku kena tau."

Sehingga saat ini Darren masih berat hati menerima Suzie sebagai teman hidup.

"Aku yakin kau boleh.. Cuba kau belajar cintakan Suzie.. Takkanlah hati kau tak terusik tengok dia sanggup ubah gaya hidup semata mata nak jadi isteri kau.."

Jujur Hakim yakin Darren pasti akan bahagia dengan Suzie.

"Baru sehari bro ! Esok lusa tak tentu.. "

Darren seakan berprejudis terhadap Suzie. Manalah tahu Suzie kembali ke kebiasaan lama. Masih terlalu awal untuk menilai.

Hanya satu saja harapan Darren. Agar keluarga Suzie menentang rancangan perkahwinan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 10:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-11-2015 11:15 PM

Idea gila dari Hakim sewaktu makan tengah hari tadi membuatkan Darren terfikir sejenak. Dimana mahu mencari teman wanita upahan untuk membuat Suzie cemburu lalu membatalkan perkahwinan mereka? Darren memang tidak punyai kawan berbeza jantina. Kalau ada pun, sewaktu zaman sekolah dulu. Itupun sudah terputus hubungan. Serabut otak memikir.

"Erm Can I come in?"

Suzie senyum ke arah Darren. Disisi Suzie adalah Variance Lim. Niat hati untuk diperkenalkan kepada ketua yang melaporkan diri dibawahnya.

Meski terkejut dengan kunjungan Variance, Suzie bijak menyembunyi riak wajah. Tiada notis maupun pemberitahuan dihantar mengenai lawatan Ketua Pegawai Eksekutif mereka. Musykil dengan kehadiran Variance Lim disini.

"Let me introduce Mr Darniel Hazren Lee.. Our Head of PnL.. Young and talented man here.."

Pujian ikhlas keluar dari mulut Suzie. Memperkenalkan Darren kepada Variance.

Darren cuma senyum sambil menghulur tangan berjabat dengan Variance.

"Nice meeting you !"

Variance membalas senyuman Darren. Masih samar mengingati lelaki inilah yang bersama Suzie sewaktu majlis Townhall anjuran syarikat beberapa hari lepas.

"Nice to meet you too.."

Entah kenapa Darren perasan pandangan mata Variance tampak sesuatu.

Perasaan aku kot ! Enggan berfikir panjang Darren memerhatikan saja sekali imbas Suzie dan Variance yang sedang berjalan seiringan sambil rancak berborak.

Baru sahaja Darren mahu menghadap komputer riba semula, Zaheeda pula muncul dimuka pintu. Meminta keizinan untuk masuk. Darren bersuara memberi kebenaran kepada Zaheeda.

"Encik Darren.. Ingat tak kucing yang kita selamatkan hari tu?"

Zaheeda segera mengambil tempat dihadapan Darren. Riak wajah sedih. Sipi air mata mengalir dipipi.

Darren hanya mengangguk, tanda masih ingat.

"Kucing tu macam sakit.. Dari pagi tak lalu makan.. Tak tahu kenapa.. Tiba tiba saja adik I call bagitahu.." Tangisan pecah. Zaheeda menangis tersedu sedu.

Panik Darren dibuatnya. Buntu untuk memujuk, Darren bangun menghampiri Zaheeda.

"It's ok ! Nanti bawa kucing tu dekat klinik haiwan.."

Hanya itu cadangan paling bernas dirasakan oleh Darren.

"Tapi I sedih.. Kucing oren tu dah manja sangat dengan I.. Macam mana kalau dia mati.."

Lantaran berfikir yang bukan bukan, air mata makin deras mengalir dipipi Zaheeda.

"Ok macam ni Zaheeda.. You ambil tisu ni lap air mata you tu..  Sekarang pun dah pukul 5.30.. Nanti lepas habis kerja I datang rumah you tengok kucing tu.."

Sehelai tisu dihulurkan Darren ke arah Zaheeda.

