CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8638|Reply: 41

KOMPLIKASI SERANGAN JANTUNG YANG FATAL

[Copy link]
Post time 9-10-2015 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ipes2 at 9-10-2015 05:39 PM

Kita biasa dengar orang boleh mati sebaik sahaja kena heart attack. Apa sebenarnya yang berlaku pada mereka (https://www.youtube.com/watch?v=bWVPF9ZvPEQ )? Sebaik sahaja heart attack berlaku, perkara perkara yang membawa maut dibawah boleh berlaku dengan cepat:
1) ventricular fibrillation (VF) - ini adalah cardiac arrest
2) ventricular tachycardia (VT) - boleh membawa kepada VF dalam beberapa minit
3) Pulseless Electrical Activity (PEA) - jantung masih ada electricity, tetapi tidak lagi berdegup; ini adalah cardiac arrest
4) Cardiogenic Shock - kecederaan terlalu besar pada jantung hingga ia tidak lagi mampu membekal darah ke organ organ utama; boleh membawa kepada cardiac arrest
5) Acute Cardiac Failure - kelemahan jantung berfungsi yang berlaku just after heart attack, jika heart attack itu terlalu besar
6) Acute Valvular Failure - injap jantung dgn tiba tiba leaking sebab muscles yang menyokong mereka terputus: boleh dapat acute mitral regurgitation, boleh membawa kepada 4) dan 5)
7) Embolism - area jantung yang mati tadi tidak lagi berdegup; darah diatasnya mula membeku, membentuk clot; clot ini mungkin dibawa oleh darah eg ke brain (stroke), ke kaki, ke urat darah usus dan sebagainya
8) Complete Heart Block - dimana electricity dari atrium tidak lagi samapi ke ventricles, dan ini juga boleh membawa maut
9) Cardiac rupture: 2-3 hari selepas heart attack, area jantung yang mati tadi jadi rapuh lalu pecah, membawa kepada 10)
10) Cardiac Tamponade - darah di dalam selaput keliling jantung menghalang jantung pam darah dgn effective, juga boleh membawa kepada 4) di atas

Amalkan exercise harian dan pemakanan yang sihat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 10:17 AM | Show all posts
aaaaaa...atas tu normal eh... ok ok..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 12:40 PM | Show all posts
redd_07 replied at 16-10-2015 10:17 AM
aaaaaa...atas tu normal eh... ok ok..

tq for info doc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2015 03:37 PM | Show all posts
redd_07 replied at 16-10-2015 10:17 AM
aaaaaa...atas tu normal eh... ok ok..

redd and @pilot , makan elok elok; makan ulam ulam dgn nasi dan buah buahan aje dan minum air byk byk 2-3l sehari; mknan western ni kan, mcm ade plot utk medical companies buat duit aje.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 10:33 PM | Show all posts
assalamualaikum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2015 12:41 AM | Show all posts

waalaikumussalam warakhmatullah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2015 10:00 PM | Show all posts
heart attack ni sama kan dengan stroke?
arwah abang ipar pernah kena stroke then dia lumpuh..
tiga bulan lepas tu meninggal..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2015 04:57 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-10-2015 10:00 PM
heart attack ni sama kan dengan stroke?
arwah abang ipar pernah kena stroke then dia lumpuh..
tiga ...

lain la mek; stroke can bila urat darah dalam otak yang tersumbat.. pathology dia lebih kurang, sy stuju ie atheroma semua, tapi pathway of management, treatment, outcome semua berbeza. complications stroke ni teruk jugak pon; pendek kata dua dua nye memang bad news. sorry to hear about Ipo's Abang Ipar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 10:56 AM | Show all posts
ipes2 replied at 19-10-2015 03:57 AM
lain la mek; stroke can bila urat darah dalam otak yang tersumbat.. pathology dia lebih kurang, sy ...

ohhhhh...
selama ni ingat heart attack dan stroke ni adalah benda yang sama..
ingatkan jantung adalah main organ yang diserang dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2015 03:44 PM | Show all posts
Edited by ipes2 at 19-10-2015 04:03 PM
Ipo replied at 19-10-2015 10:56 AM
ohhhhh...
selama ni ingat heart attack dan stroke ni adalah benda yang sama..
ingatkan jan ...


