CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2830|Reply: 7

[Tempatan] Kadar Denda Baru Kalau Kad Pengenalan (MyKad) Hilang - RM1000

 Close [Copy link]
Post time 12-10-2015 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by shahx at 12-10-2015 03:08 PM

Orang ramai yang hilang kad pengenalan bermula 15 Oktober ini, kini perlu membayar lebih apabila kadar bayaran bagi penggantian kad pengenalan yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Beliau berkata bayaran bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan kepada RM1,000, berbanding RM300, sebelum ini.

"Pengecualian kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kenaikan bayaran itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.

"Kaedah pelaksanaan penambahbaikan prosedur ini tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan kadar bayaran baharu hanya akan bermula pada tarikh kuat kuasa prosedur ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adenan berkata, selain kenaikan bayaran itu, prosedur penggantian MyKad turut diperketatkan dengan garis panduan baharu.

Katanya, bagi permohonan gantian hilang kad pengenalan kali pertama, pemohon boleh terus ke kaunter JPN, manakala bagi permohonan kali kedua dan seterusnya, pemohon hendaklah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut sebelum memohon di kaunter JPN.

"Permohonan gantian hilang kad pengenalan kali ketiga dan seterusnya akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan," katanya.

Tambahnya, semua permohonan gantian hilang kad pengenalan akan dikeluarkan dengan Dokumen Pengenalan Sementara sebelum kad pengenalan gantian dikeluarkan.

Adenan berkata selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, setiap orang yang dikeluarkan kad pengenalan adalah bertanggungjawab menjaga kad pengenalan tersebut dan hendaklah memastikan ia berada dalam keadaan baik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2015 03:23 PM | Show all posts
kadar tol baru
kadar renew i.c baru
harga keta baru
tarif elektrik baru

wow! banyaknya pembaharuan
terima kasih umngokk
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:25 PM | Show all posts
next..apa lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:29 PM | Show all posts
hilang mykad. Report dulu kena samun, curi, etc.
lepas tu baru report hilang.
baru tak kena denda
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
walau tered astro tapi aku nak nyampuk jgk

indon, bangla, myanmar, nepal, rohingya aman aman aje dapat ic pree, walao 10 kali hilang sekalipun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin naik la rege kad pengenalan  pasaran gelap nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2015 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
eh lupa! pinoy pun sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.065327 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list