Sebaik mendengar kata kata dari mulut Darren, Zaheeda berubah tenang. Mengambil tisu dari tangan Darren. Saki baki airmata dikesat.

"I tunggu Encik Darrenlah lepas office hour.. I tak drive hari ni.. Adik I pinjam kereta.. Tadi I datang kerja dia hantar I.."

Nada suara Zaheeda sudah tidak sebak lagi. Mula mengukir senyuman dibibir. Lega usai bercerita kepada Darren.

Darren hanya mengangguk tanda setuju.

Zaheeda rasa bahagia dengan persetujuan Darren. Bangkit keluar dari bilik Darren.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2015 11:42 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-11-2015 11:47 PM

Suzie senyum sendiri sebaik bercakap dengan Mama dan Papa. Ternyata Mama dan Papa memang berfikiran terbuka. Menerima saja sesiapapun pilihan hati Suzie. Awal awal lagi Suzie sudah memberitahu keturunan dan agama anutan Darren. Baik Papa dan Mama tiada bantahan. Hanya abang dan kakak Suzie agak menentang keputusan Suzie.

"Kok senyum sendirian non Suzie.. Pikiran pacar kali !"

Pembantu rumah berbangsa Indonesia mengusik Suzie. Anak bongsu majikannya dilihat seperti dilamun cinta. Tersengih sana tersengih sini.

"Mana adalah.."

Pipi memerah malu. Suzie terus bangun. Ingin berlalu ke kamar tidur. Serasa mahu berbual sebentar dengan Darren. Niat hati untuk memberitahu tentang persetujuan Mama dan Papa.

Pantas jari jemari mendail nombor telefon Darren. Tiada jawapan. Suzie mencuba lagi. Kali ini kedengaran suara wanita menjawab..

"Siapa ni?"

Seluruh tubuh menggeletar tatkala mendengar suara manja ditalian. Segala prasangka buruk bermain difikiran Suzie. Memikir Darren bermesraan dengan wanita lain.

Kedengaran suara Darren ditalian menggantikan suara si gadis tadi.

"You dengan siapa sekarang?!"

Agak lantang suara Suzie menyoal sebaik saja mendengar Darren bercakap ditalian.

"I tengah drive.. Tak ada hand free.. I'll call you later.."

Tidak memberi jawapan yang dikehendaki Suzie. Malah, Darren terus saja mematikan perbualan mereka.

Suzie bengang dengan tindakan Darren. Pantas mencapai beg tangan dan kunci kereta.

"Non Suzie.. Mau ke mana sih.."

Laungan pembantu rumah Papa dan Mama tidak diendahkan Suzie. Sakit hati dengan Darren. Lantas kaki melangkah laju untuk pergi. Ada tempat ingin dituju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2015 10:15 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-11-2015 11:05 AM

Jenuh Darren menghubungi Suzie dari tadi. Malangnya tiada satu pun berjawab. Segera menghantar pesanan whatsapp kepada Suzie.

I temankan Zaheeda bawa kucing pergi klinik tadi
Sekarang I dekat rumah

Selesai menaip, Darren terus menghantar kepada Suzie. Risau pula Suzie memikir yang bukan bukan.

10 minit menanti tiada balasan dari Suzie. Darren tidak keruan. Mula membelek telefon bimbit. Mana tahu ada missed call atau balasan dari Suzie.

Aik amoi ni merajuk ke? Persoalan terbit dihati. Bayangan Suzie bermain difikiran. Darren berkalih. Berbaring menghadap dinding. Cuba melelapkan mata.

Tak semena wajah Suzie muncul dalam khayalan menggantikan angan bersama Shelly. Darren terus bangun dari pembaringan. Terkejut.

Hati kuat mengingati Suzie. Sejak melihat penampilan wanita itu siang tadi Darren bagai terpukau seketika.

Tak boleh jadi ni ! Darren mencapai potret Shelly lalu diusap lembut.

"Boleh ke I jatuh cinta pada Suzie? You tak marah ke?"

Berbicara sendirian ditemani gambar Shelly. Darren keliru.