Lain la dua dua ni; apa la awak ni, poyo betul Ipo . ha, kan sy dah gelak tu (cari icon tuding tuding jari tak de pulak). Kedua dua nya fatal. Stroke tu, sbb boleh nyebabkan lumpuh dan takleh cakap dan takleh paham ape orang cakap, maka kira sadis la; at least heart attack jika kena teruk nyer, boleh terus kojol takde derita derita. stroke jugak boleh lumouhkan muscles kat tekak, cari bila org tu telan makanan atau air liur, termasuk lak kedalam paru paru.. nanti perlahan lahan lemas la, pnuemonia la, takleh napas la mcm mcm.

Stroke ade dua jenis tau: blood clot, dan brain bleed.

Nanti saya bukak thread stroke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 07:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-10-2015 06:27 PM
ipes2 replied at 19-10-2015 02:44 PM
Lain la dua dua ni; apa la awak ni, poyo betul Ipo . ha, kan sy dah gelak tu (cari icon tud ...

..memang poyo sangat..bimbo pun ada


tapi betullah...bila kena stroke..kesiannya..lumpuh, tak leh cakap..dah tu pergerakan terhad
kalau berurut pun..tak menjadi
adakah ia serang jugak saraf? sebab dah jadi lumpuh kan...
kena jaga makan betul2, kalau tak,  stroke boleh datang lagi..

kalau heart attack ni..terus innalillah..
harap2 saya ni sihat walafiat dan menjalani kehidupan yang sihat/bahagia/gembira

ajal maut di tangan NYA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 05:27 AM | Show all posts
Ipo replied at 19-10-2015 07:01 PM
..memang poyo sangat..bimbo pun ada

tu lah...semua urat saraf (nerves) berasal dari otak; kat bahagian luar otak tu ada macam peta (homunculus), yang memetakan kat mana pergerakan tangan dicontrol, pergerakan kaki etc etc. Jika urat darah yg jaga peta bahagian peha tersumbat (ie stroke), maka lumpuh la peha dia.. padahal blood clot yg sumbat urat darah tu halus la sgt (kat sini dia buat procedure bila org kena stroke docs cepat cepat masukkan wayer ikut urat darah kat groin, masuk ke otak dan kait clot tu kuar... bila kita tgk, eleh macam leceh je clot tu, halus je, tapi sungguh menyusahkan) .


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 03:37 PM | Show all posts
ipes2 replied at 20-10-2015 04:27 AM
tu lah...semua urat saraf (nerves) berasal dari otak; kat bahagian luar otak tu ada macam peta (ho ...

oh...ok..
terima kasih atas ilmu dan penjelasan ni..
sekarang dah tahu beza stroke dan heart attack..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 04:15 PM | Show all posts
Ipo replied at 20-10-2015 03:37 PM
oh...ok..
terima kasih atas ilmu dan penjelasan ni..
sekarang dah tahu beza stroke dan heart att ...

Homunculus ni kat layer luar otak (ie cortex of the brain); kira pelik la homunculus ni sebab kita bleh peta bahagian mana yg akanlumpuh bila kita cucuk sana sini. ie nya terletak di Braodmann's area 4. Masa kita buat Neurosurgery  dulu ade la boss kita yg buat awake-operation, jadi kena la tanda kat otak dia mane area hidung, mana area tangan lidah etc..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:32 PM | Show all posts
Ingat, jangan ber-vape kalau korang sayangkan jantung korang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 07:23 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 20-10-2015 04:32 PM
Ingat, jangan ber-vape kalau korang sayangkan jantung korang.