"Tapi I dah janji nak setia pada you... I confuse lah Shelly.. Sejak you tak ada I sunyi.."

Meluahkan perasaan terpendam. Darren akui dirinya juga lelaki biasa. Kepingin disayangi dan menyayangi. Lagipula Shelly sudah tiada didunia fana ini. Darren boleh saja melupakan semua janji mereka dan memulakan hidup baru.

Namun entah kenapa hati masih berat melepaskan kenangan cinta mereka bersama.

"Teruskan hidup you, Darren.. I nakkan you bahagia.. Kebahagiaan you adalah kebahagiaan I juga.."

Serentak itu, Shelly muncul berpakaian serba putih. Tersenyum cantik sambil mendekati Darren. Mesra seperti tatkala mereka berpacaran dulu.

Darren terpana. Tiada perasaan takut dalam diri. Mencuba memeluk bayangan Shelly. Seolah menyentuh roh tidak berjasad. Tangan Darren menembusi tubuh Shelly.

"Tapi I sayangkan you.."

Keberatan untuk melepaskan kepergian gadis yang pernah dicintainya. Malah masih bertahta dihati kini.

"Cuba you pejam mata you.."

Shelly duduk dipangkuan Darren sambil jari jemari menutup menutup kedua belah mata Darren.

"Then fikirkan siapa insan yang you teringin sangat nak jumpa sekarang?"

Satu soalan provokasi ditanyakan oleh Shelly.

Darren hanya akur saja kehendak Shelly. Minda menerawang jauh. Wajah Suzie masih kerap tergambar di ingatan. Menenggelamkan bayang Shelly.

"You love her.. You yang tak sedar.. Go chase her, Darren.. Just let me go !"

Air mata mengalir dipipi gebu Shelly. Antara redha dan terpaksa. Demi kebahagiaan satu satunya lelaki yang dicintai Shelly rela.

"I need to go ! Promise me you akan hidup bahagia.. Selamat tinggal Darren sayang.."

Bayang Shelly kian hilang digantikan asap kelabu yang mengaburi pandangan mata. Darren cuba menahan Shelly dari menghilang.

Malangnya usaha Darren bagai mencurah air ke daun keladi. Sia sia belaka. Shelly semakin menjauh dari sisi.

"Shelly !!!"

Darren terjaga dari lena. Meraup wajah. Bermimpikan Shelly datang sebentar tadi.

Mimpi hanya mainan syaitan..

Justeru Darren terus beristighfar. Mamai kerana hanyut terbawa mimpi. Mendambakan kehadiran Shelly. Menyedari diri masih lagi berpakaian seperti balik kerja tadi. Darren memandang sekeliling.

Barulah otak Darren berjaya mencerna segala yang berlaku.

Ternyata Darren kelelahan sehingga tertidur di atas sofa menanti balasan whatsapp dari Suzie.

Jam didinding menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Darren berura ura untuk bangun membersihkan diri.

Selesai mandi, Darren ingin menunaikan solat Isyak. Mahu mencari ketenangan dengan menghadap Allah yang Esa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2015 12:19 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 19-11-2015 11:04 AM

Suzie berkira kira untuk menghubungi Darren semula. Memikirkan rajuk dihati maka hasrat dibatalkan. Biar padan muka ! Sakit hati bilamana Darren mematikan talian tadi masih terasa.

Jam didinding menunjukkan tepat pukul 10 malam. Malam masih muda. Bosan bertandang bersendirian dirumah. Ingin keluar mengambil angin sebentar tetapi otak buntu untuk ke mana. Menyesal pula Suzie tergesa gesa balik dari rumah Papa tadi. Menurutkan geram pada Darren sehingga terlupa menjamah makan malam yang siap terhidang.

Satu whatsapp baru masuk. Suzie segera bangun dari pembaringan. Andai kata Darren yang menghantar, serius Suzie rela melupakan rajuk tadi. Berhasrat untuk mengajak Darren menemani menjamu selera walau sudah agak lewat.

Malangnya penghantar whatsapp adalah insan berbeza. Suzie mengetap bibir melihat nombor yang tidak dikenali. Namun berdasarkan gambar paparan whatsapp, Suzie tahu siapakah gerangan sang penghantar.

Variance ! Satu keluhan terluah. Menyampah. Sejak lawatan mengejut siang tadi Suzie rasa meluat dengan tingkah Variance. Jelas gaya mahu menggoda Suzie.

Sayang, Variance tersilap. Bukan semua wanita bakal masuk perangkap walau Suzie akui Variance memang lelaki sempurna. Memiliki rupa, harta dan pangkat. Sikitpun Suzie tidak kisah semua itu.

Namun pelawaan Variance untuk keluar berdua waktu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang. Adalah juga Suzie teman untuk bersembang sambil makan makan. Memikirkan esok hari bekerja, mungkin Suzie akan mengajak Variance untuk melepak direstoran berhampiran sahaja.

Sempat Suzie memberitahu Darren tentang pelawaan Variance.

Kalau Darren boleh keluar berdua duaan dengan Zaheeda tak salah rasanya Suzie menghiburkan hati bersama Variance.

Barulah seri satu sama..  Suzie senyum lebar. Puas hati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 03:18 PM | Show all posts
tt  ooo tt.. sambungan nye bila..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 09:20 AM | Show all posts
elia201 replied at 16-11-2015 12:19 AM
Suzie berkira kira untuk menghubungi Darren semula. Memikirkan rajuk dihati maka hasrat dibatalkan.  ...

bila nk sambung ni?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2015 05:58 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-11-2015 06:07 PM

Wow !

Variance terpaku seketika melihat si cantik depan mata. Meski hanya memakai T Shirt dan berseluar jeans santai Suzie kelihatan jelita sekali. Terlupakan terus pada Angelina wanita yang baru semalam menghabiskan masa bersama Variance. Kekasih gelap Variance.

"Anyway you look beautiful tonight.."

Ayat pujian yang sering dituturkan kepada setiap gadis cantik. Bertujuan untuk mengambil hati sekaligus memikat. Variance senyum meski diri tidak selesa.

Walaupun bosan melepak di Kopitiam biasa namun memandangkan tempat mereka bertemu ini adalah pilihan Suzie maka Variance terpaksa akur. Ikutkan citarasa memang disini bukan tempat biasa Variance melepak.

Malah Suzie juga menolak bila Variance menawarkan pertolongan mahu menjemput dirumah.

Jinak jinak merpati.. Desis hati Variance.

Berilah sedikit masa Variance yakin mudah untuk memancing Suzie. Bukan susah. Pengalaman bersama gadis gadis lain membuatkan Variance ada cara tersendiri untuk membuat Suzie jatuh cinta dalam sekelip mata.

"I laparlah.. You dah order ke belum?"

Suzie berpura pura membelek menu diatas meja. Sedar pandangan mata tajam menusuk sang jejaka. Entah kenapa Suzie menyesal pula bersetuju untuk keluar berdua dengan Variance.

Variance hanya menggelengkan kepala tanda belum lagi membuat sebarang pesanan makanan.

Segera Suzie memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Variance menurut saja kemahuan Suzie. Meminta Suzie memilih hidangan untuk dijamah.

Slow and steady.. Itulah cara Variance. Menjadi pak turut sebelum gadis gadis jatuh ke dalam perangkap. Siapa tahu untung nasib Suzie sudi menjadi peneman kamar Variance.

Sempat memasang anganan indah bersama Suzie namun kehadiran seorang lelaki muda agak menganggu bagi Variance.

"Hi Boss.."

Suzie menyembunyi senyum sebaik mendengar suara yang sedang menyapa mereka.

"Mind if I sit here?"

Dalam keterpaksaan Variance menganggukkan kepala. Membenarkan sahaja walau hati menbentak.

"By the way, my future wife mad at me.. As a consequence, I have to eat alone tonight. Pity huh.."