tu lah.. entah apa yang mereka masukkan dalam vape refills tu; industry tu is poorly regulated at the moment nih.
dulu ade ''Head Shops'' kejap, where medicines with properties yg sama dengan cannabis ke, amphetamines ke, dibenarkan dijual di kedai kedai.. ubats ni dipanggil ''legal high''; matdadah panggil kedai ni ''Head Shops''.. mula mula everything was going well lama lama nampak lah side effects medications nih eg mephedrone etc etc. Now govt tgh debate kat parlimen nak tutup semua nih. Kejap agi semua matdadah kena nagih balik la gamaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 20-10-2015 07:23 PM
tu lah.. entah apa yang mereka masukkan dalam vape refills tu; industry tu is poorly regulated at  ...


Spidey pun baru jer berjinak dengan vaping ni. In fact baru beli seketul E-cigarette Ahad lalu.
Dulu ada hisap rokok juga tapi sekotak boleh tahan sampai seminggu dua sebab Spidey bukan perokok tegar.
Tapi baru-baru ini Spidey terpengaruh dengan trend ini jadi pun terasa nak join mereka.
Bahaya ke doktor benda tu? Sebab ada yang kata ok ada yang kata tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2015 05:01 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 20-10-2015 08:35 PM
Spidey pun baru jer berjinak dengan vaping ni. In fact baru beli seketul E-cigarette Ahad lalu.  ...

Masalah vape ni kita tak tau lagi kesan jangka panjang dia.. tobacco smoke tu memang kita dah tau dah akan cause cancer dan pecahkan alveolus dalam paru paru; jugak cause throat, mouth, oesophageal dan bladder cancer di samping causing stroke dan heart attacks. So, tobacco smoke memang hauk. Tak byk dah chemicals yg as dangerous as tobacco smoke (tobacco sendiri tu I tak sure).

Dalam tahun 1950s, Profs Doll dan Hill buat research dengan mengkaji jalan hidup 40,701 doctors di UK masa tu. Experiment ini di gelar British Doctors Study. Teams depa buat questionnaires besar giler dan folo doctors ni semua pada tahun 1957, 1966, 1971, 1978, 1991 dan 2001. Results awal study depa yg depa noted in 1964 pon dah tunjuk bahawa doctors yg merokok dapat bermacam jenis lung cancers dan kena heart attacks. Mati dah rasanya semua Sir Richard Doll dan Sir Austin Bradford Hill ni. Depa di bantu oleh Prof Richard Peto... yg juga dapat gelaran Sir. Depa semua ni geng Oxford-Cambridge rasanyer. (Sesiapa yang rajin, dalam apa pun, tentu akan dihormati )
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 10:09 AM | Show all posts
Salam, nak tanya, kalau bapa & adik beradik belah bapa mostly die because of sakit jantung, ada kemungkinan tak anak2 bakal mewarisi penyakit ni?  Ada tips lifestyle dari segi pemakanan utk elak penyakit ni tak?
Thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2015 05:26 AM | Show all posts
MelZ_Eulalia replied at 21-10-2015 10:09 AM
Salam, nak tanya, kalau bapa & adik beradik belah bapa mostly die because of sakit jantung, ada kemu ...

Waalaikumussalam. Yes, kemungkinan itu wujud, kerana factors genetic. Ada sy bukak thread pasal ni, titled APAKAH RISIKO UNTUK DAPAT HEART ATTACK rasanya..lupa dah. Dua factors yang tak boleh ubah ialah Family dan jantina; satu factor pulak hanya menambah risiko setiap hari, iaitu umur.

Jaga berat badan - jgn masuk kategori overweight, apalagi obese; exercise setiap hari; jangan hisap rokok, samada directly atau indirectly (lagi teruk); kurangkan gula, kurangkan garam, kurangkan calories. Bagi byk org, semua diatas adalah rutin harian aje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.101912 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list