Darren berjenaka sambil duduk bersebelahan Variance.

"Luckily you belum kahwin lagi.. Kalau tak you kena tidur seorang lah nampak gayanya..."

Spontan Variance gelak sebaik saja berkata begitu. Fasih berbahasa Melayu seperi mana Suzie. Darren turut sama ketawa.

Suzie terkesima mendengar Darren menyebut perkataan 'bakal isteri'. Diri terasa diawangan sebentar. Bahagia sejenak.

"Erm siapa nama you tadi? Darniel what?"

Variance menyoal kemudiannya. Hal pekerja memang jarang menjadi keutamaan Variance. Lainlah kalau wanita cantik. Minda mudah mengingat nama mereka.

Macam Suzie Ong.. Mata Variance melirik seketika ke arah Suzie yang sedang dibuai perasaan.

" Darren.. Panggil I Darren.."

Darrren senyum kali ini. Memang niat untuk kacau daun. Bukan Darren tidak masak dengan sikap mata keranjang lelaki persis Variance.

Sebaik saja mendapat tahu Suzie ingin keluar makan bersama Variance, hati jadi risau. Entah mengapa Darren sendiri buntu.

Lantas meminta Suzie memberitahu lokasi tepat pertemuan mereka.

Sementelah, itu antara syarat Darren kepada Suzie. Setiap pergerakan Suzie haruslah dimaklumkan kepada Darren.

Hal ini kerana Darren tahu wanita seperti Suzie pasti tidak suka dikongkong. Malangnya, Suzie menurut kehendak Darren tanpa banyak soal.

Barangkali Darren harus memberi peluang kepada Suzie terlebih dahulu. Siapa tahu Suzie memang jodoh yang diutus buat dirinya. Tampak garang tapi sebenarnya ber'hati tisu'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2015 05:59 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-11-2015 12:26 AM

Suzie senyum senang dengan kepergian Variance. Lelaki itu terpaksa pulang terlebih dahulu kerana mendapat panggilan kecemasan dari rumah. Berjanji akan mengajak Suzie keluar sekali lagi dilain hari.

Kini, hanya tinggal Darren dan Suzie berdua.

"Kenapa you datang sini?"

Suzie menyoal. Agak terharu dan terkejut melihat kemunculan tak diduga Darren.

"Saja nak 'stalk' you dengan Variance.."

Darren sengih.

Mustahil mahu mengakui bahawa dirinya risaukan Suzie keluar bersama Variance.

"Ala mengaku saja lah you jealous I keluar dengan Variance.. Betul tak?"

Giliran Suzie pula menyakat. Mahu menduga isi hati Darren.

"Jealous?"

Darren gelak sakan.

"Macam you tadi lah ek? Sampai tak angkat phone I.. Dengan Zaheeda bimbo tu pun you nak cemburu buta.. Apa lah.."

Kopi O panas dihirup pula oleh Darren. Nikmat terasa dikala malam sejuk begini. Hanya pencinta tegar kopi saja tahu rasanya.

"Bimbo konon.. Patutlah dia menangis sikit you cair.. Terus offer diri nak teman bawa pergi klinik haiwan.."

Suzie mencebik, geram dan meluat. Meluahkan perasaan yang terpendam.

Meski Suzie tahu citarasa Darren bukanlah wanita seperti Zaheeda namun Suzie dapat merasakan Zaheeda tidak se'bimbo' yang disangka.

Masakan kucing sakit pun mahu mengadu kepada Darren. Bukan gadis itu tidak pandai memandu kereta sendiri. Bawa saja ke klinik haiwan.

Mengada ngada.. Suzie mengutuk dalam hati.

"Dahlah.. Malas nak gaduh sebab dia.. Anyway pasal call you yang terputus tadi tu sebab line tak ada.. I dekat MRR2 masa tu.. "

Bukan Darren sengaja memutuskan talian sewaktu Suzie menelefon tadi. Itulah kebenarannya.

"You dah habis makan ke belum ni?"

Darren segera mengubah topik perbualan apabila melihat Suzie meletak pinggan berisi chicken chop ditepi.

"Dah.."

Suzie menjawab ringkas sambil bingkas bangun. Mencapai beg tangan dan kunci kereta.

"You tunggu sini kejap. I pergi bayar. Nanti I hantar you ke kereta.."

Usai berkata begitu, Darren bergegas berjalan ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Suzie hanya akur. Duduk semula di atas kerusi sambil mata melirik ke arah Darren. Bahagia dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Darren.

Dalam masa yang sama Suzie yakin dengan penjelasan Darren. Senyuman keriangan memekar dibibir. Hilang sudah rajuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2015 06:55 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-11-2015 07:55 PM

Rere keberatan untuk masuk ke dalam bilik menemui Darren. Sejak semalam hajat tertunda. Surat peletakan jawatan masih digenggam erat.

"Boss.. Aku ada hal nak cakap dengan kau.."

Wajah menunduk ke arah lantai. Sungguh Rere malu bertentang mata dengan Darren tika ini.

"Apa dia? Cakaplah.."

Darren angkat wajah seketika. Komputer riba ditutup. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap Rere.

"Aku minta maaf sebab bercerita buruk pasal kau dekat staff.. Maafkan aku bro ! Pasal Zaheeda tu pun sebenarnya dia yang goda aku dulu..."

Walau yakin tiada siapa bakal percaya kata katanya, Rere mahu Darren tahu akan cerita sebenar. Memang Zaheeda yang memancing Rere untuk masuk ke dalam rumah. Membuat Rere terpesona sehingga bertindak diluar kawalan. Lumrah lelaki normal bila berhadapan wanita cantik.

Tambahan pula, Rere memang menyimpan perasaan pada Zaheeda.

Meski alasan Rere tidak menghalalkan cara, liuk lentok Zaheeda menaikkan berahi dalam diri Rere. Maka Rere merangkul erat tubuh langsing gadis itu. Halal dan haram sudah tidak dihiraukan.

Cuak tatkala Zaheeda berjaya melarikan diri dari menjadi mangsa nafsu Rere, Rere bertindak bodoh menghantar mesej ugutan untuk mengelakkan perbuatannya dari ketahuan.

Malangnya, segala pelakuan buruk Rere kini sudah di ketahui Darren dan Hakim. Malah Suzie juga turut sama mengetahui hal tersebut. Nasib Rere kini umpama telur dihujung tanduk.  Redha menerima balasan diatas khilaf sendiri.

" Dia goda kau?!"

Sinis sekali senyuman yang terukir dibibir Darren. Meragui kata kata Rere.

"Terpulang pada kau nak percaya ke tak.. Sebenarnya Zaheeda tu tak senaif yang kau sangka.. Apapun ni notis perletakan jawatan aku.."

Sampul surat diletak atas meja. Rere malas mahu panjang cerita. Bangkit untuk keluar.

"Chill la bro ! Sekarang pun ekonomi tak berapa bagus. Kau nak kerja mana kalau kau resign?  Lupakan semua ! Cuma aku tak nak kau ulang balik kesilapan yang sama.. Tentang Zaheeda tu, pandai pandailah kau pujuk dia.."

Bukan ingin berat sebelah. Memang sikap Darren gemar memberi peluang kepada sesiapa saja asalkan kesempatan yang diberi tidak dipersiakan.

"Aku malu boss !"

Air mata kesalan mengalir dipipi Rere. Terharu dengan budi baik Darren.

Darren bangkit mendapatkan Rere yang sedang diamuk perasaan bersalah lantas dipeluk erat.

" It's ok bro ! Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf ! Kita manusia biasa.."

Kata kata tulus keluar dari bibir Darren. Simpati mengenangkan nasib Rere jika kehilangan punca pendapatan.

Ekonomi Malaysia tidak stabil dan mata wang Ringgit makin merudum akan menyukarkan Rere untuk mencari pekerjaan baru. Lagipula prestasi kerja Rere belum pernah mengecewakan Darren setakat ini.

Rere angguk, faham. Memaut erat tubuh sahabat baiknya. Air mata lelakinya gugur berderaian.

Suzie senyum memerhati dari luar gerak geri Darren dan Rere. Bangga dengan keputusan yang dibuat oleh Darren. Mencapai telefon bimbit lalu menaip sesuatu sebelum menekan butang 'send'.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2015 12:51 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-11-2015 12:58 AM

Whatsapp yang baru masuk dari Suzie dibaca sebelum dibalas. Darren senyum sendiri.

I love you too, my future wife..

Kata kata itu terbit dihati lantas jari jemari ligat menaip. Senang dengan hubungan mesra yang kini terjalin antara mereka.

Walau mungkin Shelly masih samar wujud didalam hati, Darren yakin Suzie adalah pilihan terbaik. Pasti Mama ada alasan tersendiri memaksa Darren mengahwini Suzie. Andai itu suratan takdir, Darren pasrah.

I would like to ask you to go somewhere this coming Saturday.. If you don't mind..

Pertama kali Darren menghulurkan pelawaan berupa isyarat mengajak Suzie untuk ber'dating'. Yakin Suzie akan setuju. Mesej tadi dihantar sekaligus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2015 09:20 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-11-2015 09:54 PM

Jantung Suzie berdetak kencang menerima balasan dari Darren. Oh my god ! Serius Suzie gembira bukan kepalang. Serasa ingin menjerit memberitahu seluruh dunia.

Pada mulanya Suzie sendiri agak malu malu kucing untuk menghantar whatsapp berbaur luahan perasaan terhadap Darren namun memikirkan tak ada salahnya perigi mencari timba, maka Suzie nekad berterus terang sahaja. Memang sedari awal perkenalan, Suzie tertarik pada Darren.

Siapa sangka Darren memberi respon positif kini. Zalikha memang benar. Lelaki seperti Darren memang kaku dalam soal percintaan jadi Suzielah yang harus mengorak langkah terlebih dahulu.

Usaha pertama berjaya. Strategi kedua adalah menunjukkan ciri ciri kewanitaan sejati dalam diri Suzie.

Menurut Zalikha, Darren sukakan wanita lembut dan manja. Itu memang karektor semulajadi Suzie. Hanya di pejabat saja Suzie gemar berpura garang. Ingin mendapatkan penghormatan staff dan juga mengelakkan dari dibuli. Baru kena dengan jawatan yang disandang.

Ajakan Darren diterima dengan senang hati. Suzie mahu memberi kejutan terhadap Darren Sabtu ini. Tidak sabar menanti hari berganti hari. Alangkah indah andai Suzie memiliki mesin masa.

Satu tepukan terasa dibahu. Suzie berpaling. Mata terbeliak besar menatap wajah kacak didepan mata..

What he is doing here ? Terlopong dengan kehadiran Variance. Tiada pilihan Suzie terpaksa menghabiskan masa seperti semalam melayani kedatangan lelaki ini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 12:26 AM | Show all posts
tak de sambungan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 08:58 AM | Show all posts

tt sakit cinta kot.kan tt?hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2015 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
akudansesuatu replied at 8-12-2015 12:26 AM
tak de sambungan ke?

Ada.. tp sebab syiok sgt baca cte antu terus lupakan thread ni.. sorry kak.. haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 8-12-2015 08:58 AM
tt sakit cinta kot.kan tt?hehe

Yup.. fall in love dgn cte hantu.. haha.. btw kalau sempat nnt I paste sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:55 PM | Show all posts
jgn lama sgt nk sambung nya ye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2015 06:15 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-4-2017 10:30 AM

Variance semak memikir kata kata Daddy dan Mama semalam. Rupa rupanya dirinya bukanlah cucu lelaki tunggal kepada Tan Sri Vincent. Secara tak langsung Variance juga bukan satu satunya pewaris kekayaan Datuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.081389 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list